BTC USD 61,142.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah akan dibuka 10 Ogos 2021

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,306
Reaction score
15,061
Points
1,906
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kebenaran bagi perlaksanaan tersebut juga masih perlu menunggu keputusan akhir oleh kerajaan.

SOP umrah masih dirangka​



21/09/2021

Di-Parlimen.jpg

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan perlaksanaan ibadah umrah pada Disember tahun ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kebenaran bagi perlaksanaan tersebut juga masih perlu menunggu keputusan akhir oleh kerajaan.

“Perkara ini (kebenaran pada Disember) dalam pemakluman pihak Lembaga Tabung Haji (TH), dan kita masih lagi menunggu kebenaran kerajaan untuk kita membenarkan operasi umrah yang dikatakan akan dibenarkan pada Disember ini.

“Kita masih merangka SOP dan beberapa syarat yang perlu dilaksanakan untuk kebenaran mengerjakan Umrah hujung tahun ini,”katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH- Balik Pulau) yang membangkitkan isu berkaitan ibadah mengerjakan Umrah yang sudah mula diiklankan oleh agensi-agensi Haji dan Umrah kerana dikatakan akan dibenarkan pada Disember tahun ini.

Muhammad Bakhtiar juga menuntut penjelasan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berhubung satu perbincangan mengaitkan keputusan kebenaran berkenaan yang dikatakan telah berlangsung pada 6 September lalu.
Dewan Rakyat bagaimanapun mengarahkan jawapan bertulis diberikan kemudian oleh kementerian terlibat.


 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,255
Reaction score
2,882
Points
201
Arab Saudi Izinkan Jamaah Umrah RI Pakai Sinovac, Tapi Perlu Booster

Saat ini pemerintah Arab Saudi telah membuka kembali untuk umroh dan haji di jamaah negara internasional. Tetapi tidak semua negara bisa masuk karena alasan tertentu dan jenis vaksin yang tidak diakui oleh Saudi Arabia. Lalu bagaimana nasib para jamaah umroh dan haji Indonesia?
Jakarta -
Kementerian Kesehatan Arab Saudi telah memasukkan dua jenis vaksin Corona asal China yakni Sinovac dan Sinopharm, dalam syarat vaksin yang diakui. Hanya saja, untuk penerima vaksin Sinovac yang akan melaksanakan ibadah Umrah, pemerintah Saudi mengharuskan booster tambahan.

"Diizinkannya Sinovac masuk ke Arab Saudi dengan catatan menambah booster satu vaksin yang diakui Arab Saudi," kata Konsul Haji KJRI Jeddah, Endang Jumali, dalam diskusi virtual 'Apa Kabar Umrah Kita?', Selasa (21/9/2021).

Vaksin COVID-19 yang dipakai di Arab Saudi antara lain Moderna, Pfizer, AstraZeneca, dan Johnson and Johnson. Ketentuan ini diambil Saudi untuk mengurangi risiko keterpaparan COVID-19.

"Arab Saudi memiliki kebijakan yang ketat dan sangat efektif terkait COVID-19. Per hari ini (21/9/2021) hanya 60 kasus per harinya," beber Endang.

Direktur Jenderal Pelayanan Kesehatan Kemenkes mengatakan pihaknya sudah mengetahui perihal pemberian booster untuk penerima vaksin Sinovac sebelum Umrah. Kemenkes disebutkan akan membuat program khusus untuk jamaah haji dan umrah terkait vaksinasi COVID-19.

"Persyaratan oleh Saudi Arabia bahwa harus 3 kali suntikan dengan 1 (suntikan berupa) booster itu tentunya akan kita penuhi sebelum pemberangkatan," ujar Kadir.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
UMRAH | Arab Saudi Naikkan Kapasiti Harian Jemaah Kepada 100,000

Kementerian Haji Dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah Umrah dinaikkan kepada 100,000 ribu bermula hari ini.

Bilangan jemaah solat fardhu turut dinaikkan kepada 60,000 orang.

Kementerian itu dilaporkan berkoordinasi dengan agensi berkaitan dalam melaksanakan pelan strategic, yang menumpu kepada kesihatan dan keselamatan sebagai persediaan menerima 3.5 juta jemaah dan pengunjung sebulan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,835
Reaction score
21,822
Points
1,671
Agensi pelancongan diminta kembalikan duit pakej umrah

Bukit Gantang: Agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah perlu segera memulangkan semula wang yang sudah dibayar bakal umrah yang terkandas akibat pendemik Covid-19 tahun lalu susulan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Arab Saudi.

"Pembatalan itu bukan disebabkan salah mereka namun SOP yang ditetapkan oleh Arab Saudi.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
UMRAH | Agensi Pelancongan Perlu Pulangkan Duit Pakej

Agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah, perlu segera memulangkan wang, yang sudah dibayar bakal jemaah umrah yang terkandas tahun lalu, susulan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Arab Saudi, akibat pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, bayaran pulangan tidak semestinya 100 peratus, kerana mengambil kira kos pengurusan yang telah dibayar, kepada pihak ketiga.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,835
Reaction score
21,822
Points
1,671
Xnak agensi pulang. Tciduk la mana nak cekau duit
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,206
Reaction score
2,251
Points
206
UMRAH | Agensi Pelancongan Perlu Pulangkan Duit Pakej

Agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah, perlu segera memulangkan wang, yang sudah dibayar bakal jemaah umrah yang terkandas tahun lalu, susulan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Arab Saudi, akibat pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, bayaran pulangan tidak semestinya 100 peratus, kerana mengambil kira kos pengurusan yang telah dibayar, kepada pihak ketiga.


Cmno nk refund, mesti dh guno utk mcm2 perbelanjaan dsb. Pastu pkp. Jem. Tokey umrah pun bungkus bisnes jual kopok lekor n amik upah mesin rumput.

Skg harap2 slow2 naik blk insyaAllah. Modal pun harap duit deposit bakal jemaah umrah....

Ntahlah, bosa periuk bosalah kerak nasik nyo
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
Xnak agensi pulang. Tciduk la mana nak cekau duit

Agensi paling kuat pun boleh extend je
Nak pulang balik takde duit dah pun tu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
Cmno nk refund, mesti dh guno utk mcm2 perbelanjaan dsb. Pastu pkp. Jem. Tokey umrah pun bungkus bisnes jual kopok lekor n amik upah mesin rumput.

Skg harap2 slow2 naik blk insyaAllah. Modal pun harap duit deposit bakal jemaah umrah....

Ntahlah, bosa periuk bosalah kerak nasik nyo

Boto jang
Duit tu deme pakai maso PKP
Nak survive
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register