BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Armada Bersatu sokong penuh formula ‘Top 5’ Muhyiddin

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,610
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,610
Reaction score
6,736
Points
881
Awards
1
Armada Bersatu sokong penuh formula ‘Top 5’ Muhyiddin

Yusman AwangJuly 16, 2024

Wan Ahmad Fayhsal
KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong sepenuhnya seruan penyatuan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, formula ‘Top 5’ yang diilhamkan oleh Tan Sri Muhyiddin mampu mewujudkan keharmonian dan kesepaduan dalam kalangan pimpinan dan ahli akar umbi parti dalam mendepani cabaran politik semasa.

“Ini merupakan suatu formula terbaik demi kestabilan parti dan mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional (PN) yang semakin mendapat tempat dan sokongan di hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” katanya satu kenyataan, semalam.

Menurut beliau, fokus utama Bersatu kini adalah menjadi pembela kepada rakyat di saat kerajaan ‘lembu kenyang’ yang pekak pada hari ini telah gagal untuk mendengar rintihan dan keluhan rakyat.

“Maka, kudrat dan tumpuan seluruh anggota parti perlu ditumpukan ke arah usaha ini,” ujarnya.

Terdahulu, laporan media tempatan pada 15 Julai yang lalu melaporkan Pemilihan Bersatu yang akan berlangsung pada Oktober ini bermungkinan tiada pertembungan yang melibatkan jawatan tertinggi parti berkenaan.

Muhyiddin dilaporkan memberi bayangan tersebut ketika merasmikan Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang, di sini, pada Sabtu (13 Julai) yang lalu.

Sehubungan itu, Fayhsal menyatakan Armada Bersatu akan terus menyokong usaha jitu dan niat murni Tan Sri Muhyiddin dalam memastikan Bersatu terus kukuh.

“Maka, kami semua akan terus menyokong usaha jitu dan niat murni Tan Sri Presiden dalam memastikan BERSATU terus kukuh, stabil dan menjadi pilihan rakyat Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/7/2024
 
Sponsored Post

bang non penakut nak hadapi pengundi...

Abah anak Jantan...tup2 jawatan dalam parti sendiri pun nego...takda pemilihan..
hari tu bukan main kutuk Umno

btw bini dia endorse tak susunan jawatan ni ? kang kena u turn balik 😂

selagi suami ada jawata n ok.. jgn sampai pencen awal ...
 
sedarkah walanon PKR adalah parti anal beranak anwar.. cuba check

sama mcm DAP.. anak beranak lim semua
yg tu dah open secret , semua orang tau bang...
cuma jenis yg sembang pumpang2 ni , bila kena kat batang idung sendiri..
eh .. eh demi kestabilan...demi elakkan perpecahan...pun.dek la 😂

lain kali jgn taksub sangat dgn politaik...
 
sama je dgn walanon.. sembang reformasi ape lah…

jadi kalau bersatu pun buat, jgn bising sgt

bersatu belaja dgn pkr dan dap
 
sama je dgn walanon.. sembang reformasi ape lah…

jadi kalau bersatu pun buat, jgn bising sgt

ya sebab tu jangan nak taksub dgn ahli politaik ni...
yg nak ambik alih pun takda la wangi sangat

kita perlu berjuang..berjuang demi negara...jgn lari dari perjuangan

berjuang apa...nak gantikan tahi kucing dgn tahi kuda ada la 😂
 
ahhh bg laa parti politik terbaik mcm mane pun

tetap suka sokong pembohong retorik mcm bang non
 
sama je dgn walanon.. sembang reformasi ape lah…

jadi kalau bersatu pun buat, jgn bising sgt

bersatu belaja dgn pkr dan dap
Sbb tu aku dok ckp semua bangsat jer politikus ni, sama saja xder beza.

Tu yg aku ckp xyah lebih2 dok troll PMX dgn RR atas ucapan2 janji temberang dorg, sbb TGHH xder beza pun babiterbang juga. So jgn bising sgt.

Sama je semua.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register