BTC USD 43,258.2 Gold USD 1,764.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Mac 2020 - Umrah akan dibuka 10 Ogos 2021

dausbiz

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,008
Reaction score
1,722
Points
596
Allahuakhbar

Teringin nak pi

Insyaallah satu hari nanti
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,793
Reaction score
860
Points
121
Bertuahlah siapa yang dapat pergi tahun ni.
Jemaah tak sesak macam biasa, pasti boleh beramal dengan khusyuk.
Entah berapa puluh tahun lagi boleh dapat peluang macam ni.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,954
Reaction score
2,199
Points
206
ORG AWAM TAWAF LAST KOPEK SBLM DI TUTUP UTK JEMAAH HAJI

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,954
Reaction score
2,199
Points
206

Menangis terpilih mengerjakan haji​

Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]
Rakyat Malaysia, Ahmad Najhan Hassim, 30, yang juga seorang jururawat di Hospital Pakar King Faisal, Jeddah antara 263 rakyat Malaysia dipilih menunaikan haji menggunakan kuota Arab Saudi. FOTO Ihsan Najhan
Rakyat Malaysia, Ahmad Najhan Hassim, 30, yang juga seorang jururawat di Hospital Pakar King Faisal, Jeddah antara 263 rakyat Malaysia dipilih menunaikan haji menggunakan kuota Arab Saudi. FOTO Ihsan Najhan

Kuala Lumpur: "Saya bersyukur dan menangis sebaik diberitahu nama saya terpilih dalam kalangan 60,000 jemaah haji kuota Arab Saudi untuk menunaikan rukun Islam kelima ini," kata Ahmad Najhan Hassim, 30.

Ahmad Najhan yang juga seorang jururawat wad pembedahan di Hospital Pakar King Faisal, Jeddah antara 263 rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Malaysia yang dipilih menunaikan haji menggunakan kuota Arab Saudi.

Bagaimanapun, dia menganggap tuah itu kerana berkat menjaga arwah ibu bapanya sebelum dia memilih untuk berangkat ke Arab Saudi untuk bekerja.
"Sebaik nama saya terpilih, saya terus terbayang di fikiran wajah ibu dan bapa yang sudah meninggal dunia.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang beriman," katanya ketika dihubungi menerusi Facetime, hari ini.

Dia yang berasal dari Taman Seri Gombak, Selangor berkata, dia terpilih bukan atas tiket paramedik atau petugas kesihatan tetapi sememangnya sebagai jemaah haji untuk 2021.

"Syarat untuk jemaah haji dibuka kepada mereka yang berada di Arab Saudi iaitu bekerja dan bermastautin di sini.
"Saya difahamkan, lebih 500,000 permohonan diterima, hanya 60,000 dipilih dan daripada jumlah itu 263 adalah rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sini," katanya.

Menurutnya, dia mendaftarkan diri pada 13 Jun lalu dan dua minggu lalu menerima perkhabaran gembira dia dipilih menjadi tetamu Allah itu.

"Mungkin ini berkat dan jasa saya menjaga arwah ibu dan bapa yang meninggal dunia 2014 akibat sakit tua.
"Saya tidak boleh mengupah haji untuk mereka sebab saya sendiri kali pertama menunaikan ibadah ini," katanya yang masih bujang.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata, dia pun tidak menyangka dalam usia 30 tahun dan cabaran menghadapi pandemik itu dia terpilih menunaikan rukun Islam itu.
"Sebenarnya saya sudah membuat permohonan sejak tahun lalu menggunakan kuota kakitangan hospital.
"Tetapi tahun lalu, hanya seorang saja dari hospital kami dapat panggilan ini.

"Saya percaya jika belum rezeki dan panggilan Allah belum tiba buat kita, kita mohon macam mana sekalipun pasti bukan rezeki kita," katanya.
Menurutnya, dia berpuas hati dan memuji pengurusan cekap Kementerian Haji Arab Saudi yang menguruskan jemaah dengan sangat lancar dan teratur.

"Alhamdulillah kita perlu akur dengan keadaan semasa, pengurusan yang sangat teratur dan khemah semua mempunyai penghawa dingin.

"Malah, saya menggunakan pakej 'semi VIP' berharga sekitar RM14,000 dan diharap semuanya dipermudahkan," katanya.
Menurut Ahmad Najhan yang sudah tiga tahun bekerja di Arab Saudi, syarat menunaikan haji kali ini perlu lengkap menerima dua dos vaksin jenis Pfizer atau Astrazeneca dan tidak perlu melakukan ujian calitan.

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,954
Reaction score
2,199
Points
206

Mengambil Semangat Arafah, Solat Raya Di Kawasan Terbuka Makkah​


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
UMRAH 2021 | Jemaah Antarabangsa Dibenarkan Mulai 10 Ogos

Arab Saudi mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos depan.

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,954
Reaction score
2,199
Points
206
UMRAH 2021 | Jemaah Antarabangsa Dibenarkan Mulai 10 Ogos

Arab Saudi mengumumkan ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos depan.


Alhamdulillah.... tokey2 bisnes umrah siap2 lah dh boleh pasang iklan ekekekeke
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
Alhamdulillah.... tokey2 bisnes umrah siap2 lah dh boleh pasang iklan ekekekeke

Kono menabung la jang
Nak poie buek umrah ni
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,954
Reaction score
2,199
Points
206

Terkini !!! Arab Saudi Telah Membuka Pintu Antarabangsa​

Visa Pelancong Arab Saudi telah dibuka. Mesti banyak persoalan tentang visa pelancong ini.
Boleh buat umrah ??? Tempoh visa umrah ??? Bagaimana nak mohon ???

Semua BangChik jawab dalam vlog kali ini, jom ikuti BangChik terkini dari Kota Makkah.
Akhir sekali kita doakan negara Malaysia membuat keputusan terbaik dengan berita pembukaan Arab Saudi ini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register