BTC USD 57,042.2 Gold USD 1,815.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah dibenarkan semula 4 Oktober 2020

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,281
Reaction score
12,630
Points
1,906

Sakinah Sulong

9m ·

InshaAllah minggu depan saya akan menghadiri taklimat pemeriksaan bakal haji untuk tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya.

Memang selama ini, vaksin meninggococcal wajib diberikan kepada semua jemaah Haji/Umrah sebagai syarat kemasukan jemaah ke Tanah Suci. Mereka tidak mahu berdepan dengan wabak yang boleh membunuh dan membebankan sistem kesihatan di negara itu yang sangat sibuk di musim haji.

Untuk tahun ini, Menteri Kesihatan Arab Saudi dalam kenyataannya sebelum ini, telah menegaskan semua jemaah perlu menerima vaksin Covid-19 sebelum masuk ke negara itu untuk mengerjakan ibadah mulia ini.

Kini sudah keluar berita, hanya dua vaksin yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi iaitu, Pfizer dan Astra Zeneca. Jadi warga emas kita kebanyakannya menerima Pfizer (50% vaksin dibawa masuk ke Malaysia adalah jenis ini) dan seandainya stok tidak mencukupi, vaksin Astra Zeneca akan digunakan.

Jadi, siapakah jemaah bertuah tahun ini yang bakal menyahut seruan Allah ke Tanah Suci Mekah & Madinah?

#LindungDiriLindungSemua

1620185029664.png

1620185038404.png
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,648
Reaction score
2,855
Points
201
rsenya xde haji tahun ni.
kes covid mcm apa lgi.
tak ckup dgn covid biasa.
covid jenis mutasi yg pelik2.

tunggu kes turun dgn kadar mutasi 0.

bru boleh dipertimbangkan.

aku bru je kluarkan duit tbung haji. invest kt tmpt lain pulak.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,964
Reaction score
2,226
Points
201
Kerajaan Arab Saudi naikkan kuota haji Malaysia sebanyak 10,000

March 10, 2021 9:30 AM

View attachment 350425
Muhyiddin Yassin tiba untuk mengadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud di Riyadh semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Arab Saudi menaikkan kuota haji bagi Malaysia sebanyak 10,000, menurut laporan Bernama yang memetik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sedemikian di Riyadh.

Muhyiddin, yang sedang dalam lawatan rasmi empat hari ke negara itu, mengadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud semalam, dengan diiringi Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein.

Malaysia dilaporkan semalam telah meminta Arab Saudi menaikkan kuota haji rasmi daripada jumlah semasa sebanyak 31,600.
Permintaan itu dibuat kerana populasi Malaysia sudah meningkat menjadi 31.95 juta orang, kata Muhyiddin.

Beliau berkata, kenaikan kuota haji tahunan akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia pergi menunaikan haji.

Perdana menteri juga dilaporkan telah meminta keizinan bagi jemaah umrah Malaysia untuk menunaikan ibadah tersebut secepat mungkin susulan wabak Covid-19.


Tabung Haji buat persiapan awal jemaah haji​

May 4, 2021
marzuk-1-696x391.jpeg

KOTA BHARU: Kerajaan Arab Saudi sehingga sekarang belum lagi mengeluarkan kuota untuk membolehkan rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary berkata, Malaysia perlu menunggu keputusan yang akan ditetapkan kerajaan negara berkenaan.

Bagaimanapun beliau menjangka kuota jemaah dijangka berkurangan berbanding jumlah yang diberi sebelum ini iaitu seramai 40,000 orang.

Advertisement

“Tabung Haji sudah membuat persiapan awal dengan mengenal pasti nama-nama yang diutamakan berdasar penilaian dan juga faktor kesihatan,” katanya ketika ditemui ketika menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di Dun Kijang di sini semalam.

Sebelum ini Menteri Kesihatan Arab Saudi Dr Tawfiq al-Rabiah dilaporkan berkata antara syarat utama kemasukan jemaah haji pada Julai hadapan wajib mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Namun beliau tidak menyatakan jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan atau sebaliknya untuk menunaikan ibadat haji tahun ini.

Tahun lepas kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja bagi mengelak penularan Covid-19.

Ahmad Marzuk juga berkata, jumlah kuota terkini masih belum diumumkan kerajaan Arab Saudi.

“Kita akan penuhi syarat-syarat yang ditetapkan Arab Saudi terutama berkaitan suntikan vaksin yang diperlukan bakal jemaah haji,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/5/2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register