BTC USD 46,223.5 Gold USD 1,844.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah dibenarkan semula 4 Oktober 2020

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,253
Reaction score
2,247
Points
201
*SOP haji lengkap akan diserah kepada MKN, KKM

MAKKAH - Hasil perbincangan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) bersama pihak berwajib di Arab Saudi berkaitan ibadah haji dan umrah akan dibawa kepada perhatian Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli berkata, setakat ini, Arab Saudi masih belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini.

"Namun syarat terpenting pada masa ini adalah vaksin. Sebahagian negara Islam tidak mempunyai sistem pengawasan dan kawalan Covid-19 yang telus dan teratur dan ini menyebabkan Arab Saudi sangat berhati-hati membuat apa-apa keputusan terhadap pelaksanaan ibadah haji.

"Insya-ALLAH berdasarkan kepada pertemuan kami di Arab Saudi, segala perbincangan SOP akan diangkat ke MKN dan KKM secara rasmi untuk diperhalusi dan diluluskan... kami mengharapkan kita semua bersiap siaga jika ditakdirkan dapat melaksanakan ibadah haji tahun ini untuk memenuhi segala bentuk syarat dan SOP yang telah ditetapkan," katanya kepada media Malaysia di sini pada Ahad.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdel Fattah Mashat di sini pada Sabtu.

Pada sidang akhbar itu, Zulkifli juga berkata, Arab Saudi sedang bertungkus-lumus membuat persiapan bagi menghadapi musim haji tahun ini.

“Kementerian Kesihatan Arab Saudi belum menentukan jenis vaksin bagi jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini.

“Setakat ini, pemberian vaksin di Arab Saudi telah mencapai 70 peratus bersamaan hampir enam juta penduduk di negara ini dan mereka hanya mengiktiraf vaksin Covid-19 jenama Pfizer–BioNTech dan AstraZeneca,” katanya.

Zulkifli menjelaskan bahawa Arab Saudi tidak mahu ibadah haji menjadi punca tersebarnya Covid-19 di seluruh dunia dan turut memandang serius berkenaan trend peningkatan kes Covid-19 ketika Ramadan di negara itu.

Zulkifli kini berada di Arab Saudi dalam rangka lawatan kerja sehingga 18 April bagi mendapatkan perincian prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji pada tahun ini. - Bernama

========================😎
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,253
Reaction score
2,247
Points
201

Air Zam Zam lalui sistem pensterilan canggih​

zam2spa20_1618896865.jpg
Air Zam Zam ditapis menggunakan alat dilengkapi kemajuan saintifik terkini dalam bidang pensterilan. - Foto Arab News/SPA
RIYADH: Air Zam Zam ditapis menggunakan alat dilengkapi kemajuan saintifik terkini dalam bidang pensterilan, kata Presiden Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Menurut laporan Arab News, bagi memastikan kualiti air Zam Zam, ia melalui sistem pensterilan canggih yang menggunakan sinar ultraviolet untuk membunuh bakteria dan virus, sekali gus memastikan tahap pensterilan yang tinggi.

Satu kilowatt tenaga elektrik mampu menjana pensterilan sebanyak 12,000 gelen air Zam Zam, dan memastikan warna, rasa serta bau yang konsisten.

Bagi memastikan keselamatan air terbabit, pihak berkuasa memaklumkan, satu rangkaian langkah diguna pakai yang bermula daripada air itu dipam dari telaga Zam Zam dan dipindahkan ke tangki tertutup di mana ia disimpan sehingga melalui proses pensterilan serta dipindahkan ke Masjidil Haram.

Sebuah pasukan pakar memantau semua peringkat proses berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, mereka mengedarkan 200,000 botol air Zam Zam sehari kepada jemaah di Masjidil Haram, Makkah.

Selain itu, mereka turut mengumumkan satu platform interaktif sudah dilancar untuk memberikan maklumat mengenai Ramadan, termasuk masa, hadis, kuliah di Masjidil Haram, al-Quran yang lengkap, urusan umrah, jadual solat tarawih dan soalan lazim. - AGENSI
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,636
Reaction score
1,996
Points
206
Iftar madinah 2021

tibo2 dado ni sebak nengok masjid nabawi... teringat umrah awal 2018 musim sejuk.... kek madinah sejuk sgt2 mlm berlapih2 den pakai baju, ingat org gemuk x sejuk? sojuk janggggg
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,636
Reaction score
1,996
Points
206

COVID-19 | Jemaah Umrah Wajib Ada Insurans COVID-19​

Warga asing yang datang ke Arab Saudi dengan visa umrah, lawatan dan pelancongan diwajibkan mempunyai perlindungan insurans terhadap risiko jangkitan COVID-19.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
#KualaLumpur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan perkara itu.
https://www.hmetro.com.my/.../jemaah-haji-akan-disuntik...

Jemaah haji akan disuntik vaksin Pfizer-BioNTech, AstraZeneca​

1620086760008.png

Kuala Lumpur: Jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diberikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca seperti yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan perkara itu.

"Menerusi perbincangan ini, semua jemaah akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekiranya bekalan mencukupi, sekiranya tidak, vaksin AstraZeneca akan digunakan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah, Zulkifli berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan berkaitan pelaksanaan ibadah itu.

Arab Saudi ketika ini belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini dan negara itu hanya mengiktiraf vaksin Covid-19 jenama Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.
Disiarkan pada: Mei 3, 2021 @ 5:07pm

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376
HAJI | Jemaah Malaysia Terima Vaksin Pfizer-BioNTech & AstraZeneca

Jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diberikan vaksin Pfizer-BioNTech & AstraZeneca seperti yang diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,253
Reaction score
2,247
Points
201

Kos umrah naik sekali ganda​

jemaah_1620035351.jpg
Pakej menunaikan umrah pasca COVID-19 dijangka meningkat sekali ganda berikutan pelbagai syarat tambahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi sebagai langkah keselamatan menghadapi wabak itu. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Pakej menunaikan umrah pasca COVID-19 dijangka meningkat sekali ganda berikutan pelbagai syarat tambahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi termasuk insurans sebagai langkah keselamatan menghadapi wabak itu.

Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata perkara itu tidak dapat dielakkan kerana pengusaha terpaksa mematuhi peraturan baharu ditetapkan berkaitan penjarakan fizikal dan bayaran untuk ujian saringan dan kuarantin.

Katanya, sebelum pandemik harga pakej biasa ditawarkan pada kadar RM5,800 tetapi pasca COVID-19 harga kini mencecah RM10,800.

"Bayaran ini termasuk (kos) dua kali ujian saringan COVID-19 (masuk dan keluar), kos bilik daripada empat sebilik kepada dua orang sebilik dan kapasiti pengangkutan dikurangkan separuh serta kos untuk kuarantin tiga hari di Arab Saudi.

"Terbaharu kita dimaklumkan mengenai insurans untuk COVID-19, ini juga menyebabkan kos meningkat dan tidak dapat dielakkan," katanya dihubungi, semalam.

Beliau mengulas pengumuman terbaharu Arab Saudi yang mewajibkan warga asing yang datang ke negara itu dengan visa umrah, lawatan dan pelancongan mempunyai perlindungan insurans terhadap risiko jangkitan COVID-19.

Kelmarin, Bank Pusat Arab Saudi dan Majlis Insurans Kesihatan Koperasi mengumumkan mengenai keperluan untuk mengemas kini format polisi insurans dengan menambahkan liputan untuk risiko jangkitan COVID-19.

Memetik portal berita Saudi Gazette, penambahan syarat itu bertujuan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk bukan warganegara Arab Saudi dari luar negara untuk tujuan pelancongan, lawatan dan umrah sekiranya mereka dijangkiti virus berkenaan.

Razali menjelaskan penetapan perlindungan insurans sememangnya sudah ada dalam komponen pakej umrah dan sudah dipraktikkan sejak sekian lama. Syarat terbaharu ini hanya meminta pengusaha agensi umrah dan pelancongan memasukkan liputan untuk COVID-19 dalam insurans dan ini tiada masalah untuk dilaksanakan.

"Apa saja syarat baru ditetapkan pastinya membabitkan kos. Kita kena terima ini sebagai satu norma baharu," katanya.

Ditanya jangkaan masa yang sesuai untuk jemaah Malaysia menunaikan umrah, katanya Arab Saudi memang tidak pernah menutup pintu negara itu menerima jemaah dari Malaysia dan Brunei.

Namun, katanya Malaysia masih belum bersedia melepaskan jemaah umrah ke sana kerana kebimbangan mengenai risiko jangkitan COVID-19.

"Kita kena tunggu kebenaran daripada MyTravelPass kendalian Jabatan Imigresen. Buat masa ini umrah dan haji tidak dapat kebenaran sistem itu," katanya

Sementara itu, Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris, berkata penetapan insurans khusus COVID-19 baru sahaja dikuatkuasakan oleh Kementerian Haji Saudi justeru banyak maklumat terperinci belum diketahui termasuk kos.

Namun, katanya beliau percaya penambahan kos insurans terhadap keseluruhan pakej tidak terlalu besar dan jemaah tidak perlu terlalu risau mengenainya.

"Jemaah memang tidak tahu tentang keperluan insurans baru ini tetapi saya percaya jemaah boleh menerimanya dengan baik demi keselamatan dan kebajikan mereka.

" Saya difahamkan juga, insurans COVID-19 itu adalah penambahan dari perlindungan insurans sedia ada yang pernah digunapakai oleh semua jemaah umrah pada awal musim 1441H sebelum ditutup pada 27 Februari lalu," katanya

Difahamkan penambahan insurans itu melindungi jemaah sekiranya didapati dijangkiti COVID-19. Antara yang dinyatakan adalah insurans itu adalah kos untuk hospital, pengangkutan sekiranya membabitkan kematian, kos pengebumian, kos penginapan ketika kuarantin dan perubatan.

Mengulas lanjut, katanya setakat ini, kenaikan harga pakej umrah sekiranya umrah dibuka semula adalah bagi pematuhan SOP umrah oleh Kerajaan Arab Saudi.

Kenaikan itu termasuklah kenaikan Cukai Nilai Tambah (VAT) dari 10 peratus kepada 15 peratus dan penetapan bilik berdua (double) bagi memastikan penjarakan fizikal dan harga pengangkutan kerana SOP terbaru menetapkan kapasiti penumpang tidak boleh melebihi 25 orang bagi setiap bas.
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,636
Reaction score
1,996
Points
206

Kos umrah naik sekali ganda​

View attachment 366667Pakej menunaikan umrah pasca COVID-19 dijangka meningkat sekali ganda berikutan pelbagai syarat tambahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi sebagai langkah keselamatan menghadapi wabak itu. - Foto AFP

puh naik giller... klu cmni baik simpan duit trus poie haji.... bagi yg dh penah poie umrah oklah x yah poie laie, simpan duit tu poie haji pulak walaupun giliran kito naik haji adalah 80 tahun lagi ekekeekkeee
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,253
Reaction score
2,247
Points
201

Kerajaan perhalusi insurans Covid ke Arab Saudi​

May 4, 2021
Datuk-Seri-Dr-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-696x392.jpg

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperhalusi dan membincangkan isu berkaitan syarat terbaharu yang diumumkan oleh Arab Saudi, supaya jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke negara itu mesti mempunyai perlindungan insurans Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya akan meneliti kenyataan rasmi berkaitan, terlebih dahulu.

Advertisement

Bagi saya masalah itu tidaklah besar sangat sebab kita banyak badan dan ejen insurans diiktiraf, dan perkara ini kami akan perhalusi satu persatu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Masjid Sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Semalam media melaporkan syarat terbaharu diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan itu, yang bertujuan menyediakan rawatan kesihatan kepada individu dilindungi insurans, jika dijangkiti Covid-19 sepanjang tempoh mereka berada di negara itu, dan membolehkan pesakit mendapat akses segera kepada rawatan.

Ia juga menyediakan perlindungan insurans untuk menampung kos bagi kes yang dikesan serta kuarantin, selain kes kecemasan untuk pemindahan perubatan. – BERNAMA
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register