BTC USD 62,858.3 Gold USD 1,751.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah dibenarkan semula 4 Oktober 2020

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
SOP haji akan dikemaskini

ZULKIFLI ketika sidang media majlis sumbangan. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Putrajaya: Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari masa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelakkan jemaah haji Malaysia dihalang daripada mengerjakan haji pada tahun ini.

Katanya, setakat ini Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MoTAC) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah selesai menyediakan SOP ibadah haji Malaysia.

"Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan berkenaan kuota haji dan umrah pada Mac ini," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada kakitangan sokongan bawah agensinya anjuran Persatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ; Datuk Akbar Samon dan Pengarah JabatanAgamaIslam WilayahPersekutuan(JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.
Sebanyak RM41,000 disediakan kepada 200 penerima golongan B40 bawah agensinya.

Katanya, setiap penerima mendapat sumbangan RM100 secara 'one-off' dan sumbangan barangan makanan berjumlah RM100 daripada JAWI Foodbank.

Semalam media melaporkan, Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian, berkata kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara berkenaan.


== hmetro
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
IBADAT HAJI | Belum Ada Kenyataan Rasmi Arab Saudi Mengenai Musim Haji 2021

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, sehingga kini kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang musim Haji tahun 2021.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,593
Reaction score
1,953
Points
206
solat subuh di Masjidil Haram 2 Mac 2021
sapo2 yg penah poie umrah/haji mesti terkenang2 pengalaman masing2 sampai boleh menitik air mato buayo... ekekkekeke

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Suhazeli Abdullah
telah menambah foto baru

17m ·


Sebelum ini kita dengar ura-ura sahaja bahawa Kerajaan Arab Saudi yang menjaga dua tanah suci itu akan mengenakan tindakan bagi siapa yang tidak cucuk vaksin COVID-19. Terbaharu, menteri Kesihatan Arab Saudi mengistiharkan bahawa syarat utama untuk mengerjakan haji dan umrah adalah dengan pengambilan vaksin COVID-19.

Kita pun mungkin tidak boleh elak negara lain juga akan mengenakan polisi yang sama kerana mereka ingin menjaga negara mereka daripada dimasuki oleh anasir luar yang mungkin membawa virus COVID-19.

Oleh kerana desakan dari pelbagai negara dalam dunia ini supaya setiap pengembara yang ingin memasuki negara masing-masing agar diberi vaksin COVID-19, negara kita juga mungkin tidak terlepas daripada menggunakan polisi yang sama.

Walaupun vaksin itu adalah secara sukarela, tiada paksaan, tetapi-realiti harus kita sama-sama akur bahawa pemberian vaksin itu akhirnya akan diwajibkan.

Kita tidak boleh mengambil sikap untuk bersendirian ataupun melihat dahulu apa yang berlaku setelah program imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjalan. Kononnya kita nak kita ini adalah orang yang terakhir diberikan vaksin-setelah melihat kejayaan. Hakikatnya kita sendiri akan menanggung akibatnya sebab kita tidak terkehadapan dalam mendepani cabaran untuk memutuskan rantai yang COVID-19 ini.

Tepuk dada dan tanya diri masing-masing adakah kita masih ingin menyendiri atau ingin gagah berhadapan dengan apa saja rintangan yang akan melanda kita?

Suhazeli Abdullah
3.3.2021
Tengkawang

1614732325842.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Rusyainie Ramli

4m ·

Kalau dulu pernah ada khabar angin tentang ada doktor cap ayam yang bersetongkol dengan mereka yang tak mahu disuntik dengan vaksin Meningococcal untuk menunaikan umrah dan haji. Berita tu sahih atau tidak, saya berharap tak ada doktor yang sebegitu.

Dengan program vaksin COVID-19 yang setakat ini dipautkan dalam aplikasi MySejahtera, semoga ceritera tu tak berulang lagi kerana semuanya dah berdigital, walaupun kad vaksinasi tetap diberikan.

Untuk para antivaksin sekalian, boleh lah campakkan niat untuk ke Arab Saudi untuk menunaikan haji kalau masih berdegil tidak mahu menerima vaksin COVID-19.

Dengan sistem vaksinasi yang dibuat oleh KKM, sukar juga lah saya rasakan untuk mereka menipu dengan mengatakan mereka sudah divaksin walaupun hakikatnya tak.

Kita ni jangan benarkan makhluk yang antivaksin diberi ruang untuk terus menjadi anti-establishment. Biarkan mereka dipinggirkan selagi mana mereka berkeras untuk tidak kembali ke pangkal jalan.

Ni baru Arab Saudi, tak mustahil pun selepas ni dalam masa setahun dua ni, lebih banyak negara di dunia yang mewajibkan vaksin COVID-19 menjadi sebahagian dokumen perjalanan selain passport untuk sesiapa pun memasuki negara mereka.

Negara Arab Saudi pun mengiktiraf vaksin COVID-19 selamat dan efektif, saya tak pasti lah Islam bagaimana yang dipegang oleh antivaksin ni. Huh.

1614733945268.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
Rusyainie Ramli

4m ·

Kalau dulu pernah ada khabar angin tentang ada doktor cap ayam yang bersetongkol dengan mereka yang tak mahu disuntik dengan vaksin Meningococcal untuk menunaikan umrah dan haji. Berita tu sahih atau tidak, saya berharap tak ada doktor yang sebegitu.

Dengan program vaksin COVID-19 yang setakat ini dipautkan dalam aplikasi MySejahtera, semoga ceritera tu tak berulang lagi kerana semuanya dah berdigital, walaupun kad vaksinasi tetap diberikan.

Untuk para antivaksin sekalian, boleh lah campakkan niat untuk ke Arab Saudi untuk menunaikan haji kalau masih berdegil tidak mahu menerima vaksin COVID-19.

Dengan sistem vaksinasi yang dibuat oleh KKM, sukar juga lah saya rasakan untuk mereka menipu dengan mengatakan mereka sudah divaksin walaupun hakikatnya tak.

Kita ni jangan benarkan makhluk yang antivaksin diberi ruang untuk terus menjadi anti-establishment. Biarkan mereka dipinggirkan selagi mana mereka berkeras untuk tidak kembali ke pangkal jalan.

Ni baru Arab Saudi, tak mustahil pun selepas ni dalam masa setahun dua ni, lebih banyak negara di dunia yang mewajibkan vaksin COVID-19 menjadi sebahagian dokumen perjalanan selain passport untuk sesiapa pun memasuki negara mereka.

Negara Arab Saudi pun mengiktiraf vaksin COVID-19 selamat dan efektif, saya tak pasti lah Islam bagaimana yang dipegang oleh antivaksin ni. Huh.

View attachment 348205

COVID-19 | Arab Saudi Wajibkan Vaksin COVID-19 Ke Atas Jemaah Haji

Kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksin COVID-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
Hantar jemaah haji, kerajaan tunggu keputusan Arab Saudi

majlis_1614838357.jpg


PUTRAJAYA: Keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji tahun ini bergantung kepada kelulusan kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bukan hanya rakyat Malaysia, malah umat Islam seluruh dunia turut menantikan keputusan Saudi berhubung perkara itu.

"Kita sedang berunding dan juga menantikan keputusan daripada pihak Arab Saudi, mereka kini perlu memikirkan masalah COVID-19 dan kebarangkalian yang tinggi mengenai vaksin.

"Kalau dilihat kenyataan mengenai perkara itu sudah ada (syaratnya) tetapi sebagai sebuah kerajaan kita mahu terima satu keputusan rasmi sekiranya ada syarat untuk kita patuhi.

"Bagi pihak kita (untuk mematuhi syarat diberikan), tidak ada masalah. Kita akan bincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) jika ada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Arab Saudi," katanya selepas Majlis Pelancaran Kit Ramah dan Penyampaian Kerusi Roda kepada pesakit hospital di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini.

Zulkifli berkata, isu penghantaran jemaah haji itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan dan melihat kepada situasi semasa COVID-19 sama ada ia akan reda atau melandai.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sama ada jemaah haji akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin, Zulkifli berkata, perkara itu terlalu awal untuk dinyatakan.

"Kita perlu bincang satu persatu, untuk saya berikan jawapan adalah terlalu awal. Kita sedang berbincang dan sedang menantikan keputusan Arab Saudi," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Arab Saudi mewajibkan bakal jemaah haji pada tahun ini perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah dilaporkan berkata, vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.

Bagaimanapun, Rabiah tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan haji, namun berkata suntikan vaksin adalah syarat utama.

Pada tahun lalu, kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.


== bharian
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register