BTC USD 56,969.1 Gold USD 1,770.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah akan dibuka 10 Ogos 2021

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,583
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,583
Reaction score
16,558
Points
2,376
mmg cabaran terbesar tu tn TXT hihi

boleh bayangkan diorang serabut klu diajar masih tak faham :D

Boleh faham sangat tu mek
Ibarat mak ayah ajar kita masa kecik2 dulu
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,244
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,244
Reaction score
15,431
Points
1,906
Boleh faham sangat tu mek
Ibarat mak ayah ajar kita masa kecik2 dulu

kan hahaha
saya masa tn TXT sebut pasal mak ayah belajar gadget ni, saya mmg tergelak hihi
dok teringat gelagat diorang

mcm abah saya, klu abang saya bagitau nak balik kg, dia dah prepare banyak soalan nak tanya pasal aplikasi tu, aplikasi ni
pastu berteleku tekun mendengar abang saya ajar hehe

aduhai rindunya dengan abah ma :)
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,583
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,583
Reaction score
16,558
Points
2,376
kan hahaha
saya masa tn TXT sebut pasal mak ayah belajar gadget ni, saya mmg tergelak hihi
dok teringat gelagat diorang

mcm abah saya, klu abang saya bagitau nak balik kg, dia dah prepare banyak soalan nak tanya pasal aplikasi tu, aplikasi ni
pastu berteleku tekun mendengar abang saya ajar hehe

aduhai rindunya dengan abah ma :)

Paham pun mek 🤭😆

Mek plop la ajo abah ma tu cara pakai gajet
Tgk adik bradik gelekek ke dop bila tgk mek ajo 🤭
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,244
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,244
Reaction score
15,431
Points
1,906
Paham pun mek 🤭😆

Mek plop la ajo abah ma tu cara pakai gajet
Tgk adik bradik gelekek ke dop bila tgk mek ajo 🤭
hahaha kan

abang saya tu pndai sikit mengajar abah ma
lain cara dia :D

saya klu mengajar abah ma takut kelaut nanti 😅
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,583
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,583
Reaction score
16,558
Points
2,376
hahaha kan

abang saya tu pndai sikit mengajar abah ma
lain cara dia :D

saya klu mengajar abah ma takut kelaut nanti 😅

Nak mengajar pun satu hal
Perlukan kesabaran tinggi
Kena ajar la jugak
Kalau tak kesian mereka nanti masa kat Mekah
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,244
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,244
Reaction score
15,431
Points
1,906
Nak mengajar pun satu hal
Perlukan kesabaran tinggi
Kena ajar la jugak
Kalau tak kesian mereka nanti masa kat Mekah
aah betul tn TXT
kena pastikan mereka betul betul faham

sebab kat sana diorang sendiri yg handle gadget tu
kot takde org yg bantu diorang
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,244
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,244
Reaction score
15,431
Points
1,906
Kerajaan Arab Saudi ketika ini hanya membenarkan kemasukan jemaah yang mengambil suntikan vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca saja.

Dos penggalak tunai umrah, KKM perlu bantu penerima Sinovac, kata TH​

October 20, 2021 4:22 PM

FMT-VAKSIN-COVID19-09.jpg

Isu vaksinasi menyebabkan penerima vaksin Sinovac tidak layak dan gagal menetapkan tarikh menunaikan umrah kerana masih tertunggu kebenaran Arab Saudi.

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) meminta kerjasama pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membantu memudahkan urusan penerima vaksin Sinovac yang mahu menunaikan umrah mendapatkan dos penggalak.

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel and Services Sdn Bhd (THTS), Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, ia susulan kerajaan Arab Saudi ketika ini hanya memperakui dan membenarkan kemasukan jemaah yang mengambil suntikan vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca sahaja.

Sehubungan itu, penerima vaksin Sinovac dikehendaki mengambil dos penggalak daripada vaksin Pfizer dan AstraZeneca yang diiktiraf di negara ini.
“Mewakili jemaah umrah, saya mengharapkan pertimbangan pihak berwajib atas ruang yang ada bagi membolehkan mereka (penerima vaksin Sinovac) mendapat dos penggalak.

“Ini kerana isu vaksinasi menyebabkan penerima vaksin Sinovac tidak layak dan gagal menetapkan tarikh menunaikan ibadah umrah kerana masih tertunggu kebenaran Arab Saudi.

“Kita percaya dengan KKM dan harap niat ikhlas mereka (bakal jemaah) membuahkan hasil hingga dapat nikmati peluang menunaikan umrah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mengulas lanjut, Ahmad Ruzman berkata, ramai individu berusia bawah 60 tahun berhasrat menunaikan umrah tetapi tidak memenuhi kelayakan kerana keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada individu berstatus komorbid atau berisiko tinggi.

“Ia menyebabkan mereka masih menunggu (pemberian dos penggalak). Kerajaan ada pilihan lain, mungkin mempertimbangkan pemberian ruang kepada swasta dan bayar dengan harga munasabah dengan seliaan KKM untuk pemberian dos penggalak,” katanya.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,244
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,244
Reaction score
15,431
Points
1,906

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

9m ·

*Umrah: Boleh mohon dos penggalak guna MySejahtera bulan hadapan*

Umat Islam di negara ini yang akan mengembara ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah, boleh memohon untuk mendapatkan suntikan dos penggalak menerusi MySejahtera.

Kemudahan itu bagaimanapun hanya boleh didapati bermula bulan hadapan (November) selepas aplikasi MySejahtera memperkenalkan ciri baharu.

"Kemudahan ini supaya perjalanan ke Tanah Suci berjalan lancar dan selamat," kata Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin pada majlis Sumbangan Korporat Keluarga Malaysia oleh Lembaga Tabung Haji di Ibu Pejabat KKM di Putrajaya, hari ini.

*Masih berunding dengan Arab Saudi*
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan berkata, Malaysia masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi supaya tidak mengenakan diskriminasi vaksin.

"Kita masih berunding dengan Arab Saudi supaya tidak ada diskriminasi vaksin sebab kita dapati semua vaksin COVID-19 (yang digunakan Malaysia di bawah PICK) adalah berkesan dan selamat," tegas beliau.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat telah mendapatkan dos penggalak.

Arab Saudi mula menerima permohonan umrah dari luar negara untuk jemaah yang divaksin pada 9 Ogos lalu.

Negara lain yang menggunakan vaksin Sinovac antaranya Indonesia, Pakistan dan Turki.

1634734173742.png

1634734181166.png
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,244
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,244
Reaction score
15,431
Points
1,906
Berita baik buat bakal jemaah umrah apabila kerajaan Arab Saudi sudah pun memansuhkan peraturan tempoh menunggu 15 hari untuk menempah umrah yang berikutnya.
https://www.utusan.com.my/.../tiada-lagi-tempoh-menunggu.../

Tiada lagi tempoh menunggu 15 hari buat umrah​

umrah-re.jpeg

KUMPULAN pertama jemaah umrah dari Malaysia selepas pintu sempadan negara dibuka bergambar di dataran Masjidil Haram baru-baru ini. – FOTO/IHSAN EMRAZ

  • 21 Oktober 2021, 4:36 pm

PUTRAJAYA: Berita baik buat bakal jemaah umrah apabila kerajaan Arab Saudi sudah pun memansuhkan peraturan tempoh menunggu 15 hari untuk menempah umrah yang berikutnya.

Ia dimaklumkan Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. menerusi akaun sosial rasminya susulan kemasukan kumpulan pertama jemaah dari Malaysia ke Tanah Suci dikelolakan oleh agensi itu.

Inisiatif Arab Saudi itu dijangka mampu membantu dalam pengurangan kos umrah terutama hotel apabila jemaah tidak perlu tunggu begitu lama di Madinah sebelum memasuki Makkah.

“Tiada lagi tempoh menunggu dan boleh memohon slot umrah pada bila-bila masa menerusi aplikasi Eatamarna disediakan oleh Arab Saudi bagi merekodkan kehadiran jemaah,” katanya.

Agensi berpusat di Putrajaya itu turut memuat naik beberapa foto eksklusif kumpulan sulung seramai 11 orang jemaah negara ini yang mengerjakan umrah di Masjidil Haram pada Isnin lalu, antaranya selebriti terkenal, Ashraf Muslim dan sebelum itu jemaah ini melakukan aktiviti ziarah di kota suci Madinah selepas tiba di Jeddah dari tanah air pada 14 Oktober lalu.

Ini diikuti kumpulan kedua seramai 25 orang yang bertolak semalam termasuk tiga staf Emraz selain antaranya ialah personaliti TV3, Hazlin Hussain dan pesohor tular, Dr. Ahmad Samhan.

Mengulas lanjut, Emraz yang ditubuhkan sejak 2015 berkata, Arab Saudi juga memansuhkan penempahan tempoh 30 hari untuk memasuki ruang Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah sekali gus membolehkan jemaah menziarahi makam Rasulullah SAW pada bila-bila masa asalkan mendaftar dalam aplikasi penjejak Tawakalna seumpama MySejahtera.

Sebelum peraturan itu dihapuskan, jemaah hanya boleh mengerjakan umrah sekali sahaja dan jika berhasrat melakukan berikutnya, mereka perlu tempah slot dan menunggu dua minggu.

Bagaimanapun, susulan pemansuhan jarak saf solat berjemaah di Masjidil Haram pada Isnin lalu, jemaah kini bebas melaksanakan ibadah sunat itu seberapa banyak yang mereka gemari ekoran trend penurunan kes penularan wabak Covid-19 di Arab Saudi yang semakin terkawal, namun jemaah masih wajib lengkap dua dos vaksin dari jenis ditetapkan.
Sementara bagi bakal jemaah warga asing yang tidak menerima suntikan imunisasi Pfizer, AstraZeneca dan Moderna, mereka masih perlu mendapatkan dos penggalak sebelum tiba.

Sebelum pintu sempadan negara ditutup tahun lepas, hampir 300,000 jemaah Malaysia menunaikan umrah pada setiap tahun, iaitu kelapan paling ramai dalam kalangan warga asing.

Emraz dalam pada itu turut memuat naik rakaman video eksklusif suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah lebih luas dan moden untuk keselesaan penumpang termasuk terminal dilengkapi jambatan udara dan tren ulang-alik seumpama di KLIA bagi membawa penumpang ke dewan ketibaan tanpa perlu menaiki bas.

Terminal baharu itu juga ada sebuah masjid dengan kapasiti hampir 4,000 jemaah dan ia dibina sebagai persiapan untuk menyambut lebih tiga juta bakal jemaah haji dari seluruh dunia. – UTUSAN

Alhamdulillah
Makin dipemnudahkan urusan nmpak nya
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register