BTC USD 61,337.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah akan dibuka 10 Ogos 2021

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMG_20210808_134423_652.jpg

Seorang pegawai di Kementerian Haji dan Umrah mengatakan bahawa jemaah haji dari dalam dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi #COVID19 yang disahkan bersama dengan permohonan mereka.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#JomCucukVaksin #HapusCOVID19
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906

Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan

25m ·

*Peraturan terkini Umrah*
1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah.

2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yg dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca.

(Utk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos “booster” dpd Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat)

3. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.

4. Visa Umrah & visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah.

5. Jemaah kena install app Tawakkalna & Eatmarna dlm phone masing-masing.

(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt my sejahtera),
Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidlharam)

6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja.

7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang.

8. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi.

9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi.

10.Tiada kuarantin di Arab Saudi.

11.Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja).

12.Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah.

13.Tiba di Arab Saudi, agensi/jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal.

*THTS tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah/ ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah*

14.Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej.

Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot/kelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot.

15.*Bagi pemegang Visa tourist, urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna,*

16.Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) & diiring oleh peg Saudi/wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

17.Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
18.Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna.

19.Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan.

20.Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh/waktu penerbangan dengan keputusan negatif.

(Kos PCR ini elah termasuk dalam harga pakej)

21.Tawaf wada’ masih belum dibenarkan.

22.Tiba di Malaysia, jemaah akan dikena kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

(Kos kuarantin jemaah adalah dibawah tanggungan sendiri)

*Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.*

*Perlindungan Insurans Covid-19*

1. Jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans SR450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu tanggung kos tersebut.

2. Kos ujian PCR tidak dilindungi insurans.

3.Tiket penerbangan hanya dilindungi sebanyak SR500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja.
*Mutawif Indonesia*

1. Mutawif Indonesia tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah. Untuk bimbing ibadah Umrah, mutawif perlu mendapatkan sendiri permit ibadah Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa ibadah Umrah dan jika dapat permit adalah tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Arab Saudi lantik wanita jadi pegawai kanan pentadbiran masjid suci

| | 09 Ogos 2021

Arab Saudi melantik dua wanita memegang jawatan kanan dalam pengurusan pentadbiran dua masjid suci. Gambar hiasan
ANKARA - Arab Saudi melantik dua wanita memegang jawatan kanan dalam pengurusan pentadbiran dua masjid suci, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Isnin, memetik media tempatan.

Al-Anoud Al-Aboud dan Fatima Al-Rashoud dilantik sebagai pembantu kepada Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, lapor portal Arab News.

Kedua-dua wanita itu memiliki ijazah kedoktoran.

Turut dilantik menjawat pegawai kanan, Kamelia Al-Daadi sebagai penolong setiausaha di jabatan pentadbiran dan perkhidmatan wanita.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Arab Saudi mengamalkan dasar untuk memperkasakan wanita dan membolehkan golongan itu memegang jawatan kanan di institusi kerajaan.

Tenaga kerja wanita di negara yang kaya dengan minyak itu menyaksikan peningkatan ketara, mencecah sekitar 33 peratus pada tahun 2020 berbanding 20 peratus pada 2018, menurut Brookings Institution. - Bernama

Baca Artikel Penuh
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
UMRAH | Prosedur Umrah Dimuktamadkan Dalam Tempoh Terdekat

Kerajaan sedang mengkaji proses dan kebenaran pengeluaran visa umrah, bagi umat Islam negara ini, untuk menunaikan ibadah itu.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMG_20210816_103451_094.jpg

Kos menunaikan ibadah umrah dijangka meningkat sedikit susulan pelaksanaan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu diperkenalkan kerajaan Arab Saudi berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebahagian besar peningkatan kos itu berkait dengan penjarakan sosial seperti had muatan bilik hotel dan bas.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,858
Reaction score
21,826
Points
1,671
Nafi harga lantai umrah RM9,000

Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menafikan sudah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah terkini iaitu antara RM8,000 sehingga RM9,000.

Motac memaklumkan, kenyataan Pengerusi Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFFTA) Dr Fathir Badri, tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.

"Kementerian menafikan sebarang bentuk pengumuman berkaitan harga indikator baharu pakej umrah atau ziarah seperti yang dinyatakan.

"Untuk makluman, harga indikator yang pernah ditetapkan pada 2016 seperti yang dipersetujui oleh anggota Majlis Kawal Selia Umrah ketika itu adalah pada kadar RM4,900," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Motac berkata, ketika ini pihaknya masih mengkaji faktor kenaikan kos khususnya susulan langkah-langkah kawalan pandemik Covid-19 yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.

Katanya, sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian berikutan pihaknya turut mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pihak industri dan orang awam.

"Motac menyeru semua pihak menghentikan cubaan memanipulasi pasaran khususnya membabitkan harga perkhidmatan pakej umrah atau ziarah.

"Orang ramai juga dinasihati supaya berwaspada dengan tawaran pakej umrah yang meragukan pada masa ini dan menyemak kesahihan perkara ini dengan kementerian," katanya.

Sementara itu, Motac berkata, selaras dengan ketetapan dan usaha kerajaan dalam menggerakkan semula ekonomi, kementerian memberi kebenaran kepada semua syarikat pengendali umrah berlesen untuk memulakan aktiviti mempromosi dengan memohon kelulusan iklan pakej umrah atau ziarah di bawah fasa interim.

Katanya, kelonggaran itu diberi sebagai persediaan awal ke arah pembukaan sempadan oleh pihak kerajaan yang disasarkan pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Ia sekali gus membolehkan penggiat industri menilai serta bersedia dengan bilangan jemaah umrah yang berminat mengerjakan umrah pada masa terdekat," katanya.

Katanya, proses permohonan boleh dibuat menerusi emel [email protected] namun ia berdasarkan syarat dan paramater yang ditetapkan oleh kementerian.

"Parameter yang ditetapkan kementerian bagi kelulusan fasa interim termasuk membenarkan aktiviti promosi tanpa bayaran dan tidak mengikat mana-mana pihak, sehingga kerajaan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan ke luar negara serta proses perjalanan pelaksanaan umrah dibenarkan semula bagi rakyat Malaysia.

"Ini kerana, kementerian berpandangan bahawa kutipan apa juga bentuk bayaran untuk perkhidmatan pakej umrah atau ziarah pada masa ini adalah tidak wajar kerana wujud ketidaktentuan penyampaian, khususnya tempoh perjalanan dan perkhidmatan sebenar yang akan diterima oleh jemaah.

"Berikutan dasar semasa kerajaan berkaitan pelaksanaan umrah, semua perkara berkaitan pakej diiklankan juga perlu disahkan oleh pihak kementerian sebelum iklan dan transaksi perniagaan dijalankan," katanya.

Orang ramai boleh menyemak iklan pakej umrah yang diluluskan oleh Motac di www.motac.gov.my.

Motac berkata, ketika ini pihaknya dalam proses untuk menyediakan garis panduan khusus bagi mengawal selia iklan dan pakej umrah yang akan ditawarkan kepada orang awam di masa depan.

Katanya, ia bagi memastikan promosi oleh pihak syarikat kepada jemaah tidak berunsurkan penipuan dan memperdaya orang ramai.

"Kementerian mengalu-alukan pembabitan semua pihak dalam proses konsultasi awam secara atas talian berkaitan draf Garis Panduan Kelulusan Iklan Pakej Umrah atau Ziarah di platform Unified Public Consultation di www.upc.mpc.gov.my.

"Segala komen, pandangan dan cadangan semua pihak diharap akan menambah baik pelaksanaan perkara ini di masa akan datang," katanya.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMG_20210820_224201_328.jpg

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menafikan pihaknya telah menetapkan harga lantai antara RM8,000 hingga RM9,000 bagi pakej umrah.

Menerusi satu kenyataan, MOTAC berkata dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kementerian telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah pada harga berkenaan adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com
#AWANInews
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Bisnes perlancongan agama semakin naik
Kesian kat org miskin
Sbb tu org miskin yg paling byk duduk surga agaknya
Pahala byk kat niat aje kot
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
UMRAH | MOTAC Nafi Tetapkan Harga Lantai Pakej Umrah

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan pihaknya sudah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah antara RM8,000 hingga RM9,000.

Dalam satu kenyataan, MOTAC memaklumkan dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor Saffta, Fathir Badri itu adalah tidak benar serta boleh mengelirukan orang ramai.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
UMRAH | MOTAC Nafi Tetapkan Harga Lantai Pakej Umrah

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan pihaknya sudah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah antara RM8,000 hingga RM9,000.

Dalam satu kenyataan, MOTAC memaklumkan dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor Saffta, Fathir Badri itu adalah tidak benar serta boleh mengelirukan orang ramai.


Umrah bawah kementerian agama ke perlancongan?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register