BTC USD 52,502.2 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Arc Adalah Jenama Untuk Penawaran GPU Intel - Akan Datang Pada 2022

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Intel sedia mengatakan sebelum ini mereka akan memasuki arena grafik GPU untuk pengguna, dan hari ini mereka secara rasminya memperkenalkan penjenamaan untuk penawaran GPU mereka. Dinamakan sebagai Intel Arc, ia dijangka akan dilancarkan pada pertengahan pertama 2022 kelak.

GPU pertama dibawah Intel Arc ini kini dikenali dengan nama “Alchemist”, dan disasarkan untuk pengguna desktop dan juga komputer riba. Dengan penyertaan ini, Intel sekaligus akan bersaing dengan pihak NVIDIA dan juga AMD dalam penawaran kad grafik masing-masing – sekaligus membawa kepada persaingan tiga penjuru.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut perniagaan grafik Intel ini, dan bagaimanakah prestasi dan penawaran teknikalnya kelak.​

1629185838649.png

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Intel Mengacah Rupa Kad Grafik Arc 'Alchemist' Dengan Terbangkan 1000 Unit Dron

Intel telah pun mengumumkan secara rasmi kad grafik mereka di bawah jenama Intel Arc. Tetapi Intel tidak pula mendedahkan secara jelas reka bentuk kad grafik mereka itu kepada umum setakat ini. Namun begitu, Intel ada meraikan pelancaran kad grafik Arc mereka dengan menerbangkan sebanyak 1000 unit dron Intel yang membentuk pelbagai visual menarik.

Dalam banyak-banyak visual yang dipaparkan itu, turut diselitkan adalah reka bentuk yang menyerupai sebuah kad grafik. Sekaligus memungkin ia adalah rupa kad grafik Intel Arc Alchemist. Intel memaklumkan kad grafik Arc Alchemist dijangka akan tiba di pasaran seawal suku pertama tahun hadapan.

Tetapi buat masa ini Intel masih belum mendedahkan secara jelas spesifikasi kad grafik mereka itu. Ura-ura ada menyebut bahawa syarikat yang dipercayai mengilangkan cip kad grafik Intel Arc adalah TSMC iaitu syarikat sama yang menghasilkan kad grafik untuk AMD.


Sumber asal https://sea.pcmag.com/graphics-card...ow-teases-image-of-alchemist-pc-graphics-card
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register