Arak: Kejayaan pertama PAS di Shah Alam

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.

Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada Malaysiakini hari ini.

Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS - salah sebuah parti komponen Pakatan - untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.

Sebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.

Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.

Menurut sumber-sumber MBSA lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga premis - kedai runcit, restoran dan kedai serbaguna 24 jam - akan disemak semula.

"Mereka perlu mengemukakan rayuan yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pelesenan yang juga dianggotai ahli MBSA," kata sumber-sumber tersebut.

Semakan semula lesen

Bagaimanapun, tambah sumber-sumber, semakan semula ini tidak melibatkan premis lain seperti hotel, kelab malam, kedai ubat Cina, pasaraya besar dan jualan oleh pemborong.

Semakan semula lesen itu akan mempertimbangkan faktor lokasi tempat ia beroperasi dan maklum balas orang awam.

Perkara itu didakwa telah ditimbulkan pertama kali kira-kira dua bulan sebelum cadangan itu diterima hujung bulan lalu, untuk menyediakan dokumen yang lebih terperinci.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika dihubungi mengesahkan penerimaan majlis itu terhadap cadangan yang dikemukakan seorang ahli majlis itu.

Katanya, beliau difahamkan, perkara itu telah dibincangkan dan diterima oleh wakil DAP sendiri. Cuma, tambahnya, terdapat sebahagian daripada ahli majlis daripada kalangan PKR yang menentang cadangan itu.

Bagaimanapun, Khalid berkata, setakat yang beliau tahu, PAS tidak pernah mengarahkan ahli-ahlinya mengemukakan permohonan membataskan penjualan minuman keras di negeri itu.

"Perkara ini tidak pernah dibincangkan di peringkat parti," katanya yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS yang baru digugurkan minggu lepas.

Mesyuarat MPK

Ditanya tentang desas-desus seorang ahli majlis PAS yang akan membentangkan cadangan itu dalam mesyarat Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini, Khalid berkata, perkara itu mungkin terilham daripada kejayaan membawa usul itu di MBSA.

Seorang ahli majlis di MPK yang juga ahli PAS Kota Raja dijangka membentangkan cadangan pembatasan jualan minuman keras di kawasan perbandaran berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, sehingga tamat mesyuarat pada tengah hari tadi, cadangan itu tidak dibuat.

Pihak media telah memperolehi salinan kertas cadangan tersebut.

Malaysiakini menghubungi Ahli majlis MPK berkenaan melalui SMS untuk mendapat komennya. Dalam jawapannya, juga melalui SMS< beliau berkata tidak mahu mengulas mengenainya.

Mengulas lanjut isu tersebut, Khalid menegaskan, apa yang dilakukan ahli majlis PAS itu “hanyalah cadangan dan bukannya tuntutan”.

Beliau berkata, ia dikemukakan bertujuan mengawal masalah sosial seperti alkoholisme yang menular di kalangan anak muda.

Katanya lagi, cadangan itu bukanlah sebahagian daripada usaha PAS menerapkan nilai-nilai Islam di negeri itu, sebaliknya bertujuan memberikan faedah kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan agama masing-masing.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan itu tidak bermaksud "pengharaman penuh", sebaliknya hanya tempat-tempat tertentu sahaja.

Reaksi PAS

"Kalau kita lihat, 7-Eleven, misalnya, merupakan pengenalan pertama alkohol kepada orang muda," katanya.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Sharir ketika dihubungi menafikan terdapat "rancangan kedua" (plan B) PAS untuk membataskan penjualan alkohol di negeri itu setelah gagal diterima dalam mesyuarat exco negeri itu bulan lepas.

"Tidak ada plan A atau plan B. Tidak ada pelan," katanya, apabila diminta mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang menyebut PAS merancang membataskan jualan alkohol di seluruh Selangor.

Roslan, juga setiausaha akhbar kepada presiden PAS berkata, cadangan itu tidak dibincangkan di peringkat parti dan jika ada, ia inisiatif peribadi ahli majlis PAS sendiri.

Mengulas laporan cadangan exco agama Selangor dan juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali yang dilaporkan ditolak oleh mesyuarat exco Selangor, Roslan berkata, tokoh PAS itu cuma ingin kerajaan melaksanakan apa yang sudah termaktub dalam enakmen jenayah syariah Selangor 1995.

Beliau juga menyelar pihak yang membocorkan keputusan mesyuarat tersebut kerana menurutnya perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri merupakan rahsia.

Beliau berkata, cadangan itu bukanlah pengharaman tetapi membataskan jualannya kepada orang Islam.

"Kelantan pun tidak haram. Cuma tidak boleh beli, minum di tempat terbuka," katanya.

Berjaya atau gagal belakang cerita janji ada usaha untuk mengurangkan kalau tak berjaya nak memansuhkan. kesian tengok remaja melayu/islam yang carik makan secara halal terpaksa dapat dosa subahat sebab jual arak kat kedai2 7E...TAHNIAH PAS
 
Sponsored Post

sevenx17

Active+ Member
Joined
Apr 15, 2008
Messages
2,792
Reaction score
0
Points
20
emm..bgus tu
aku pun sedey tgk org2 melayu minum menantang ni,kat 7-eleven pun ramai bli,yg mude2 same..sedey2
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
emm..bgus tu
aku pun sedey tgk org2 melayu minum menantang ni,kat 7-eleven pun ramai bli,yg mude2 same..sedey2
yang beli tu aku tak kisah sangat tapi si tukang jual nie...buta2 saja dapat dosa...

sebab nak elak dosa nie dulu aku suruh adik ipar aku jangan pi kerja kat 7E walaupun dia dah dapat kerja tu...biar aku tanggung makan minum dia....


~X(~X(~X(
 

suweb84

Active+ Member
Joined
Feb 13, 2008
Messages
3,214
Reaction score
10
Points
25
yang beli tu aku tak kisah sangat tapi si tukang jual nie...buta2 saja dapat dosa...

sebab nak elak dosa nie dulu aku suruh adik ipar aku jangan pi kerja kat 7E walaupun dia dah dapat kerja tu...biar aku tanggung makan minum dia....


~X(~X(~X(
btul2...sia2 je dpt dosa wlopon niat nk mncari keje halal..
apelah nasib kat ngara sndiri..nk mcari keje halal tp kbnyakan kdai n pasaraya jual arak..

tahniah,1 pmulaan y bgus pd PAS..
 

wealthgainer

Legendary Member
Joined
May 20, 2007
Messages
13,976
Reaction score
42
Points
120
Arak ni...start dari tukang petik anggur sampai la tukang cuci gelas...semua dapat saham...#:-S
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Berita ni akan memanaskan hati2 zombi2 umno. PAS telah berjaya melakukannye kurang dari sepenggal pemerintahan :)).

hadari pon x bole nak buat :))
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,475
Reaction score
56
Points
120
elok la camtu... jangan pula yg berfikiran negatif macam amalan yoga tu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register