Arsenal Arsenal FC Fan's Club (PART 2)

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376
TRIVIA 🍁 | Pada tanggal 27 Februari 2010, Britannia Stadium menjadi saksi tersungkurnya pemain muda Arsenal, Aaron Ramsey.

Saat itu, beliau hanya berumur 19 tahun. Ramsey telah diterjah secara keras oleh pertahanan pasukan Stoke City Football Club, Ryan Shawcross yang mengakibatkan beliau mengalami patah tibia dan fibula sekaligus.

Setelah insiden mengerikan itu, Shawcross telah dilayangkan kad merah manakala Ramsey terus dikejarkan ke hospital untuk melakukan pembedahan segera.

Hampir 9 bulan Ramsey tersisih dan menjalani proses pemulihan sebelum kembali beraksi secara kompetetif. Namun menurut beliau, tempoh 3 tahun diperlukannya untuk benar-benar pulih dari segi mental akibat insiden itu.

✍🏻 : Zorro_Boro


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376
TRIVIA 🍁 | Diaby, Bakat Prospek Yang ‘Dibunuh’ Kecederaan Fizikal Dan Psikologi

Bekas pemain tengah Arsenal, Abou Diaby menyatakan beliau sangat terkesan setiap kali mendengar orang berbicara tentang rekod kecederaan beliau.

Diaby telah dilepaskan oleh Arsenal dan menyertai Olympique de Marseille pada 2015.

Pemain tengah itu pernah disamakan dengan legenda Arsenal, Patrick Vieira pada awal kerjaya beliau. Namun selepas itu rekod kecederaan yang teruk menjadi antara pembunuh utama impian tersebut.

Abou Diaby dilaporkan mengalami 42 jenis kecederaan sekitar 2006-2015. Beliau melakukan 182 penampilan bersama Arsenal termasuk hanya dua penampilan beliau ketika di Emirates pada 2 musim terakhir.

🗣 " Saya bukan sahaja sakit secara fizikal, malah turut terluka secara psikologi kerana kecederaan yang saya alami. Mereka gelar saya ‘L’Homme de Verre‘. Ia bermaksud saya diperbuat daripada kaca".

" Ia boleh memberikan kesakitkan secara psikologi. Mereka tidak tahu berapa banyak masa saya luangkan setiap hari dalam hidup saya untuk cuba bangkit dan mahu pulih. Tetapi, apa yang boleh saya lakukan? Inilah kisah hidup saya."

Bentesan Dan Smith Adalah Pembunuh Segala-galanya!

Diaby mengakui beliau tidak pernah pulih sepenuhnya daripada kecederaan ketika perlawanan Sunderland pada tahun 2006. Bentesan keras daripada Dan Smith menyebabkan kakinya patah dan buku lalinya terkehel (dislocated).

Hanya selepas 5 bulan bersama Arsenal – Diaby patah kaki kerana bentesan keras oleh Dan Smith. Wenger mengutuk secara terbuka bentesan itu dan menganggap ia tidak harus ada dalam bola sepak. Diaby terlepas perlawanan akhir UEFA Champions League pada musim tersebut.

Ia merupakan permulaan kepada deretan dan pelbagai kecederaan yang dialami oleh Abou Diaby. Kariernya terlalu banyak dihabiskan di bilik rawatan hanya untuk pulih dan kembali mengalami kecederaan semula.

Kredit Artikel : Semuanya Bola
✍🏻 : Zorro_Boro


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376
TRIVIA 🍁 | Pada 23 Februari 2008, penyerang antarabangsa Croatia pasukan Arsenal, Eduardo da Silva mengalami igauan ngeri setiap pemain bola sepak apabila patah tulang tibia dan fibula serta terkehel (dislocated) pergelangan pada kaki kirinya.

Ianya berlaku dengan cukup pantas. Perlawanan baru sahaja memasuki minit ke-3 di St. Andrews apabila pemain Birmingham City FC, Martin Taylor melakukan terjahan keras keatas kaki kiri Eduardo.

Siaran langsung menayangkan seketika ulang tayang insiden itu sebelum memutuskan ianya terlalu mengerikan untuk tontonan umum.

Martin Taylor seterusnya dilayangkan kad merah dan Eduardo segera dibawa ke Selly Oak Hospital untuk menjalani pembedahan.

Setelah hampir setahun tersisih dan menjalani pemulihan, Eduardo kembali bermain namun ianya sudah sama sekali merubah gaya permainan beliau. Beliau sudah tidak selincah dahulu dan gagal menemui kembali prestasi sebelumnya.

Akhirnya pada 21 Julai 2010, Eduardo dilepaskan oleh Arsenal dan menyertai Shakhtar Donetsk. Sepanjang 3 musim bersama The Gunners, Eduardo hanya melakukan 41 penampilan dan menjaringkan 8 gol.

✍🏻 : Zorro_Boro


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376

TRIVIA 🍁 | Chelsea nafikan Arsenal daripada Invincibles

Tahukah anda ? Arsenal sebenarnya berpeluang untuk mencipta kejuaraan Invincibles lebih awal daripada 2003/04.

Pada musim 1990/91, Arsenal menang 24 perlawanan, seri 13 kali dan hanya tewas 1 perlawanan sahaja iaitu di tangan Chelsea Football Club pada Februari.

Arsenal menenangi liga, 7 mata di atas Liverpool FC walaupun mereka ditolak 2 mata kerana insiden pergaduhan pemain dengan Manchester United di Old Trafford. United turut dikenakan tindakan penolakan 1 mata berikutan insiden itu.

✍🏻 : Zorro_Boro
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,841
Reaction score
1,039
Points
191
TRIVIA 🍁 | Diaby, Bakat Prospek Yang ‘Dibunuh’ Kecederaan Fizikal Dan Psikologi

Bekas pemain tengah Arsenal, Abou Diaby menyatakan beliau sangat terkesan setiap kali mendengar orang berbicara tentang rekod kecederaan beliau.

Diaby telah dilepaskan oleh Arsenal dan menyertai Olympique de Marseille pada 2015.

Pemain tengah itu pernah disamakan dengan legenda Arsenal, Patrick Vieira pada awal kerjaya beliau. Namun selepas itu rekod kecederaan yang teruk menjadi antara pembunuh utama impian tersebut.

Abou Diaby dilaporkan mengalami 42 jenis kecederaan sekitar 2006-2015. Beliau melakukan 182 penampilan bersama Arsenal termasuk hanya dua penampilan beliau ketika di Emirates pada 2 musim terakhir.

🗣 " Saya bukan sahaja sakit secara fizikal, malah turut terluka secara psikologi kerana kecederaan yang saya alami. Mereka gelar saya ‘L’Homme de Verre‘. Ia bermaksud saya diperbuat daripada kaca".

" Ia boleh memberikan kesakitkan secara psikologi. Mereka tidak tahu berapa banyak masa saya luangkan setiap hari dalam hidup saya untuk cuba bangkit dan mahu pulih. Tetapi, apa yang boleh saya lakukan? Inilah kisah hidup saya."

Bentesan Dan Smith Adalah Pembunuh Segala-galanya!

Diaby mengakui beliau tidak pernah pulih sepenuhnya daripada kecederaan ketika perlawanan Sunderland pada tahun 2006. Bentesan keras daripada Dan Smith menyebabkan kakinya patah dan buku lalinya terkehel (dislocated).

Hanya selepas 5 bulan bersama Arsenal – Diaby patah kaki kerana bentesan keras oleh Dan Smith. Wenger mengutuk secara terbuka bentesan itu dan menganggap ia tidak harus ada dalam bola sepak. Diaby terlepas perlawanan akhir UEFA Champions League pada musim tersebut.

Ia merupakan permulaan kepada deretan dan pelbagai kecederaan yang dialami oleh Abou Diaby. Kariernya terlalu banyak dihabiskan di bilik rawatan hanya untuk pulih dan kembali mengalami kecederaan semula.

Kredit Artikel : Semuanya Bola
✍🏻 : Zorro_Boro


player yg aku harap jd key player kt arsenal... bile dier perform.. 90% arsenal akan menang game tuh... dribble both leg.. bijak baca game... tackle cam viera.. tp syg kaki dier patah dan pastuh terus ilang sentuhan france dier....
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376
player yg aku harap jd key player kt arsenal... bile dier perform.. 90% arsenal akan menang game tuh... dribble both leg.. bijak baca game... tackle cam viera.. tp syg kaki dier patah dan pastuh terus ilang sentuhan france dier....
Dia ni mmg org ingt akn jd pengganti Viera berdasarkan fizikal dan gaya permainan
Tapi tu la
Bila dah injured ni mmg payah dh nk perform
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376

*Flashback*

'Budak-budak Ajaib Arsenal'

Hampir 12 tahun lalu.....satu kejutan terjadi dalam saingan piala liga pusingan ketiga. Arsene Wenger yang tidak begitu gemar dengan kejohanan ini telah menurunkan pemain muda rata-rata berusia 19 tahun, jauh lebih mentah dan kurang pengalaman senior jika nak dibandingkan dengan pasukan lawan Sheffield United yang bermain di Championship setelah tersingkir pada musim 2006/07. Purata umur skuad the Blades ialah 27 tahun.

Barisan Line up kedua dua pasukan:

Arsenal: Fabianski, Hoyte, Djourou, Song Billong (Lansbury 70), Gibbs, Randall, Ramsey, Merida (Coquelin 71), Wilshere, Bendtner (Simpson 71), Vela.
Subs Not Used: Mannone, Emmanuel-Thomas, Ogogo, Frimpong.

Goals: Bendtner 31, 42, Vela 44, 50, Wilshere 57, Vela 87.

Sheff Utd: Kenny, Halford, Morgan, Kilgallon, Naysmith, Cotterill (Naughton 46), Speed (Hendrie 73), Quinn, Montgomery, Beattie (Robertson 76), Webber.
Subs Not Used: Bennett, Sharp, Geary, Ehiogu.

Att: 56,632

Lihat ! pemain regular seperti Theo Walcott, Cesc Fabregas, Samir Nasri, pun turut diketepikan dari skuad ini meskipun mereka memiliki julat umur sama.

Dalam senarai kesebelasan utama itu hanya Gavin Hoyte dan Mark Randall yang tidak memiliki karier di dalam Premier League. Paling lucu ada Abu Ogogo dan Emmanuel Frimpong di bangku simpanan ! ramai yang tertawa bagaimana tahun-tahun kemudian Wenger boleh terfikir menurunkan Frimpong dalam aksi EPL. Abu Ogogo pula satu nama yang asing kerana dia tidak didaftarkan untuk skuad senior pada musim itu. Tidak pernah membuat kemunculan senior untuk the Gunners.

Henry Lansbury yang masuk sebagai simpanan berkelana ke Nottingham Forest dan kini di Aston Villa untuk aksi Premier League, satu perjalanan panjang. Jay Simpson pula tidak mendapat tempat di skuad senior, Francis Coquelin bukanlah satu nama besar seperti Ramsey,Nasri,Fabregas tetapi dia berpeluang beraksi di EPL dan mengumpul lebih 100 penampilan di Arsenal sebelum dilepaskan.

Fran Merida meskipun pernah disamakan dengan Fabregas tetapi dia gagal di EPL dan rezekinya di liga luar. Carlos Vela pula masih kental beraksi hingga ke hari ini di MLS. Skuad ini pernah digarap sebagai barisan Arsenal di masa hadapan tetapi ianya tinggal rancangan kerana masa tidak memihak mereka. Wilshere kerap cedera hingga digelar wheel chair, Bendtner gergasi Denmark ini berdepan masalah disiplin dan attitude hingga tiada pengurus yang mampu mengawal tingkahlaku nya, Aaron Ramsey yang awalnya sering tercedera berjaya membuktikan kemampuannya sebelum berhijrah secara percuma ke Juventus, Fabianski membina reputasi bersama Swansea dan West Ham meskipun lambat kerana sebelum itu hanya bertindak sebagai goalie pilihan kedua di Emirates.Kieran Gibbs gagal menambat hati mana-mana pasukan EPL setelah berhijrah ke West Brom dan masih di sana hingga kini. Alex Song, bintang Cameroon ini pemain termahal dalam skuad ini berhijrah ke Barca mengikuti Fabregas tetapi senasib dan kembali ke EPL bersama West Ham, kini bersama FC Sion.

Semangat jitu ditunjukkan skuad Arsenal menyebabkan mereka berupaya menamatkan separuh masa dengan keputusan 3-0 dan 6-0 selepas 90 minit. Satu kejutan apabila skuad budak mentah membelasah pemain senior yang lebih berpengalaman. Tanpa bimbingan pemain senior mereka tiada gentar untuk bermain sebagai satu pasukan tanpa mengharapkan keajaiban dari 1-2 tonggak utama. Carlos Vela menunjukkan belangnya apabila mencipta hatrik dalam perlawanan ini. Wilshere yang baru 16 tahun pula dianggap sebagai permata baru bolasepak Inggeris.

Ini adalah skuad kedua Arsenal yang melakar kemenangan besar ke atas pasukan senior dalam aksi piala liga. Terdahulu pada edisi 2003/04, skuad muda mereka yang terdiri daripada Francesc Fabregas, Gael Clichy,David Bentley, Justin Hoyte (abang Gavin Hoyte), Jeremie Aliadierre membelasah Wolves 5-1 di Highbury.

Yang Benar,
#ApostolosVelios
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376

Pemain bola sepak Arsenal, Mesut Ozil dan isterinya, Amine menyambut kelahiran anak pertama mereka semalam
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,301
Reaction score
11,093
Points
2,376
13 - Arsenal won the FA Cup for a record 13th time, while Arsene Wenger won the trophy for a record seventh time as a manager. Peak. #ArsenalReloaded
 
Sponsored Post
Top
Log in Register