BTC USD 63,583.3 Gold USD 1,805.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah akan dibuka 10 Ogos 2021

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376

Air zam-zam kembali disediakan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

September 16, 2021 @ 8:22am

zam_1631751725.jpg


Tong air zam-zam kembali diletakkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. - Foto AFP


ARAB SAUDI: Selepas hampir dua tahun, tong air zam-zam kembali diletakkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Berita Mediacorp melaporkan, Pejabat Presiden Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi berkata, ia sejajar dengan langkah berjaga-jaga mencegah COVID-19.

Untuk memastikan air zam-zam dalam tong terbabit selamat untuk diminum dan bebas daripada pencemaran, contoh air diuji setiap hari menggunakan teknologi terkini.

Sistem terkini dimanfaatkan menggunakan sinaran ultra ungu bagi membunuh bakteria dan virus jika terdapat dalam air zam-zam.

Tong air zam-zam sebelum ini mula dikeluarkan dari kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak bermulanya penularan COVID-19 pada awal 2020. - AGENSI


 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,822
Reaction score
21,820
Points
1,671
Paling cepat pun hujung tahun rasanya
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,205
Reaction score
2,250
Points
206
marzuk.jpeg
Ahmad Marzuk (kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang pelajar di pejabat Pusat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa hari ini.

Subsidi haji diteruskan

  • Oleh ROHANA MOHD. NAWI
  • 18 September 2021, 3:25 pm


KOTA BHARU – Subsidi yang diberikan kepada umat Islam untuk mengerjakan ibadah haji akan diteruskan meskipun kosnya dijangka meningkat ekoran kadar cukai yang dinaikkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata,, kos terkini masih belum diputuskan, namun kerajaan akan terus mengekalkan peratusan subsidi selama ini.

“Kos haji yang sebenar masih belum diputuskan kerajaan. Ia mungkin akan meningkat berikutan kerajaan Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sehingga 15 peratus.
“Ini berikutan penguatkuasaan prosedur operasi standard disebabkan penularan pandemik Covid-19 apabila bilangan jemaah terpaksa dihadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Dalam majlis itu, seramai 337 pelajar terpilih dari Parlimen Pengkalan Chepa menerima bantuan berjumlah RM250 seorang yang dijalankan secara pandu lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, kerajaan akan memaklumkan kepada bakal jemaah lebih awal jika kos haji meningkat.
Menurutnya, sebelum ini, kos haji tidak naik kerana kedudukan kewangan kerajaan yang masih kukuh bagi membolehkan kos itu terus ditanggung.

“Kerajaan akan berusaha memastikan peningkatan kos haji tidak membebankan bakal jemaah walaupun dijangka meningkat kepada RM30,000 berbanding RM24,000 sebelum ini dengan jemaah hanya perlu membayar RM9,900 sahaja.
“Sebelum ini, kerajaan menanggung subsidi haji berjumlah hampir RM400 juta hingga RM500 juta setahun,” katanya. – K! ONLINE.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,252
Reaction score
2,882
Points
201
Peningkatan kos haji, umrah tidak dapat dielakkan


KUALA LUMPUR: Peningkatan kos haji dan umrah pada masa depan adalah situasi yang tidak dapat dielakkan berikutan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikuatkuasakan oleh Kerajaan Arab Saudi susulan pandemik COVID-19

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata tidak mustahil peningkatan berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk penjarakan fizikal yang memaksa penginapan jemaah dihadkan kepada dua orang sebilik, pengangkutan dan saringan COVID-19.

"Jika dulu, satu bilik hotel boleh memuatkan sehingga lima orang, tetapi apabila dihadkan kepada dua orang, sudah tentu kos penginapan akan meningkat kepada setiap jemaah.

"Begitu juga perbelanjaan lain, termasuk pengangkutan ke Madinah pasti akan mempengaruhi peningkatan kos," katanya kepada BH, hari ini.

Tabung Haji (TH) menjangka kos haji akan meningkat pada musim haji akan datang susulan perubahan SOP ibadah itu yang dilaksanakan dalam norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19.

Razali berkata, sekiranya kos haji naik secara mendadak, antara kesan yang membimbangkan adalah ramai jemaah terlepas peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana tidak berkemampuan.

"Sebelum COVID-19, kos bagi seorang jemaah adalah RM20,000 dengan subsidi diberikan TH sebanyak RM10,000.

"Bagaimanapun, persoalannya jika jumlah subsidi TH pada kadar sama, tentu ramai tidak mampu menanggung kos dan terpaksa menolak giliran haji," katanya.

Beliau berharap TH dapat mempertimbangkan untuk menyerap kenaikan kos itu melalui keuntungan daripada pelaburan institusi itu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

"Sebanyak 28 peratus keuntungan pelaburan TH dikecualikan (daripada cukai pendapatan), jadi jika boleh kita berharap TH tanggung lebihan kos kenaikan ini bagi mengelak ramai yang tidak berkemampuan untuk pergi.

"Saya kira jika perbelanjaan haji perlu ditanggung seorang jemaah naik dalam kadar munasabah, ia masih boleh diterima dengan syarat kos lain diserap TH," katanya.

Razali turut yakin TH berupaya menanggung pertambahan kos itu mengambil kira jangkaannya berkemungkinan jemaah haji yang dibenarkan ke Tanah Suci masih dihadkan.

"Saya menjangka disebabkan pandemik masih berlarutan, mungkin kuota haji kurang daripada 10,000 saja jemaah tanah air akan berpeluang mengerjakan ibadat itu," katanya.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376
IBADAH HAJI | Kerajaan Tetap Beri Subsidi Walaupun Kos Meningkat

Kerajaan akan terus menanggung subsidi ibadah haji walaupun kosnya dijangka meningkat ekoran cukai yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Peratusan subsidi itu juga akan dikekalkan meskipun kos terkini belum dimuktamadkan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376

TH jangka kos haji meningkat

September 17, 2021 @ 12:21pm

TH_1631852477.jpg


Kos mengerjakan ibadah haji dijangka meningkat susulan perubahan SOP perlu dipatuhi di Malaysia dan Arab Saudi. FOTO NSTP


KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) menjangkakan kos haji akan meningkat pada musim haji akan datang susulan perubahan prosedur operasi standard (SOP) ibadah itu yang dilaksanakan dalam norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, peningkatan kos itu sebahagian besarnya berkait rapat dengan SOP yang perlu dipatuhi seperti penjarakan fizikal seperti had kapasiti bilik hotel dan bas, selain pergerakan jumlah jemaah di dalam Masjidil Haram yang turut dihadkan.

Katanya, ini berdasarkan kos berkaitan SOP norma baharu, kenaikan kos operasi dan kos lain di Malaysia serta Arab Saudi.

"Saya lihat ini (SOP) memberi impak kepada kos haji akan datang kerana baru-baru ini saja jemaah haji perlu membayar sekitar RM15,000 hingga RM20,000 untuk lima hingga tujuh hari, membabitkan tiga lokasi iaitu Arafah, Muzdalifah dah Mina serta melaksanakan Tawaf dan Saie saja.

"Kos itu tidak termasuk kos penginapan hotel di Makkah dan Madinah serta makan minum, juga penerbangan dari Malaysia dan Arab Saudi, maka bakal jemaah perlu bersedia dengan peningkatan kos ini.

"Sebagai perbandingan, bayaran haji pada tahun 2019 ialah RM9,980 seorang untuk tempoh 40-45 hari menerusi subsidi haji," katanya.

Pada tahun 2019, kerajaan memutuskan bayaran menunaikan haji bagi jemaah haji muassasah yang menunaikan haji kali pertama, kekal RM9,980 dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM12,920.

Kos menunaikan haji tahun itu adalah sebanyak RM22,900 berbanding RM22,450 pada musim sebelumnya. Bagaimanapun, Malaysia tidak menghantar jemaah haji pada tahun 2020 dan tahun ini susulan pandemik COVID-19.

Syed Saleh berkata, walaupun ibadah haji ditangguhkan dua kali akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia, TH tetap meneruskan persiapan haji dengan mengambil kira situasi pandemik dan perkembangan semasa di Arab Saudi.

Katanya, perancangan dan persiapan itu dilaksanakan sejak musim haji 2020 sebagai usaha memastikan kelancaran urusan jemaah haji Malaysia ketika menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Beliau berkata, ia termasuk melaksanakan kursus haji kepada bakal jemaah secara dalam talian iaitu sebanyak 14 siri termasuk tambahan satu siri khusus menekankan SOP baharu di Arab Saudi serta hukum hakam ibadat haji dalam suasana semasa penularan wabak COVID-19.

"TH juga giat memastikan bakal jemaah mendapat vaksinasi masing-masing dan lengkap dos COVID-19 seperti dikehendaki Arab Saudi sebelum mereka dibenarkan memasuki Tanah Suci.

"TH juga melaksanakan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan pada tahun terdahulu yang menekankan istitha'ah atau kemampuan menunaikan haji dalam situasi wabak.

"Dalam muzakarah ini, penting untuk kita memperhalusi dan memberi ketetapan ibadah haji dalam norma baharu dengan melihat kepada kekangan pergerakan dan terhalang semasa melaksanakan ibadah sekiranya berlaku penularan wabak semasa melaksanakan haji," katanya.

Syed Saleh berkata, TH juga melaksanakan perjumpaan dengan pengendali operasi di tanah air membabitkan stesen berlepas dan mengadakan bengkel bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapat panduan serta memastikan SOP petugas dan protokol kesihatan dijaga.

Beliau berkata, pasukan kesihatan KKM akan ditempatkan di lapan stesen berlepas di Malaysia bagi memantau kesihatan jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci, selain TH juga akan menambah jumlah petugas kesihatan awam untuk ditempatkan di tiga lokasi utama iaitu di Jeddah, Madinah dan Makkah.

"Kebiasaannya pada musim haji sebelum ini, kita mempunyai 260 petugas perubatan daripada pelbagai kategori termasuk doktor pakar, jururawat dan ahli farmasi, namun disebabkan COVID-19, kita perlu menambah sekurang-kurangnya 30 lagi petugas kesihatan untuk menguruskan keselamatan dan kesihatan jemaah haji," katanya.

Tambah beliau, langkah itu turut mengambil kira kemudahan isolasi di hotel penginapan, penyediaan peralatan perubatan seperti ventilator dan pakaian perlindungan diri (PPE) serta ubat-ubatan.

Katanya, sebagai persediaan, TH menjalankan perancangan senario dengan memperincikan tindakan perlu diambil pada setiap peringkat aktiviti haji di tanah air dan Tanah Suci dengan pelbagai senario mungkin dihadapi sepanjang operasi haji.

Beliau berkata, petugas juga dibekalkan dengan latihan, ilmu dan persiapan mental secukupnya untuk menghadapi situasi norma baharu dalam menjaga nyawa jemaah haji, sekali gus bersedia menjadi petugas barisan hadapan apabila musim haji tiba.

"Sekiranya berlaku kes positif COVID-19 dalam kalangan jemaah haji Malaysia, pertamanya kita akan tertakluk kepada SOP daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan itu kita akan lihat apa SOP mereka berdasarkan perkembangan semasa COVID-19.

"Keduanya, kita perlu menilai jangkitan COVID-19 iaitu sekiranya pada tahap satu dan dua kita boleh kendalikan sendiri di hospital kita dahulu melainkan tahap empat dan lima yang memerlukan kemudahan di ICU, maka kita akan hantar ke hospital Arab Saudi," katanya.

Beliau berkata, dari segi perkhidmatan, bagi memudahkan jemaah, TH juga akan melancarkan TH Hujjaj pada musim haji akan datang, iaitu aplikasi yang memuatkan pelbagai maklumat penting untuk jemaah haji membuat rujukan dan panduan mengenai ibadah haji, kesihatan dan waktu solat sekali gus melancarkan pengurusan jemaah.

Katanya, platform e-Taib (Talian Ibadah–Pusat Panggilan) akan diteruskan bagi membolehkan jemaah haji mendapatkan penjelasan dan bimbingan kepada persoalan ibadah haji dengan pantas dan berkesan melalui aplikasi WhatsApp. – BERNAMA


 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,252
Reaction score
2,882
Points
201
Ermmm pi haji pun ikut kasta juga
Ada pangkat ada duit semua bole kumpul pahala
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,822
Reaction score
21,820
Points
1,671
Kos haji RM20k

IMG_20210919_190835_891.jpg
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376

10 juta tunai umrah sejak pelancaran prosedur keselamatan

September 19, 2021 @ 6:38am

19bhhahaji_1632006432.jpg


Foto AFP


JEDDAH: Lebih 10 juta jemaah menunaikan umrah sejak 4 Oktober tahun lalu susulan pelancaran prosedur 'umrah selamat' selain amalan harian dan ibadah secara normal dibenarkan secara beransur-ansur di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah, lebih 12,000 visa dikeluarkan sejak negara itu menerima kedatangan jemaah dari luar negara pada 10 Ogos lalu.

Kementerian itu berkata, pihaknya memberi jaminan akan terus berusaha untuk melindungi kesihatan dan keselamatan jemaah dan pengunjung masjid.

Kementerian juga menggesa semua pihak mengikuti arahan dan mematuhi langkah pencegahan yang ditetapkan negara itu bagi mengekang penyebaran COVID-19.

Memetik laporan Saudi Gazette, Arab Saudi menyasarkan 3.5 juta jemaah dan pelawat mengunjungi dua masjid suci dalam tempoh sebulan.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Abdulfattah Mashat, berkata kapasiti ketika ini adalah 70,000 jemaah sehari.

Beliau berkata, vaksinasi penuh adalah prasyarat untuk kebenaran kepada jemaah umrah dan jemaah lain yang ingin mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Permit dikeluarkan melalui aplikasi Tawakkalna. Pihak berkuasa kesihatan negara itu meluluskan pemberian vaksin untuk individu berusia 12 tahun ke atas.

Mashat berkata kementerian membuka semula ibadah umrah untuk jemaah dari luar negara pada 10 Ogos.

Katanya, sistem prosedur, kawalan dan syarat untuk kedatangan jemaah termasuk sijil yang diakui mengesahkan imunisasi dengan vaksin diluluskan, dikoordinasikan dengan semua pihak berkuasa yang relevan dalam memastikan keselamatan jemaah.

Menurut pihak berkuasa, mereka secara berterusan memperbaharui senarai negara yang dibenarkan memasuki negara itu berdasarkan perkembangan pandemik dan petunjuk kesihatan.

Pelawat antarabangsa disaran mendaftar status vaksinasi di platform dalam talian 72 jam sebelum melakukan perjalanan ke Arab Saudi. - AGENSI


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376
TABUNG HAJI | Agensi Umrah Perlu Sedia Fahami SOP, Peraturan Baharu Arab Saudi

Agensi pengurusan umrah perlu bersiap sedia memahami peraturan baharu dan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendali ibadah umrah.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register