Arab Saudi gantung Visa Umrah - Puluhan ribu jemaah terjejas

CG Sponsors




Actifast

Super Active Member
Joined
Sep 11, 2008
Messages
5,965
Reaction score
121
Points
73
Maksud saya, kn tutup cepat2 time macam ni, ketika wabak tgh panas.
Jika lambat, jd lah macam kes tabligh di sri petaling
positif charge kena jana juga, stop kalu. Negatif charge take over.

mana paham tu paham la.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,182
Reaction score
11,350
Points
2,376


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

COVID-19: Malaysia, Arab Saudi bincang isu haji tahun ini


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, akan mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan, bagi membincangkan isu berhubung ibadat haji tahun ini.

Zulkifli berkata, beliau akan membuat kunjungan hormat itu pada 7 April ini, sekali gus berharap perbincangan berkenaan dapat memberi manfaat kepada semua.

“Kita akan membincangkan apa langkah terbaik, serta mendapatkan maklumat terkini dan terakhir berkenaan isu ini.

“Selepas itu, barulah kami akan membuat kenyataan,” katanya pada program Jendela Fikir: Ujian & Hikmah COVID-19 yang disiarkan menerusi Bernama Radio, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Saleh Taher Banten, yang meminta negara di seluruh dunia menunggu dahulu daripada membuat persediaan akhir mengerjakan haji tahun ini sehingga keadaan wabak COVID-19 pulih.

Dalam temu bual dengan TV al-Ikhbaria, Muhammad Saleh turut berkata, wang akan dikembalikan kepada mereka yang sudah mendapat visa umrah tetapi tidak dapat melaksanakannya disebabkan langkah berjaga-jaga yang sedang diambil Kerajaan Arab Saudi.

Sementara itu, Zulkifli turut menasihati masyarakat supaya melakukan perkara bermanfaat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, umat Islam digalak memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan menunaikan solat berjemaah di rumah.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menyeru jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, baru-baru ini, supaya melakukan pemeriksaan kesihatan. – BERNAMA


 

akudotcom

Active+ Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
4,439
Reaction score
951
Points
81
bumi pinggan xberputar..
tawaf takde
Aktiviti dunia pun terhenti

bukan bumi berhenti berputar

nanti matahari terbit dr barat mcm mana nak kiamat:p
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,855
Reaction score
1,442
Points
206
TAWAF 11 APRIL 2020 | 8 DETIK MELIHAT PELATARAN KA'BAH | kapan Masjidil harom dibuka

 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,855
Reaction score
1,442
Points
206
Gambar fail Masjidil Haram.

Gambar fail Masjidil Haram.
COVID-19: Arab Saudi gantung solat tarawih di Masjidil Haram, Masjid Nabawi


Share


Tweet

ANKARA: Arab Saudi menggantung sembahyang tarawih di kedua-dua masjid suci di Makkah dan Madinah pada Ramadan ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, berkata justeru solat tarawih akan diadakan tanpa jemaah awam di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Beliau dalam satu kenyataan melalui Twitter menjelaskan bahawa sembahyang tarawih hanya akan membabitkan kakitangan masjid berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, iktikaf turut dibatalkan di kedua-dua masjid terbabit, manakala ibadat umrah pula masih digantung sehingga makluman lanjut. - BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register