Arsenal Arsenal FC Fan's Club (PART 2)

Recommended Brokers


Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,347
Reaction score
875
Points
161
berdasarkan situasi EPL setakat ni, semua org boleh tewaskan semua org ( kecuali LIV ) , so rasanya tak mustahil boleh dptkan mata lwn Mek Siti..aura positif dlm 1-2 games lepas arsenal dan masalah pertahanan dan prestasi penyerang mek siti , segalanya ada kemungkinan..

liver musim ni defend dorg x perform spt musim lepas... tiap game dorg bolos.. tp FB dorg kali ni perform dan byk assist.. masalah arsenal ni dari bawah sampai midfield x perform... satu2 player yg perform Leno jerk.. kalo x kerana dier.. arsenal maybe jd team plg byk bolos musim ni..
 
Sponsored Post

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,684
Reaction score
140
Points
38
liver musim ni defend dorg x perform spt musim lepas... tiap game dorg bolos.. tp FB dorg kali ni perform dan byk assist.. masalah arsenal ni dari bawah sampai midfield x perform... satu2 player yg perform Leno jerk.. kalo x kerana dier.. arsenal maybe jd team plg byk bolos musim ni..
liv bagi aku defend superb .. tinggal VVD ngn lovren je kat bwh , robbo dan trend kuat naik dan assist gol..yg atas klopp boleh tukar org..boleh rotate
arsenal, problem start masa punai , dia suka guna gendusi rambut kembang..asyik nk kebwh je bola..takde attcking orriented..
akibatnya, moral dan confident player jadi down la..
mmg betul sgt, dari bwh sampai mid hancur.. .,harap2 jan transfer sambar la defend yg best.. yg aku nampak , yg main kat napoli tu ok.. yg lain tu mesti overprice le ..yg perabih boreh, mcm mustafi , even sokratis mmg tak layak dah ..
aku harap lah arsenal dpt sesuatu dlm game nanti..sbb 1-2 game sudah nampak perubahan ..

apapun, layan Arsenal vs liege mlm ni ..seri dah cukup utk layak..lau kalah, makan tapai , bungkus balik rumah..aku jangka , arsenal 3-1 leige
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,830
Points
2,226

Pemain Standard Liege, Selim Amallah (kanan) menanduk bola bersama pemain Arsenal, Joe Willock (tengah) pada perlawanan Liga Europa, awal pagi tadi. - Foto AFP


Pemain Arsenal, Bukayo Saka (kanan) mengawal bola dari pemain Standard Liege, Mehdi Carcela pada perlawanan Liga Europa, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Arsenal lega ikat Liege


PARIS: Arsenal bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mengikat Standard Liege 2-2 bagi memastikan tempat ke peringkat 32 terakhir Liga Europa sebagai juara Kumpulan F, awal pagi tadi.

Selepas menewaskan Liege 4-0 pada pertemuan pertama dengan tempat ke peringkat kalah mati hampir pasti, pengendali sementara Arsenal Freddie Ljungberg melakukan sembilan penukaran dalam kesebelasan utamanya di Belgium.

Begitupun Arsenal yang beraksi di gelanggang lawan ketinggalan pada minit ke-47 menerusi jaringan Samuel Bastien.

Kedudukan itu tambah parah apabila penjaga gol pelawat, Emiliano Martinez sekali lagi tertewas pada minit ke-67 menerusi gol Selim Amallah yang meletakkan tuan rumah di kedudukan selesa.

Begitupun Gunner yang juga naib juara Liga Europa musim lalu bangkit apabila Alexandre Lacazette merapatkan kedudukan pada minit ke-78 sebelum Bukayo Saka menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Keputusan menyaksikan Arsenal mengumpul 11 mata tetapi ia belum melegakan wakil England itu apabila pencabar utamanya dalam Kumpulan F, Eintracht Frankfurt ketika itu berada di kedudukan lebih baik apabila mendahului Guimaraes 2-1.

Begitupun Guimaraes dari Portugal dan sudah pun tersingkir, meledak dua gol dalam tempoh lima minit terakhir permainan untuk meraih kemenangan 3-2.

Frankfurt yang terpaksa berpuas hati menamatkan saingan selaku naib juara kumpulan sebelum ini menewaskan Arsenal di London yang menyaksikan pemecatan bekas pengurus, Unai Emery. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,830
Points
2,226


PENYERANG Arsenal, Bukayo Saka (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. - Foto AFP

Ljungberg kagum kualiti Saka


LONDON: Jurulatih sementara Arsenal, Freddie Ljungberg melabel persembahan yang ditunjukkan pemain berusia 18 tahun, Bukayo Saka dalam aksi Liga Europa bertemu Standard Liege, awal pagi tadi sebagai ‘menakjubkan’.

Selepas ketinggalan 2-0, Arsenal terpaksa bangkit dengan Saka tampil sebagai penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat perlawanan 2-2 sekaligus mengesahkan kemaraan Gunners selaku juara Kumpulan F.

Selain menyumbat gol, pemain sayap itu turut mencipta umpanan bagi jaringan pembukaan oleh Alexandre Lacazette menerusi tandukan.

“Dia menakjubkan,” kata Ljungberg. “Hantaran terakhirnya, umpanannya sentiasa efektif. Dia sedikit marah dengan saya sebelum perlawanan kerana dia perlu beraksi sebagai pemain sayap bertahan dan pertahanan tengah.

“Tetapi bakat yang dimilikinya menakjubkan. Saya merasa kasihan dengan pemain-pemain muda kami. Ramai di antara mereka tidak dipinjamkan, mereka tidak mendapat pendedahan untuk bersaing dalam kancah bola sepak elit.

“Segelintir daripada mereka melakukan kesilapan tetapi mereka akan belajar daripada kesilapan dan tidak akan melakukannya lagi. Tetapi Bukayo mengharungi malam yang menakjubkan.”

Permainan Arsenal yang memberikan tumpuan kepada corak bertahan adalah disebabkan Ljungberg membariskan ramai pemain muda dalam skuadnya ketika menentang Liege.

Begitupun, pengendali berusia 42 tahun itu jelas lebih rela menggunakan pendekatan berkenaan yang menyaksikannya kedua-dua pasukan membawa pulang satu mata.

“Saya amat bangga dengan mereka. Mereka menunjukkan kepercayaan dalam bagaimana mereka boleh bermain bola sepak. Ia bagus untuk kami pada masa depan. Tenaga mereka, mereka terus melawan dan melawan. Mereka tidak berhenti,” katanya. - Agensi


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,830
Points
2,226
Sponsored Post
Top
Log in Register