BTC USD 25,744.2 Gold USD 1,960.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arab Saudi Hantar Angkasawan Wanita Pertama Tahun Ini

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,802
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,802
Reaction score
28,296
Points
2,836
Awards
2

Arab Saudi hantar angkasawan wanita pertama tahun ini​

13 Februari 2023 05:13pm

2091698.png


Penerbangan ke angkasa lepas itu dijadual dilancarkan dari Amerika Syarikat ke Stesen Angkasa Antarabangsa. (Gambar hiasan)


RIYADH - Arab Saudi pada Ahad mengumumkan penghantaran angkasawan wanita pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada suku kedua tahun ini, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Angkasa Saudi memaklumkan, Rayyanah Barnawi dan Ali AlQarni akan menyertai kru misi angkasa lepas AX-2 yang bertujuan untuk memperkasa keupayaan negara dalam penerbangan angkasa manusia dan memperoleh manfaat daripada peluang yang ditawarkan oleh industri angkasa lepas.

"Penerbangan ke angkasa lepas itu dijadual dilancarkan dari Amerika Syarikat ke Stesen Angkasa Antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Program Penerbangan Angkasa Manusia Arab Saudi turut melatih dua lagi angkasawan iaitu Mariam Fardous dan Ali AlGamdi -mengenai semua keperluan misi.

Negara-negara Teluk baru-baru ini menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas.

Pada Disember 2022, penjelajah angkasa, Emirati Rashid Rover berlepas ke bulan dengan kapal angkasa Jepun untuk perjalanan selama lima bulan.

Pada September tahun lepas, Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi melancarkan program angkasawannya bagi melayakkan kader negara itu terbang ke angkasa dalam jangka pendek dan jangka panjang dan mengambil bahagian dalam eksperimen saintifik, penyelidikan antarabangsa dan misi berkaitan angkasa lepas. - Bernama


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,802
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,802
Reaction score
28,296
Points
2,836
Awards
2
Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Angkasa Saudi memaklumkan, Rayyanah Barnawi dan Ali AlQarni akan menyertai kru misi angkasa lepas AX-2 yang bertujuan untuk memperkasa keupayaan negara dalam penerbangan angkasa manusia dan memperoleh manfaat daripada peluang yang ditawarkan oleh industri angkasa lepas.

Program Penerbangan Angkasa Manusia Arab Saudi turut melatih dua lagi angkasawan iaitu Mariam Fardous dan Ali AlGamdi -mengenai semua keperluan misi.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register