Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah dibenarkan semula 4 Oktober 2020

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,583
Reaction score
1,899
Points
201
Arab Saudi sambut jemaah umrah Pakistan, Indonesia
Kuala Lumpur: Arab Saudi pada semalam menyambut kumpulan pertama jemaah umrah warga asing dari Pakistan dan Indonesia selepas menggantung visa ibadah itu pada Februari lalu akibat penularan virus Covid-19 di seluruh dunia.

Menurut Kesatuan Agensi Berita Pertubuhan Kerjasama Islam OIC (UNA) dalam satu laporan berkata, kumpulan berkenaan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, disambut Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh Taher Benten bersama timbalannya Dr Abdulfattah Suliman Mashat dan pengarah lapangan terbang itu, Issam Nour.

Ketibaan jemaah berkenaan merupakan fasa ketiga kebenaran menunaikan umrah serta ziarah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

"Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sudah menetapkan bahawa setiap jemaah warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama tiga hari di hotel tertentu sebelum dibenarkan melaksanakan ibadah umrah.

"Selain itu, kementerian turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang dipersetujui Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk syarikat dan perkhidmatan umrah bagi memastikan tindakan pencegahan virus Covid-19 dapat dilakukan," kata laporan itu.

Berdasarkan rancangan strategik yang disusun Kerajaan Arab Saudi, fasa ketiga itu dijangka menyaksikan kemasukan 20,000 jemaah umrah, 60,000 jemaah menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan 19,500 pengunjung setiap hari.

Pada 23 September lalu, Arab Saudi mengumumkan empat fasa secara berperingkat bagi menerima semula kemasukan jemaah umrah dengan perlu mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa tempatan negara itu.

Fasa pertama bermula 4 Oktober lalu, membenarkan rakyat Arab Saudi dan penduduk di negara itu menunaikan umrah dengan 6,000 jemaah setiap hari, diikuti fasa kedua dalam kategori jemaah yang sama, ditingkatkan kepada 15,000 jemaah sehari.

Sementara fasa keempat, Arab Saudi akan membenarkan semua kategori jemaah menunaikan umrah dengan kapasiti 100 peratus daripada keluasan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berdasarkan SOP ditetapkan.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,017
Reaction score
4,386
Points
601
3 jemaah umrah Indonesia positif Covid-19

JAKARTA: Ujian calitan di sebuah hotel di Makkah mengesahkan tiga jemaah umrah Indonesia positif COVID-19, menurut Persatuan Pengurusan Haji dan Umrah Indonesia (AMPHURI).

Ketua Bahagian Umrah AMPHURI, Zaky Anshary, yang dipetik portal Kompas.com Khamis lalu, berkata selain tiga jemaah berkenaan, keputusan ujian saringan COVID-19 jemaah lain adalah negatif.

"Jemaah positif virus itu sudah diarahkan menjalani proses kuarantin selama tujuh hari, selaras dengan dasar Kementerian Kesihatan Arab Saudi bagi jemaah yang dijangkiti wabak terbabit.

"Jemaah Indonesia lain yang memperoleh keputusan negatif ujian calitan dibenarkan untuk meneruskan umrah," katanya.

Menurut laporan AMPHURI, 224 jemaah umrah dari Indonesia berlepas ke Makkah bagi menunaikan umrah atau miqat pada Rabu lalu.

Kesemua jemaah sudah menjalani ujian calitan COVID-19 sehari sebelum berlepas, yang dilakukan oleh pegawai kesihatan di hotel sekitar jam 6 petang waktu tempatan.

Menurut Zaky, semua peserta program umrah Indonesia diwajibkan untuk mengisi borang akuan kesihatan.

Minggu lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan pembukaan semula makkah bermula 1 November lalu bagi umat Islam dari luar Arab Saudi menunaikan umrah.

Berikutan keputusan Arab Saudi itu, ratusan jemaah Indonesia berlepas untuk menunaikan umrah sejak Ahad minggu lalu.

Zaky berkata, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan jemaah dari Indonesia dan Pakistan memasuki negara itu buat sementara waktu.

Riyadh melonggarkan perintah berkurung selepas menutup sempadan dan menghentikan sementara ketibaan jemaah asing sejak Mac lalu disebabkan pandemik COVID-19. - AGENSI
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,583
Reaction score
1,899
Points
201
Saudi Arabia: Young woman's body found in a suitcase in Mecca
Samir Salama, Associate EditorPublished: November 29, 2020 07:25
Mecca police received a tip-off from a citizen who found the suitcase



Woman-s-body-packed-inside-a-suitcase-found-in-New-Delhi_16ddf0f41bd_medium.jpg
Representational image. Image Credit: Pixabay
Abu Dhabi: A young woman's body was found in a suitcase in the holy sites in Mecca, near the fourth ring road, local media reported. Initial investigations revealed that the deceased was a resident of Indonesian nationality, aged 24, and her sponsor reported that she was absent from work.
The Public Prosecution in Mecca received the case papers to complete investigations to uncover the causes of death.
Mecca police have received a tip-off on Friday evening from a citizen that he had found a large suitcase lying on the ground and when he checked what was inside it, he found the dead woman.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,456
Reaction score
1,812
Points
206
Saudi Arabia: Young woman's body found in a suitcase in Mecca
Samir Salama, Associate EditorPublished: November 29, 2020 07:25
Mecca police received a tip-off from a citizen who found the suitcase



View attachment 319413Representational image. Image Credit: Pixabay
Abu Dhabi: A young woman's body was found in a suitcase in the holy sites in Mecca, near the fourth ring road, local media reported. Initial investigations revealed that the deceased was a resident of Indonesian nationality, aged 24, and her sponsor reported that she was absent from work.
The Public Prosecution in Mecca received the case papers to complete investigations to uncover the causes of death.
Mecca police have received a tip-off on Friday evening from a citizen that he had found a large suitcase lying on the ground and when he checked what was inside it, he found the dead woman.
Adoh mati mcm dibunuh ajo. Kesian
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Malaysia Bincang Haji, Umrah Dengan Arab Saudi Tahun Depan

22.12.2020 - Kuala Lumpur, Kerajaan akan membincangkan syarat dan kelonggaran untuk jemaah dari negara ini menunaikan ibadat haji tahun depan dengan Arab Saudi. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata perbincangan itu meliputi pertimbangan sama ada jemaah Malaysia perlu dibekalkan vaksin Covid-19 atau sebaliknya.

“Ikut kebiasaannya akan ada mesyuarat bersama dengan Kerajaan Arab Saudi dan pada masa itu, akan diperjelaskan mengenai kedudukan dan syarat-syaratnya. Insya-Allah apabila ada kejelasan itu nanti, kita akan rancang yang terbaik termasuk dari segi jemaah akan dibekalkan dengan vaksin Covid-19 atau tidak. Buat masa ini, masih terlalu awal (untuk diberitahu) dan kita akan tunggu hasil mesyuarat itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha TH dalam meyakinkan Arab Saudi untuk memberikan kelonggaran kepada jemaah haji dari negara ini memandangkan Malaysia dijangka menerima vaksin bagi virus itu pada suku pertama tahun depan.

Nik Mohd Hasyudeen berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Tawaran Pembelian Menara VSQ 1 antara TH dan Bukit Damansara Development Sdn Bhd di sini hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyaksikan majlis menandatangani tawaran pembelian tersebut.

Bagaimanapun, Nik Mohd Hasyudeen tidak memperincikan jangka masa mesyuarat bersama Arab Saudi itu akan berlangsung. Beliau berkata TH juga masih menunggu penjelasan Arab Saudi mengenai pelaksanaan haji pada tahun depan.

Tahun ini, buat pertama kali dalam sejarah, hanya 10,000 jemaah haji di seluruh dunia dibenarkan menunaikan ibadat itu berbanding 2.5 juta orang pada tahun lepas sebagai usaha mengekang penularan Covid-19.

Nik Mohd Hasyudeen juga berkata TH komited dalam mencari peluang baharu bagi mempergiatkan pelaburan termasuk dari segi hartanah, ekuiti atau pendapatan sekali gus memberi manfaat dan pulangan yang mampan kepada sembilan juta pendepositnya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/12/malaysia-bincang-haji-umrah-dengan-arab-saudi-tahun-depan/
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,388
Reaction score
185
Points
33
Bincang kos haji dengan Arab Saudi

ZULKIFLI (dua kiri) melakukan melancarkan aplikasi THiJARI. FOTO Aswadi Alias


Kuala Lumpur: Sebarang penambahan kos ibadat haji akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, pihaknya menjangkakan kenaikan kos dan penambahan syarat berikutan penularan wabak Covid-19.

Katanya, unjuran kos juga belum dapat ditentukan pada masa ini kerana belum ada simulasi khusus mengenainya.
"Dalam masa terdekat kita akan kira kos-kos keseluruhan dan diperincikan oleh TH.

"Saya sendiri akan pergi ke Arab Saudi untuk berbincang isu haji dengan menteri haji dan agamanya.

"Perincian keputusannya mungkin akhir hulan Januari," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 di ibu negara, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Md Nor Md Yusof dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.

Dr Zulkifli berkata, orang ramai digalakkan untuk menambah simpanan dalam TH, namun sebarang makluman berhubung kos tidak akan dibuat secara mengejut.

"Sebaiknya (simpan) sekarang. Tapi apa pun kita akan bincang masuk dalam kabinet dan bincang. Kita akan bercakap dalam satu bahasa tak mengejut. Bincang macam mana setakat ini," katanya.

Menyentuh muzakarah berkenaan, beliau berkata, ia penting bagi mencari pendirian dan pendekatan yang baik dalam menghayati istitaah dalam menjalani ibadat haji.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan aplikasi THiJARI iaitu proses rayuan haji secara dalam talian.

Dengan adanya aplikasi itu, orang ramai tidak lagi perlu hadir ke kaunter untuk urusan rayuan ibadat haji seperti sebelum ini.


== hmetro
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,456
Reaction score
1,812
Points
206
UMROH NEW NORMAL PART #7 | SHOLAT SUBUH PENUTUP TAHUN 2020 DI MASJID NABAWI

Umroh New Normal kali ini memberikan saya kesempatan untuk melaksanakan sholat subuh kembali di Masjid Nabawi sebagai penutup yang indah dalam perjalanan saya di tahun 2020 ini Semoga di tahun 2021 kita semua dimudahkan untuk kembali mengunjungi dan beribadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,456
Reaction score
1,812
Points
206
Shalat Subuh Di Masjidil Haram Makkah Tanggal 22 Desember 2020 || Syaikh Juhany
11 views
•Dec 22, 2020


 
Sponsored Post
Top
Log in Register