BTC USD 46,054.8 Gold USD 1,747.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah dibenarkan semula 4 Oktober 2020

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,636
Reaction score
1,996
Points
206
Kos haji 2021 naik 9 peratus kepada RM25,000
Ahmad Suhael Adnan- Mac 26, 2021 @ 11:32am
[email protected]
50

KUALA LUMPUR: Kos mengerjakan haji tahun ini, meningkat kira-kira sembilan peratus, daripada RM22,900 kepada sekurang-kurangnya RM25,000 bagi seorang jemaah haji.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, berkata kadar bayaran yang perlu ditanggung jemaah haji negara masih belum ditetapkan.

Ketika ini, bayaran yang perlu ditanggung jemaah haji negara adalah RM9,980 dan tidak pernah berubah sejak 2009, manakala baki RM12,920 ditanggung TH.

DISYORKAN UNTUK ANDA
th-syedsaleh_1616734914.jpg
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman pada sidang media mengenai Pra Operasi Musim Haji 1442H/2021M di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur. - NSTP/Eizairi Shamsudin

"Pelaksanaan haji tahun ini agak berbeza berbanding sebelum ini. Kos haji pada 2019 dan 2020 adalah sebanyak RM22,900.
"Namun, untuk tahun ini ada peningkatan. Selepas mengambil kira beberapa faktor, kos menunaikan haji tahun ini meningkat kepada RM25,000.

"Namun, peningkatan ini belum mengambil kira pelaksanaan peraturan baharu dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dan sebagainya yang masih belum diketahui, dan perkara ini mungkin akan memberi impak kepada kos menunaikan haji," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas punca peningkatan kos itu, Syed Saleh berkata, ia mengambil kira pengumuman kerajaan Arab Saudi mengenai peningkatan cukai nilai tambahan daripada lima peratus kepada 15 peratus pada Julai tahun lalu, selain caj tambahan visa sebanyak 300 riyal (RM350).

Ditanya anggaran pertambahan kos haji jika peraturan dan SOP berkaitan COVID-19 diumumkan kerajaan Arab Saudi, Syed Saleh berkata kadar itu hanya boleh diketahui selepas ia diumumkan.

Berhubung kadar bayaran yang perlu ditanggung jemaah haji susulan peningkatan kos mengerjakan haji, Syed Saleh memaklumkan, ia masih belum ditetapkan.

Syed Saleh menegaskan, buat masa ini, kerajaan dan TH masih menunggu pengumuman rasmi berhubung kebenaran pelaksaan haji tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi.

"Sehingga hari ini, belum ada pengumuman rasmi berkenaan pelaksanan haji tahun ini, sama ada jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan, jumlah jemaah yang dibenarkan dan kriteria pemilihan jemaah haji," katanya.

Syed Saleh berkata, 31,600 bakal jemaah haji yang sudah menerima surat tawaran tahun lalu, diberi keutamaan untuk menunaikan ibadah itu tahun ini sekiranya Arab Saudi mengumumkan kebenaran itu.

"Sekiranya jumlah jemaah luar negara dihadkan pada jumlah tertentu, maka baki yang tidak dapat menunaikan haji tahun ini akan diberi keutamaan untum tahun depan," katanya.

 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,636
Reaction score
1,996
Points
206
31,600 bakal jemaah haji digesa daftar vaksin COVID-19
Ahmad Suhael Adnan- Mac 26, 2021 @ 12:31pm
[email protected]
11
jemaahhaji26mac_1616733625.jpg
Gambar hiasan jemaah haji.

KUALA LUMPUR: Seramai 31,600 bakal jemaah haji tahun ini yang mendapat surat tawaran mengerjakan ibadah itu tahun lalu, digesa segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, berkata ia adalah sebahagian daripada persiapan bakal jemaah sekiranya kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran menunaikan haji tahun ini.

"Memandangkan vaksin COVID-19 antara syarat untuk jemaah menunaikan haji, TH menasihatkan semua bakal haji yang sudah menerima surat tawaran haji tahun lalu untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

"Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera atau dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, atau menerusi talian 1800-888-828, seperti disaran Kementerian Kesihatan (KKM).
DISYORKAN UNTUK ANDA
"TH sedia membantu urusan pendaftaran bakal haji menerusi MySejahtera, khusus untuk mereka yang lanjut usia dan tiada akses internet, dan bakal jemaah hanya perlu menerusi pejabat cawang di seluruh negara ke pejabat cawangan TH di seluruh negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengurus Besar (Pengurusan Haji) TH, Nurrinanuwar Shamsuddin.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah, dilaporkan berkata vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.
Awal bulan ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, bakal jemaah haji 2021 akan mula diberikan vaksin COVID-19 pada pertengahan Mei depan.

Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata, bakal jemaah haji 2021 juga diminta bersedia mengambil suntikan wajib meningococcal apabila dipanggil KKM, supaya proses pengambil vaksin COVID-19 memenuhi sela masa ditetapkan.

Katanya, walaupun masih belum ada pengumuman rasmi pelaksanaan ibadah haji tahun ini, TH tetap melaksanakan persiapan awal dengan mengambil kira amalan norma baharu dalam urusan pengendalian operasi, sama ada di Malaysia atau Makkah dan Madinah.

Katanya, TH menjangkakan SOP dan protokol kesihatan yang ketat akan dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk musim haji tahun ini, membabitkan penjarakan fizikal di premis penginapan, pengangkutan, pelaksanaan ibadat dan lain-lain.

"Di Malaysia, kita sudah mulakan persiapan di semua stesen berlepas sudah dimulakan, manakala di Makkah dan Madinah, persiapan membabitkan penginapan, pengangkutan, sajian makanan, penerbangan, ibadat haji dan lain-lain.

"TH juga melaksanakan kursus asas haji secara dalam talian yang tamat beberapa minggu lalu sebanyak 13 siri, dan bakal jemaah menyambut baik kaedah baharu ini," katanya.

TH kini memiliki kira-kira 80 hari untuk bersiap sedia sekiranya kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran dan perincian pelaksanaan ibadah haji tahun ini, bagi memastikan penerbangan pertama kelak mengikut jadual, yang dijangka pada 11 Jun depan.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,252
Reaction score
2,247
Points
201
Tabung Haji masih tunggu makluman rasmi tentang urusan haji tahun ini
mekah-resized.jpg
TABUNG HAJI masih menunggu makluman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkenaan urusan haji tahun ini. - GAMBAR HIASAN
  • Oleh Yulpisman Haji Asli
  • 26 Mac 2021, 6:46 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji tahun ini daripada pihak berkuasa Arab Saudi. Sehubungan itu, Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilantik tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang iklan pakej-pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan. Beliau turut mengingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,252
Reaction score
2,247
Points
201
Menteri akan ke Arab Saudi, dapatkan perincian SOP ibadah haji
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad akan ke Arab Saudi dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan perincian berhubung prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji musim ini.

Katanya kerajaan dijangka membuat ketetapan berhubung penghantaran jemaah haji negara ke tanah suci selepas perincian SOP tersebut diselesaikan.

“Kita nak tengok (apa lagi) SOP (Arab Saudi),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dana Wajar Yayasan Islam Negeri Kedah, di Alor Setar hari ini.

Tahun lepas, kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelbagai syarat ketat untuk menunaikan haji, termasuk bilangan jemaah tidak melebihi 10,000 orang, selain semua jemaah perlu disaring sebelum tiba di Makkah dan Madinah.

Pada tahun ini pula, Menteri Kesihatan Arab Saudi Dr Tawfiq al-Rabiah dilaporkan berkata antara syarat utama kemasukan jemaah haji pada Julai nanti ialah wajib mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Mengulas pengambilan vaksin Covid-19 oleh bakal jemaah, Zulkifli berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan bagi tujuan itu.

- Bernama
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,636
Reaction score
1,996
Points
206

Hanya jemaah disuntik vaksin dibenarkan tunai umrah​

April 6, 2021 @ 7:52am
31
saudi-umrah_1617666762.jpg
Arab Saudi hanya membenarkan individu yang sudah disuntik vaksin COVID-19 untuk menunaikan umrah mulai Ramadan ini. FOTO AFP

RIYADH: Arab Saudi hanya membenarkan individu yang sudah menerima suntikan imunisasi COVID-19 untuk menunaikan umrah pada Ramadan ini.
Kementerian Haji dan Umrah, berkata individu terbabit dipecahkan kepada tiga kategori penerima suntikan vaksin sebelum dibenarkan mengerjakan umrah.

"Tiga kategori itu adalah individu penerima dua dos vaksin COVID-19, menerima dos pertama sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berangkat dan mereka yang pulih dari jangkitan," kata kementerian itu dalam kenyataan, semalam.

Kementerian itu bagaimanapun tidak memperincikan sampai bila ia akan dilaksanakan atau dilanjutkan sehingga musim haji pada tahun ini berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 di negara itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA
Sebelum ini, Arab Saudi membenarkan individu yang layak termasuk belum mendapat suntikan vaksin menunaikan umrah dan bersolat di Masjidil Haram.
Syarat baharu diperkenalkan itu mungkin turut dikuatkuasakan di Masjid Nabawi.

Dasar itu dijangka meningkatkan kapasiti operasi di Masjidil Haram sepanjang bulan puasa pada tahun ini.
Pengumuman itu dibuat selepas Raja Salman melakukan perubahan Kabinet termasuk membabitkan portfolio Menteri Haji bulan lalu, kurang setahun kerajaan itu membenarkan sejumlah kecil jemaah untuk menunaikan ibadat haji pada Julai tahun lalu.

Setakat ini, angka jangkitan COVID-19 di Arab Saudi merekodkan lebih 393,000 kes dan 6,700 kematian.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi turut berkata, lebih lima juta dos vaksin COVID-19 diberikan kepada rakyatnya yang mempunyai populasi lebih 34 juta orang.

Sekitar 10,000 penduduk Arab Saudi dibenarkan menunaikan haji pada tahun 2019 berbanding 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia.
Arab Saudi juga setakat ini masih belum membuat keputusan jumlah sebenar jemaah dibenarkan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. - AFP

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
14,252
Reaction score
2,247
Points
201

Umat Islam mula tunaikan ibadat umrah​

1032813.jpg

MAKKAH - Jemaah umrah yang sudah diimunisasi bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan pandemik Covid-19 pada Selasa mula mengerjakan ibadat sunah itu pada hari pertama umat Islam berpuasa di Makkah, Arab Saudi.

Menurut AFP, kumpulan jemaah itu memakai pelitup muka memasuki Masjidil Haram mengikut kumpulan masing-masing dan mengelilingi Kaabah dengan mengekalkan jarak antara satu sama lain.


Hanya jemaah umrah yang sudah diimunisasi diberikan permit untuk mengerjakan ibadat tersebut dan menghadiri solat di Masjidil Haram semasa bulan Ramadan, kata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini.

Menurut kementerian tersebut, terdapat tiga kategori jemaah umrah yang dianggap sudah diimunisasi oleh pihak berkuasa negara itu.

Kategori pertama ialah jemaah itu telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan kategori kedua ialah mereka yang sudah menerima suntikan satu dos vaksin sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mengerjakan umrah.

Dalam pada itu, kategori ketiga pula terdiri daripada jemaah umrah yang sudah pulih daripada Covid-19.

Dasar itu menyebabkan jumlah jemaah umrah di Masjidil Haram meningkat kepada 50,000 setiap hari pada bulan Ramadan.

Menurut media kerajaan, ia juga membolehkan 100,000 umat Islam bersolat di masjid tersebut.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada dasar tersebut akan diteruskan semasa musim haji tahun ini.

Menurut AFP, pada Julai tahun lalu, kerajaan negara itu mengurangkan bilangan jemaah haji hanya kepada 10,000 umat Islam yang tinggal di Arab Saudi sahaja.

Pada tahun 2019, sebanyak 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia mengerjakan ibadat haji di negara tersebut.

Arab Saudi telah mencatatkan 6,700 kematian dan lebih 400,000 kes jangkitan pandemik Covid-19 terdapat di negara berkenaan. - Agensi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register