Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah dibenarkan semula 4 Oktober 2020

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Harian Metro



28m ·

#riyadh Bagi individu dari luar negara, ia dibenarkan mulai 1 November. https://www.hmetro.com.my/.../umrah-kembali-dibenarkan...

Umrah kembali dibenarkan mulai 4 Oktober


MASJIDILHARAM.

MASJIDILHARAM.
AFP

Riyadh: Arab Saudi akan membenarkan pelaksanaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober ini.
Ia diputuskan oleh Kementerian Dalam Negerinya selepas ibadah itu ditangguhkan selama tujuh bulan berikutan pandemik Covid-19.

"Bagi peringkat pertama, sebanyak 6,000 orang rakyat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari mulai 4 Oktober,' kata kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi menerusi agensi berita rasmi, Saudi Press Agency.
Bagi pengunjung dari luar negara, ia dibenarkan mulai 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan menunaikan umrah dinaikkan kepada 20,000 sehari, kata kementerian itu.

Menurut kementerian itu, umrah akan dibenarkan pada kapasiti penuh apabila ancaman pandemik Covid-19 dapat dihapuskan.
Sebelum ini, Arab Saudi menangguhkan ibadah umrah pada Mac dan mengurangkan bilangan jemaah haji secara drastik pada tahun ini bagi mengekang penularan virus berkenaan.

Keputusan untuk membenarkan pelaksanaan umrah adalah sebagai maklum balas terhadap 'aspirasi umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia' untuk mengerjakan ibadah itu dan menziarahi tempat suci itu, kata kementerian itu lagi.

Arab Saudi yang menjadi penjaga kepada dua kota suci, Makkah dan Madinah dan ia dilihat sebagai sumber kepada keabsahan politiknya.

Kota suci itu yang menarik kunjungan jutaan umat Islam setiap tahun juga adalah sumber ekonomi utamanya.

Putera Mahkota Mohammed Salman menerusi Wawasan 2030nya bagaimanapun berharap dapat mentransformasi ekonomi negara itu daripada kebergantungan ekonomi terhadap eksport minyak utama dunia kepada sumber lain, termasuk pelancongan agama.

Kerajaan berharap dapat menerima kunjungan 30 juta jemaah ke negara itu, setiap tahun, menjelang 2030.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 8:28 AM

 
Sponsored Post

shafiq_

Fun Poster
Joined
Feb 26, 2013
Messages
860
Reaction score
67
Points
30
Balik malaysia kuarantin 14 hari lagi. Kira 1 bulan dah. Kos kuarantin perlu tanggung sendiri. Takan krjn nak tanggung guna duit rakyat.
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,001
Reaction score
151
Points
33
Umrah: Tunggu maklumat rasmi daripada Arab Saudi



PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapatkan maklumat rasmi dan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi sebelum sebarang keputusan membenarkan semula umat Islam negara ini.

Ia susulan keputusan kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara menunaikan umrah bermula 1 November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal EhwalAgama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, beliau akan mendapatkan maklum balas terlebih dahulu berhubung perkara itu sebelummembuat ketetapan sama ada boleh memberi kebenaran kepada umat Islam di negara ini menunaikan ibadah umrah.

Menurut beliau, pihaknya juga akanberbincang dengan Majlis KeselamatanNegara (MKN) dan KementerianKesihatan Malaysia (KKM) bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya jemaah Malaysia diberi kebenaran menunaikan ibadah berkenaan.

"SOP ini penting bagi mengelakkan daripada berlaku kluster baharu selain mematuhi SOP ditetapkan kerajaan ArabSaudi seperti yang diadakan pada musim haji lalu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar PenipuanUmrah Bersama Agensi Pengelola Umrahdi sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua PengarahJabatan Wakaf, Zakat dan Haji, JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ruslan Said.

Program julung kali diadakan bersama pengelola umrah itu bertujuan menyampaikan maklumat pengurusan ibadah umrah yang sempurna, selari dengan tuntutan agama dan kemaslahatan umat Islam.

Semalam, satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi yang diterbitkan Saudi Press Agency, membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah secara berperingkat-peringkat untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober ini, selepas tujuh bulan kebenaran itu digantung berikutan pendemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 11:38 AM


== hmetro
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Tiada jemaah dibenarkan memasuki Masjidil Haram tanpa menyelesaikan prosedur masuk menerusi aplikasi mudah alih I'tamarana #BHdunia
https://bit.ly/36dMr9Y

Kementerian Kesihatan Arab Saudi putuskan negara mana hantar jemaah umrah
September 28, 2020 @ 8:47am
makkah_1601254003.jpg

RIYADH: Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh Benten pada Ahad mengumumkan Kementerian Kesihatan akan memutuskan negara mana yang akan dibenarkan menghantar jemaah untuk mengerjakan umrah.

Pengumuman itu dibuat susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan kerajaan akan membenarkan jemaah asing memasuki negara itu pada fasa ketiga secara berperingkat selepas perkhidmatan umrah disambung semula mulai 1 November ini.

Menerusi temu bual dengan saluran Al-Ekhbariya, Benten berkata pihaknya akan mewujudkan laluan elektronik khas untuk ketibaan dan pelepasan untuk jemaah asing untuk musim haji tahun depan.
Merujuk kepada penyambungan semula perkhidmatan umrah untuk jemaah tempatan yang bermula 4 Oktober, Benten berkata hanya 12 kumpulan jemaah dibenarkan mengerjakan umrah dalam tempoh 24 jam pada fasa pertama.

"Jemaah akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diiringi petugas kesihatan profesional di Tanah Haram. Hanya jemaah yang berusia 18 hingga 65 tahun dibenarkan untuk fasa pertama," katanya.


Benten berkata, tiada bayaran dikenakan untuk permit umrah.
"Tiada jemaah umrah dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Makkah tanpa menyelesaikan prosedur masuk menerusi aplikasi mudah alih 'I'tamarana'. Ia bagi memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah," katanya.

Warganegara Arab Saudi dan golongan ekspatriat serta keluarga mereka di negara ini dibenarkan memuat turun aplikasi I'tamarana berkuat kuasa mulai Ahad untuk mendaftarkan nama bagi menunaikan umrah serta mengunjungi dua masjid suci.


Aplikasi itu kini tersedia untuk pengguna sistem operasi iOS dan Android di telefon pintar mereka tujuh hari sebelum permulaan fasa pertama umrah.
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengumumkan penyambungan umrah secara bertahap dan lawatan ke dua masjid suci dengan jumlah jemaah yang terhad, mulai 4 Oktober.

Pada fasa pertama, warganegara dan ekspatriat berada di Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah dengan kapasiti 30 peratus mulai 4 Oktober iaitu 6,000 jemaah setiap hari dan ia sesuai dengan tindakan pencegahan kesihatan Masjidil Haram.
Jemaah akan dibenarkan melakukan ibadat dalam 12 kumpulan, masing-masing kumpulan terdiri daripada 500 jemaah setiap hari. - AGENSI

 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,983
Reaction score
1,645
Points
206
Alhamdulillah...

mano2 yg dh daftar poie umrah lps 18/3/2020 tapi sangkut sbb covid19, insyaAllah dah boleh poie tapi kena sabarlah sbb saudi akan kasi kuota utk umrah

better late than never mates!
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,842
Reaction score
1,677
Points
151
China larang umat Islamnya tunai ibadat umrah, haji tanpa kebenaran

China umum peraturan baru melarang umat Islamnya ke Makkah untuk menunaikan ibadat umrah atau haji tanpa kebenaran kerajaan. - Foto fail AFP
China umum peraturan baru melarang umat Islamnya ke Makkah untuk menunaikan ibadat umrah atau haji tanpa kebenaran kerajaan. - Foto fail AFP
BEIJING: China umum peraturan baru melarang umat Islamnya ke Makkah untuk menunaikan ibadat umrah atau haji tanpa kebenaran kerajaan.

Peraturan yang dikeluarkan Isnin lalu oleh Pentadbiran Negara untuk Hal Ehwal Agama, dilihat sebagai satu lagi usaha Parti Komunis China (CCP) mengekang kebebasan beragama.

Mengikut peraturan baru itu, semua perjalanan bagi menunaikan umrah atau haji seperti di Arab Saudi mesti dikendalikan oleh Persatuan Islam China, sebuah pertubuhan di bawah naungan CCP.

Justeru, tegas persatuan itu, umat Islam warga China tidak lagi dibenarkan melakukan ibadat haji atau umrah secara sendirian.

"Persatuan harus mendidik bakal jemaah mengenai tingkah laku patriotik dan selamat, memperkuat pengurusan jemaah serta mencegah pemikiran selain tingkah laku ekstremis agama yang membahayakan keselamatan negara.

"Hanya jemaah yang patriotik, patuh undang-undang, memiliki tingkah laku yang baik dan dapat membiayai perjalanan mereka sendiri akan dibenarkan sesuai dengan peraturan itu," katanya.

Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan bahawa lebih sejuta etnik Uighur yang berbahasa Turkic dan minoriti Islam lain ditahan di kem tahanan dan ada antaranya menjadi buruh paksa.

Namun, ia dinafikan Beijing yang menegaskan kem berkenaan adalah pusat vokasional untuk memerangi fahaman ekstremis agama.

Ibadat haji untuk masyarakat Islam di China bermula pada 1985 dengan kuota tertentu dan sistem pembayaran khusus, menumpukan kepada penduduk Islam di Xinjiang, Gansu, Ningxia dan Qinghai. - AGENSI
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,983
Reaction score
1,645
Points
206
Buat kali pertama selepas tujuh bulan, Arab Saudi membuka Masjidil Haram untuk ibadat solat selain memperluaskan ibadat umrah bagi menampung 15,000 jemaah susulan penurunan kes COVID-19 di negara itu. Warganegara dan penduduk di Arab Saudi yang memakai pelitup muka dibenarkan untuk bersolat di dalam Masjidil Haram dengan pelaksanaan langkah kesihatan yang ketat.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register