BTC USD 87,444.8 Gold USD 3,011.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arab saudi sambut hari Kebangsaan dengan konsert hiburan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,906
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,906
Reaction score
1,397
Points
201
Arab saudi sambut hari Kebangsaan dengan konsert hiburan
FB_IMG_1662137349579.jpg

FESTIVAL muzik Azimuth edisi pertama sebelum ini yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.-


RIYADH: Barisan artis terkenal tempatan dan antarabangsa akan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-92 yang disambut pada 22 September depan.

Lapor Arab News, selebriti undangan akan membuat persembahan di Alula bermula pada pukul 8 malam hingga 6 pagi, pada Khamis.

Persembahan akan bersambung pada keesokan hari, Jumaat dari pukul 4.30 petang hingga 6 pagi.

Alula ialah sebuah bandar yang terletak di wilayah Madinah di barat laut Arab Saudi.

Barisan artis yang akan menjayakan acara penuh gilang-gemilang itu diumumkan secara langsung di Riyadh Boulevard City dengan diserikan persembahan dari pemain violin wanita Saudi dan DJ Kayan.

Penganjuran yang memasuki edisi kedua, Azimuth 2022 dibawakan oleh MDLBEAST membariskan artis tempatan dan antarabangsa seperti Dorar, Solskin, Dish Dash, Baloo, Nomad, Gooner, Biirdperson, Damian Lazarus, DJ Snake dan Parov Stelar.

Azimuth 2022 adalah festival muzik, seni dan gastronomi selama tiga hari yang menampilkan penghibur, artis global dan tempatan.

“Kami sangat teruja untuk membuat persembahan semasa hujung minggu sambutan Hari Kebangsaan dalam AlUla yang menakjubkan dan mempesonakan.

“Festival ini sangat istimewa untuk memenuhi ruang ajaib yang akan kami persembahkan sebagai pengaturcara muzik,” kata DJ Arab Saudi, Baloo.

Festival itu akan berlangsung di kawasan sama pameran seni Desert X AlUla dianjurkan awal tahun ini.

Ketua Pegawai Pengurusan dan Pemasaran Suruhanjaya Diraja AlUla, Philip Jones berkata, dia berhasrat memupuk dan membangunkan industri hiburan di Arab Saudi.

“AlUla sesuai dengan latar belakang yang menakjubkan dengan filem, hiburan serta video.

“Kami mahu gunakan peluang ini untuk menyerlahkan aspek itu serta mencungkil bakat tempatan sedia ada,” katanya.
 
Sponsored Post

Penganjuran yang memasuki edisi kedua, Azimuth 2022 dibawakan oleh MDLBEAST membariskan artis tempatan dan antarabangsa seperti Dorar, Solskin, Dish Dash, Baloo, Nomad, Gooner, Biirdperson, Damian Lazarus, DJ Snake dan Parov Stelar.
dah mai dah...

sekor pun aku tak kenal dalam senarai tu.... :D
 
Ini mmg normal utk arab saudi..
Diorang ke arah liberal arab..

Kiranya kne ada hiburan dll supaya negara semakin maju dan terbuka..

Bru pelancong dtng..

Mcm malaysia sllu buat..
Utk pelancong..

Diorang buat utk org arab yg liberal dan utk aktiviti pelancongan..

Zaman dia dh sampai..
 
Balik drp umrah
Bole la singgah konsert 😂

Joget2 dgn yahudi kat sana hehe
Haleluyah Hamdelilah

baik kami taat akan nasihat Tuan ghurur al agamawani assyeikh al-akudotcomi

ya habibi al kelabul-malami

ekekekkeke
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register