Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah dibenarkan semula 4 Oktober 2020

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,983
Reaction score
1,645
Points
206
BERNAMA | | 27 Februari 2020



KUALA LUMPUR - Kira-kira 15,000 hingga 20,000 jemaah Malaysia yang bakal berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada Mac dijangka terjejas berikutan pendaftaran visa dalam talian disekat sejak tengah hari tadi.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, setakat ini, tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura, didapati telah disekat pendaftaran visa dalam talian.
Beliau berkata, bakal jemaah yang gagal mendapatkan visa tidak akan dapat menunaikan ibadat berkenaan.

"Yang terjejas itu, kalau bulan Mac sahaja dalam 15,000 hingga 20,000 jemaah. Pagi tadi visa boleh buat, cuma tengah hari sudah tidak boleh lagi.
"Kita semak dalam jam 8 pagi tiada masalah, tapi dalam tengah hari tadi sudah tidak boleh buat visa, sekarang ini online. Tapi saya dengar tiga negara sudah terkeluar iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama TV di pejabatnya di sini hari ini.

Razali berkata, kira-kira 3 petang tadi, beberapa penerbangan yang sepatutnya dinaiki oleh jemaah umrah dari Malaysia telah dibatalkan setelah menerima arahan daripada kerajaan Arab Saudi.

Terdahulu, Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Luar negara itu mengambil keputusan untuk menggantung sementara pengeluaran visa umrah sebagai usaha pencegahan berikutan penularan koronavirus (Covid-19).

ARTIKEL BERKAITAN: Arab Saudi gantung sementara visa umrah

Menurut kementerian itu, langkah berkenaan bagi memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap keselamatan penduduk dan setiap individu yang berhasrat mengunjungi Arab Saudi bagi tujuan mengerjakan umrah atau menziarahi Masjid Nabawi atau sekadar melancong.
“Prosedur ini hanya bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian semasa pihak berkuasa Arab Saudi,” jelas kenyataan itu.

-Bernama
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,983
Reaction score
1,645
Points
206
Visa jemaah ke Arab Saudi digantung

BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2020 Arab Saudi menggantung visa jemaah yang ingin ke Makkah bagi tujuan umrah dan ziarah ke Masjid Nabawi susulan wabak Covid-19 yang semakin menular. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa


Arab Saudi gantung sementara visa umrah
| | 27 Februari 2020

Gambar hiasan.
A
A


RIYADH - Arab Saudi hari ini menggantung visa untuk jemaah yang ingin ke Makkah, kata Kementerian Luar susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Timur Tengah.
Kerajaan menangguhkan sementara kemasukan bagi tujuan umrah dan ziarah ke Masjid Nabawi, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan, merujuk kepada ibadah umrah dilakukan oleh umat Islam yang boleh ditunaikan sepanjang tahun.
Ia juga menggantung visa lawatan pelancong dari beberapa negara yang merekodkan kes jangkitan Covid-19. – AFP
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,983
Reaction score
1,645
Points
206
Covid-19: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh umrah
Oleh BERNAMA | | 27 Februari 2020

Langkah penggantungan sementara visa umrah bertujuan mengekang penularan Covid-19 di Arab Saudi. - AFP

PUTRAJAYA- Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah, ziarah dan pelancongan susulan langkah negara itu menggantung sementara kemasukan warganegara asing termasuk dari Malaysia berikutan wabak koronavirus (Covid-19).

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, ia bagi mengelakkan sebarang kesulitan setelah pengesahan rasmi berhubung perkara itu diterima daripada Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur hari ini.

“Pihak Berkuasa Arab Saudi mengambil langkah ini bagi mencegah, mengawal dan menghapuskan penularan wabak Covid-19. Kerajaan Arab Saudi menegaskan bahawa langkah-langkah itu adalah bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa negara berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, kerajaan Arab Saudi telah membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menggantung sementara kemasukan warganegara asing ke negara itu bagi tujuan umrah di Makkah dan ziarah ke Masjid Nabawi di Madinah.

“...juga menghentikan kemasukan ke Arab Saudi oleh pengunjung dengan visa pelancong dari negara-negara yang mengalami wabak Covid-19, berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi. Menurut Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang dimaksudkan,” katanya.

Wisma Putra berkata, pihaknya serta Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung perkara itu.
“Rakyat Malaysia di Arab Saudi yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah,” katanya.

-Bernama
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,983
Reaction score
1,645
Points
206
Sah Malaysia antara 25 negara digantung visa umrah
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 27 Februari 2020



RIYADH - Kerajaan Arab Saudi hari ini mengeluarkan arahan rasmi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dari 25 negara berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak koronavirus (Covid-19) berkuat kuasa hari ini.

Antara negara yang terlibat ialah China, Taiwan, Hong Kong, Iran, Itali, Korea Selatan, Macau, Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia, Syria, Yemen, Azerbaijan, Kazakhstan, Somalia dan Vietnam.

Usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan awal hari ini memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabawi di Madinah.

Ia bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut sama ada keputusan tersebut akan memberi kesan kepada musim haji pada kali ini yang bermula pada akhir Julai depan.

Sekatan sementara itu akan terus dikaji semula dari masa ke masa. - Agensi
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,268
Reaction score
3,654
Points
236
Belum Ada Arahan Rasmi Sekat Jemaah Malaysia Ke Makkah

27.02.2020 - Shah Alam, Kerajaan Arab Saudi belum mengeluarkan arahan rasmi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah Malaysia ke negara itu berikutan penularan wabak Covid-19, kata persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH).

Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata setakat jam 9.30 pagi tadi Kedutaan Arab Saudi memaklumkan tiada sekatan visa bagi tujuan menunaikan umrah dan lawatan ke Masjid Nabawi di Madinah, lapor BH Online.

“Begitu juga apabila disemak dengan syarikat penerbangan Arab Saudi, tidak ada arahan untuk menggantung sementara kemasukan rakyat Malaysia,” katanya hari ini.

Razali berkata, PAPUH menjangkakan Arab Saudi hanya akan menggantung kemasukan bagi negara yang teruk terjejas akibat Covid-19 seperti China dan Hong Kong.

“Setakat ini, penerbangan jemaah Malaysia termasuk yang akan berlepas hari ini masih berjalan seperti biasa.

“Kami menjangkakan Malaysia tidak termasuk di antara negara yang disekat memandangkan belum ada yang meninggal dunia berikutan Covid-19 di negara ini,” katanya.

Beliau turut berkata, sekiranya visa jemaah Malaysia disekat, ia berkemungkinan akan menyebabkan penggiat industri umrah tanah air terjejas teruk terutama membabitkan syarikat kecil.

“Walaupun tempoh masa sekarang hingga April bukan musim puncak bagi jemaah Malaysia, tetapi ia masih memberikan kesan terutama kepada syarikat kecil kerana kebiasaannya mereka perlu membayar keseluruhan kos sebelum ketibaan jemaah.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, dijangkakan penggiat industri akan menanggung kerugian minimum RM50 juta sebulan membabitkan sekurang-kurangnya 10,000 jemaah,” katanya.

Sementara itu, Wisma Putra sedang mendapatkan pengesahan pihak berkuasa Arab Saudi berhubung berita penggantungan Umrah dan Ziarah dari negara mengalami Covid-19.

Pagi tadi, Kementerian Luar Arab Saudi dilaporkan memaklumkan penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi di Madinah.

Kerajaan Arab Saudi turut menggantung visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman Convid-19 dan langkah itu diambil susulan kebimbangan terhadap penularan wabak itu.




Berita asal https://selangorkini.my/2020/02/belum-ada-arahan-rasmi-sekat-jemaah-malaysia-ke-makkah/
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,983
Reaction score
1,645
Points
206
Visa umrah digantung, MATTA rayu bantuan Agong
BERNAMA | | 27 Februari 2020

Langkah penggantungan sementara visa umrah bertujuan mengekang penularan wabak Covid-19. - Agensi

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) merayu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membantu menyelesaikan isu penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah ke Arab Saudi seperti yang diumumkan hari ini.

Timbalan Presiden MATTA Mohd Akil Mohd Yusof memohon supaya Al-Sultan Abdullah selaku ketua umat Islam negara berunding dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, bagi mempertimbangkan semula keputusan penggantungan itu.

“Patik selaku rakyat Malaysia dan timbalan presiden MATTA mewakili umat Islam ingin merayu dan memohon perkenan Tuanku untuk berunding dengan Raja Arab Saudi (Raja Salman) bagi mempertimbangkan (menarik balik) penyekatan visa umrah dan visa ziarah ke Arab Saudi untuk kebaikan umat Islam.

“Penggantungan sementara ini akan menjejaskan pengusaha pelancongan umrah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti melawat Masjid Nabawi sebagai langkah pencegahan proaktif untuk menyekat penularan wabak koronavirus (Covid-19), menurut Kementerian Luarnya pada Rabu.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan kerajaan negara itu turut menggantung sementara kemasukan pelawat yang memiliki visa pelancong dari negara yang terjejas dengan Covid-19 berdasarkan kriteria ditetapkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.

Sementara itu, Mohd Akil meminta orang ramai yang telah mendaftar untuk mengerjakan umrah supaya tidak panik dan berhubung dengan ejen atau syarikat bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kita juga menyeru semua ahli-ahli MATTA supaya sabar semasa berurusan dengan pelanggan mereka yang terkesan akibat pengumuman ini. MATTA juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu memudahkan urusan jemaah,” katanya.

Mohd Akil berkata, pada 2019, seramai 270,000 rakyat Malaysia mengerjakan ibadah umrah.

- Bernama
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,268
Reaction score
3,654
Points
236
Arab Saudi Menghalang Kemasukan Ke Mekah & Madinah Untuk Ibadah Umrah Kerana Covid-19

Kerajaan Arab Saudi pagi ini mengumumkan halangan memasuki Kota Mekah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah kerana risiko penyebaran wabak Covid-19. Tindakan ini diambil selepas dunia melihat jumlah kes kematian serta penghidap akibat wabak ini di negara-negara Timur Tengah.

Selain menghalang jemaah dari melakukan umrah, Saudi juga menghalang pemberian visa kepada pelawat yang berasal dari negara yang mempunyai risiko tinggi membawa virus. Senarai negara yang jatuh ke dalam kategori ini tidak pula diberikan pada waktu ini.

Tindakan yang diambil tidak pernah dilakukan sebelum ini walaupun ketika kemuncak wabak MERS pada tahun 2012 yang meragut 600 nyawa. Seperti MERS, virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan Covid-19 adalah dari keluarga koronavirus.

Kerajaan Saudi menegaskan halangan ini hanyalah sementara bagi mengelakkan penyebaran virus. Ia pastinya mendapat perhatian umat Islam kerana musim haji tahun ini akan bermula pada bulan Julai. Sekiranya halangan tidak ditarik sebelum bulan tersebut, terdapat kebarangkalian musim Haji tahun ini dibatalkan.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,268
Reaction score
3,654
Points
236
Lebih 100 Jemaah Terkandas Di KLIA Akibat Saudi Gantung Visa Umrah

27.02.2020 - Sepang, Lebih 100 jemaah umrah Malaysia dan Indonesia yang transit di negara ini terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam berikutan keputusan Arab Saudi menggantung sementara kemasukan warga asing bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Seorang jemaah dari Kedah, Mohd Fadzil Osman, 49, berkata beliau bersama 39 lagi jemaah dari Sungai Petani dan Alor Setar tiba di KLIA pada 6 pagi Khamis dan sepatutnya berlepas dengan pesawat Saudi Airlines pada 4.40 petang semalam.

Beliau yang turut membawa isteri Norharisah Harun, 47, berkata mereka hanya tahu mengenai keputusan Riyadh itu pada 9 pagi.

“Ketika itu, kami dimaklumkan keputusan itu belum muktamad, jadi kami menunggu lagi, tetapi kira-kira 1 tengah hari barulah dapat pengesahan kami tak boleh terbang.

“Ada di antara kami yang sudah mendaftar masuk, tetapi terpaksa keluar semula selepas dimaklumkan penerbangan batal,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Fadzil berkata, mereka terpaksa menunggu sehingga 1 pagi untuk bas yang telah tiba di Kedah, berpatah balik ke KLIA.

Walaupun kecewa tidak dapat menunaikan umrah pada saat akhir, namun beliau menganggap rezeki belum memihak kepadanya untuk menunaikan ibadah itu.

“Ini sepatutnya pertama kali saya dan isteri menunaikan umrah, tetapi apa boleh buat, kita hanya merancang. Penerbangan cuma ditangguh sehingga pihak Arab Saudi buka semula kemasukan jemaah umrah.”

Seorang lagi jemaah, Rohani Abdul Rahman, 57, berharap penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah ke Arab Saudi itu ditarik balik dalam masa terdekat.

“Kami sudah buat persediaan selama 6 bulan untuk ibadah umrah ini, tak sangka saat akhir terpaksa dibatalkan. Memang sedih, tetapi kami reda,” katanya.

Sementara itu, jemaah dari Indonesia, Muhammad Jamil Arfah, 28, berkata beliau bersama 23 lagi jemaah tiba di KLIA dari Makassar pada 3 petang Khamis untuk transit sebentar sebelum menaiki penerbangan ke Arab Saudi.

“Penerbangan kami sepatutnya 9 malam tadi, tetapi dibatalkan. Ketika ini kami masih menunggu kata putus sama ada mahu pulang (ke Makassar) atau masih bisa (boleh) terbang ke Arab Saudi,” katanya.

Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti melawat Masjid Nabawi sebagai langkah pencegahan proaktif untuk menyekat penularan wabak Covid-19, menurut Kementerian Luarnya pada Rabu.

Saudi Press Agency melaporkan kerajaan negara itu turut menggantung sementara kemasukan pelawat yang memiliki visa pelancong dari negara yang terjejas Covid-19, berdasarkan kriteria ditetapkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam turut menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah, ziarah dan pelancongan susulan tindakan pihak berkuasa negara itu.



Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...ia-terkandas-akibat-saudi-gantung-visa-umrah/
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,983
Reaction score
1,645
Points
206
COVID-19: Jemaah umrah dari terkandas
BERNAMA | | 28 Februari 2020




Seorang jemaah umrah melelapkan mata sebelum kembali ke Kedah selepas terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berikutan keputusan Kerajaan Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti melawat Masjid Nabawi sebagai langkah pencegahan proaktif untuk menyekat penularan wabak COVID-19. - Foto Bernama











Seorang jemaah umrah melelapkan mata sebelum kembali ke Kedah selepas terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berikutan keputusan Kerajaan Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti melawat Masjid Nabawi sebagai langkah pencegahan proaktif untuk menyekat penularan wabak COVID-19. - Foto Bernama





Sekumpulan jemaah umrah dari Kedah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berikutan keputusan Kerajaan Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti melawat Masjid Nabawi sebagai langkah pencegahan proaktif untuk menyekat penularan wabak COVID-19. - Foto Bernama
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,983
Reaction score
1,645
Points
206
letih wooo klu stranded kek airport... tak tau nak ke mano, nak tido pun ateh lantai ajo ekekekeke
 
Sponsored Post
Top
Log in Register