BTC USD 61,367.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah akan dibuka 10 Ogos 2021

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
*Peraturan terkini Umrah*

1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah.

2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yg dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca.
(Utk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos “booster” dpd Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat)

3. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.

4. Visa Umrah & visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah.

5. Jemaah kena install app Tawakkalna & Eatmarna dlm phone masing-masing.
(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt my sejahtera),
Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidlharam)

6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja.

7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang.

8. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi.

9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi.

10.Tiada kuarantin di Arab Saudi.

11.Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja).

12.Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah.

13.Tiba di Arab Saudi, agensi/jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah.
Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal.
*THTS tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah/ ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah*

14.Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej.
Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot/kelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot.

15.*Bagi pemegang Visa tourist, urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna,*

16.Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) & diiring oleh peg Saudi/wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

17.Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

18.Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna.

19.Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan.

20.Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh/waktu penerbangan dengan keputusan negatif.
(Kos PCR ini elah termasuk dalam harga pakej)

21.Tawaf wada’ masih belum dibenarkan.

22.Tiba di Malaysia, jemaah akan dikena kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
(Kos kuarantin jemaah adalah dibawah tanggungan sendiri)

*Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.*

*Perlindungan Insurans Covid-19*
1. Jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans SR450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu tanggung kos tersebut.

2. Kos ujian PCR tidak dilindungi insurans.

3.Tiket penerbangan hanya dilindungi sebanyak SR500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja.

*Mutawif *
1. Mutawif tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah. Untuk bimbing ibadah Umrah, mutawif perlu mendapatkan sendiri permit ibadah Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa ibadah Umrah dan jika dapat permit adalah tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,212
Reaction score
2,253
Points
206
terbaru dpd mekah... frontliner malaysia baru sampai 10hari dh boleh buek umrah.... syukurr..

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Alhamdulillah, berita baik dari Tanah Suci Makkah.

1) Jarak saf solat telah dipendek & dikurangkan. Saf jadi lebih rapat berbanding sebelum ini.

2) Quran Fizikal ditempatkan setelah setahun dikeluarkan.

3) Kelas Pengajian Agama di dalam Masjidil Haram kembali dijalankan.

Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi sedang dalam rangka usaha membuat persiapan menerima 90,000 ke 120,000 jemaah sehari menjelang akhir tahun ini InsyaAllah.

Kapasiti terkini adalah 60,000 jemaah sehari bersamaan 1.8 juta sebulan.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
FB_IMG_1631143507105.jpg

Alhamdulillah...

Arab Saudi sedia terima 70,000 jemaah umrah sehari - Jabatan Tertinggi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
UMRAH | Warga Asing Dengan Visa Pelancong Dibenar Tunai Umrah

Warga asing yang berkunjung ke Arab Saudi dengan visa pelancong kini dibenar mengerjakan umrah.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dalam satu kenyataan memaklumkan individu yang berhasrat berbuat demikian, hanya perlu melengkapkan prosedur yang ditetapkan, menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna bagi memperoleh permit umrah.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
#BHdunia Selepas mendapatkan permit melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Amalan harian di Masjidil Haram, Masjid Nabawi beransur normal

September 15, 2021 @ 2:22pm
kaabah15_1631687139.jpg


semalam Masjidil Haram, Makkah. - Foto fail AFP


KUALA LUMPUR: Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memaklumkan amalan harian dan ibadah secara normal sudah mula dibenarkan secara beransur-ansur di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Perkongsian video di Twitter oleh jabatan berkenaan melalui Bahagian Pengurusan Masjid Nabawi menyatakan keputusan turut diambil untuk menyediakan semula tong air zamzam bermula semalam.

Langkah itu diambil selepas Ketua Pengarah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais berpuas hati dengan tahap vaksinasi penduduk Makkah dan Madinah serta pematuhan jemaah terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam video berkenaan, pekerja dilihat mengedarkan sebanyak 600 tong dengan kapasti keseluruhan 30 ribu tan air zamzam di seluruh Masjid Nabawi, Madinah.

Penyediaan tong air zamzam sebelum ini dihentikan berikutan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji dan umrah di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi dan digantikan dengan penggunaan robot pintar untuk mengedarkan air zamzam tanpa membabitkan sebarang sentuhan.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi semalam mengumumkan kes jangkitan harian COVID-19 di negara berkenaan mencatatkan dua angka selama tiga hari berturut-turut.

Jabatan itu turut menempatkan semula mushaf al-Quran, membenarkan pengajian dan majlis ilmu diadakan secara bersemuka, mengurangkan penjarakan fizikal untuk menambah kapasiti solat berjemaah dan membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas hadir ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Minggu lalu jabatan itu mengumumkan kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 70,000 orang sehari.

Jabatan itu menegaskan akan sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik daripada segi kebersihan dan sanitasi demi memastikan kebajikan serta keselamatan jemaah terpelihara.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan pemberian 6,000 visa umrah kepada warga asing setakat Muharram 1443 Hijrah (Ogos 2021) dan menjangkakan kedatangan lebih ramai jemaah umrah dari luar Arab Saudi bermula Rabiul Awwal 1443 Hijrah (Oktober 2021). – BERNAMA


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register