BTC USD 88,182.2 Gold USD 3,011.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Haji Mac 2020 PKP | Umrah dibuka semula Februari 2022 | Update Umrah Haji 2023-2025

den umrah januari 2018 ok ajo takdo pindah2 hotel pulak....

flight turun madinah dulu, kek madinah 3 hari hotel dlm 300m ke masjid nabawi
5 org sebilik

kek mekah 7 hari hotel 5 org sebilik, dlm 300m jugak ke masjidil haram

takdo pindah2 hotel plk

Mungkin asbab karomah tuan byk buat ibadat 🫢
 
Sponsored Post

Semua bakal haji 1446H/2025M wajib ambil vaksin


PETALING JAYA: Semua bakal haji musim 1446H/2025M diwajibkan untuk menerima suntikan vaksin Meningococcal sebagai syarat menunaikan haji selaras dengan ketetapan Kerajaan Arab Saudi.

Vaksin Covid-19 dan vaksin influenza turut diwajibkan kepada kumpulan sasar tertentu.

Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan berkata, vaksin Covid-19 dan influenza diwajibkan kepada bakal haji berumur 65 tahun ke atas serta individu yang dikategorikan berisiko tinggi semasa pemeriksaan kesihatan.

“Bakal haji yang tergolong dalam kumpulan sasar boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan terpilih melalui janji temu yang ditetapkan.

“Senarai 247 klinik kesihatan di seluruh negara boleh diakses melalui aplikasi MySejahtera atau laman rasmi TH di www.tabunghaji.gov.my,” katanya.

Janji temu bagi vaksin Covid-19 boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera bermula 14 Februari 2025, dan suntikan boleh diperoleh bermula 17 Februari 2025. Notifikasi peringatan janji temu akan dihantar melalui aplikasi MySejahtera sehari sebelum tarikh janji temu.

Selain itu, bagi bakal haji yang bukan dalam kumpulan sasar, mereka masih boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara sukarela di fasiliti kesihatan berkaitan setelah mendapat konsultasi daripada pegawai perubatan.

Sebelum ini, Tabung Haji (TH) turut mengumumkan bakal haji berumur 65 tahun ke atas serta individu berisiko tinggi perlu mendapatkan suntikan vaksin influenza di fasiliti swasta yang tersenarai dalam aplikasi MySejahtera atau di fasiliti swasta yang boleh memuat naik Sijil Digital Vaksinasi ke aplikasi tersebut.

Selaras dengan Program Imunisasi Influenza Kebangsaan yang diumumkan baru-baru ini, bakal haji warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan terpilih.

Janji temu bagi vaksin influenza boleh dibuat melalui MySejahtera bermula 14 Februari 2025 dan tarikh janji temu akan diberikan bermula 18 Februari ini.

Kementerian akan terus bekerjasama dengan TH bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Vaksinasi Bakal Haji 1446H/2025M berjalan dengan lancar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan maklumat terkini dan panduan berkaitan vaksinasi untuk bakal haji boleh diajukan kepada Kementerian Kesihatan atau TH. – UTUSAN
 
Jemaah umrah S’pura ikut agensi M’sia, pakej lebih murah tetapi dinasihati agar berhati-hati

Ketika melaksanakan umrah pertamanya bersama isteri beliau pada 2017, Encik Shaffuan Yousop, 57 tahun, mengikuti agensi Singapura.

Namun pada 2024, apabila beliau berhasrat ke Tanah Suci sekali lagi tetapi kali ini bersama tiga anak perempuannya, bapa lima anak itu menyedari bahawa kos mengikuti pakej Singapura adalah agak tinggi untuk dibiayai sendiri.

Secara kebetulan, teman-temannya juga berkongsi iklan agensi Malaysia yang menawarkan pakej umrah yang dianggap Encik Shaffuan sebagai “murah”, sebelum memutuskan untuk mengikuti agensi Malaysia tersebut.

“Saya baca ulasan di media sosial dan tertarik dengan harga murah pakejnya.

“Jika dibandingkan, saya dapat jimat lebih $1,000 jika ikut agensi Malaysia yang bagi saya, satu perbezaan besar,” ujar penyelia kejuruteraan itu.

Beliau mengambil pakej premium berharga RM11,000 ($3,352) seorang untuk bilik dua orang dengan hotel berdekatan masjid.

“Lagipun, apa yang tambat hati saya ialah mereka dapat aturkan penerbangan langsung dari Singapura ke Jeddah,” ujarnya.

Sememangnya, Encik Shaffuan bukan satu-satunya warga Singapura yang melakukan demikian.

Semakin ramai warga Singapura menggunakan khidmat agensi Malaysia untuk melaksanakan umrah, dan jumlah ini lebih ketara pasca Covid-19, menurut beberapa agensi Malaysia yang dihubungi Berita Minggu (BM).

Pengurus cawangan Andalusia Travel & Tours di Johor Bahru, Encik Mukhsin Tajuddin berkata mereka sebenarnya sudah menerima beberapa anggota jemaah yang mengikuti mereka sebelum Covid-19, namun permintaan dalam kalangan warga Singapura meningkat 20 peratus setelah pandemik.

Malah, untuk memenuhi keperluan pasaran dari Singapura yang menurutnya berpotensi, di samping klien dari Johor Bahru, syarikat itu dalam proses untuk mengaturkan penerbangan dari Senai, Johor Bahru bagi memudahkan jemaah.

Hal serupa turut diperhatikan agensi Kembara Umrah Sdn Bhd, yang sebelum Covid-19 tidak mempunyai jemaah Singapura tetapi kini membawa jemaah Singapura yang bilangannya meningkat secara berganda dari tahun ke tahun.

Mutawif atau jurupandu umrah yang juga jurucakap syarikat tersebut, Ustaz Saifullah Mohd Nasri menambah bahawa warga Singapura selalunya akan mengambil pakej premium atau yang termahal ditawarkan agensi tersebut.

“Di Malaysia, harga RM10,000 ($3,031) ke atas sudah dianggap premium (termasuk penerbangan langsung, hotel lima bintang, hotel dekat masjid, serta wisata) tetapi kalau ditukar mata wang ke Singapura, harga tersebut bersamaan pakej asas di Singapura,” ujarnya.

Ustaz Saifullah turut akui bahawa antara strategi syarikat tersebut adalah untuk membuat perkongsian di media sosial mengenai tempat bersejarah yang jarang-jarang dikunjungi di Tanah Suci.

Ada beberapa videonya tular di YouTube dan TikTok dan mengaitkannya dengan permintaan dalam kalangan warga Singapura yang meningkat.

Walaupun baru beroperasi selama tiga tahun, agensi Hafiz Travel & Tours Sdn Bhd menerima sambutan memberangsangkan daripada warga Singapura sejak mereka merancakkan pemasaran mereka di media sosial.

Bagi memudahkan jemaah, syarikat tersebut turut mengaturkan penerbangan dari Lapangan Terbang Changi – dengan harga pakej termahal RM12,050 ($3,650) – bagi memudahkan jemaah Singapura yang mengikuti mereka, menurut ketua jabatan pemasaran penjualan dan perkhidmatan pelanggan agensi tersebut, Encik Muhammad Syazwan Azman.

“Kami pun akan mengusahakan untuk mendapat tempat mengadakan kursus yang mudah di Singapura bagi jemaah, dan pada masa akan datang rancang membuka cawangan di sana,” ujarnya.

Cik Nur Syahidah mendukung anaknya sambil menuju ke Kaabah di Makkah.
Seorang lagi anggota jemaah Singapura, ibu tiga anak yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Nur Syahidah, turut mengikuti agensi Malaysia ketika melaksanakan umrah pada Disember 2024 bersama 10 anggota keluarganya.

Namun, memandangkan ia kali keempat beliau menunaikan umrah dan sudah biasa, Cik Syahidah memilih pakej yang paling rendah berharga RM6,990 ($2,133) selama 15 hari walaupun akur jarak hotelnya dari masjid lebih jauh iaitu dalam 350 meter.

“Niat saya waktu itu adalah untuk sampai ke sana untuk lakukan ibadah. Kami memang tidak rancang ingin duduk di hotel mewah,” ujar suri rumah berusia 37 tahun itu.

Beliau menambah bahawa tidak ada pakej di Singapura yang menawarkan harga serendah itu memandangkan kebanyakan agensi akan memastikan jarak hotel dengan masjid adalah dekat.

Lagipun, kata Cik Syahidah, beliau tertarik dengan perkongsian di media sosial oleh agensi berkenaan yang membawa jemaah sepertinya ke tempat sejarah Islam yang jarang dikunjungi.

“Mutawif yang membawa kami juga sangat bertauliah dan berkongsi ilmu dengan kami sambil kami menjejaki tapak bersejarah peninggalan Rasulullah yang jarang dilawati agensi Singapura,” tambahnya.

BM difahamkan bahawa jemaah Singapura boleh mengikuti agensi Malaysia asalkan mereka mempunyai visa umrah ataupun visa pelancong.

KENAPA HARGA PAKEJ UMRAH S’PURA TINGGI?

Dihubungi BM, agensi di Singapura peka bahawa sebilangan warga Singapura telah berpaling ke agensi Malaysia kerana kos ‘tinggi’ pakej Singapura jika dibandingkan, namun menjelaskan bahawa kos operasi di Singapura secara umumnya tinggi.

Menurut tinjauan BM, penerbangan dari Singapura ke Jeddah juga lebih mahal berbanding Malaysia ke Jeddah.

Bagi tempoh yang sama, tambang tiket penerbangan ulang alik dari Singapura ke Jeddah berharga kira-kira $1,200 manakala dari Malaysia ke Jeddah ia hampir $800.

Pemilik dan pengarah Zaky Alwie Travel & Services, Shaikh Ahmad Zaki Shaik Alwie berkata bahawa pertukaran mata wang sahaja sudah menjadikan harga pakej di Malaysia lebih berdaya saing.

Di Singapura, agensi Singapura perlu bergelut dengan harga sewa pejabat yang tinggi, selain gaji kakitangan yang juga lebih tinggi berbanding dari Malaysia.

Shaikh Ahmad turut menekankan pentingnya warga Singapura tidak terpedaya dengan harga rendah.

Pakej Singapura yang pada dasarnya kelihatan mahal, selalunya disebabkan beberapa faktor.

Antaranya termasuk penerbangan lebih mudah diakses dan dibuat dari Singapura, taraf hotel lima bintang, jarak hotel yang dekat dengan masjid dan selain saiz kumpulan jemaah yang lebih kecil.

Pengarah Travelconnect.sg, Ustaz Nafis Rahman turut berkata bahawa syarikatnya dahulu pernah menawarkan pakej serendah $2,000 pada 2016, namun tidak dapat melakukan yang sama pada hari ini.

Beliau berkata bahawa kenaikan cukai nilai tambah (VAT) di Saudi yang meningkat setiap tahun hingga 15 peratus kini, di samping harga penerbangan yang meningkat secara keseluruhan pasca Covid-19 menyumbang kepada harga umrah yang semakin mahal.

“Kadangkala kita nampak harga murah, tetapi apabila sampai ke sana (Tanah Suci), khidmatnya tidak menepati jangkaan. Kita perlu tahu bahawa jangkaan dan cita rasa warga Singapura dan warga Malaysia sangat berbeza.

“Setiap khidmat yang diberikan pasti melibatkan kos. Perlu juga semak betul-betul sama ada insurans dan sebagainya sudah termasuk,” ujarnya.

Namun, beliau anggap persaingan demikian secara positif dan berkata syarikatnya akan terus berusaha memberi tumpuan terhadap perkhidmatan pelanggan yang bernilai tinggi.

Ustaz Nafis berkata lagi bahawa ulasan yang baik daripada jemaah adalah sangat penting untuk memastikan syarikatnya dapat terus bertahan.

AGENSI S’PURA UBAH STRATEGI

Dalam usaha untuk tambat hati jemaah Singapura, agensi seperti Shahidah Travel and Tours, yang lazimnya terkenal untuk pakej-pakejnya yang berharga lebih tinggi, sudah sebaliknya memperkenalkan pakej harga rendah supaya dapat kekal berdaya saing.

Pengarah urusan agensi tersebut, Encik Ayoob Angullia, memberitahu BM bahawa mereka mempunyai pakej bertahap yang bersesuaian bergantung kepada bajet jemaah.

Harga pakej bajet mereka yang digelar ‘Ayoobi Easy Umrah’ bermula dari $3,775 jika berbanding dengan pakej ‘Shahidah Gold’ yang bermula dari $4,995.

Namun, pakej bajet itu tidak termasuk mutawif serta tidak sesuai bagi jemaah umrah kali pertama.

“Kami ingin memenuhi keperluan segmen pasaran yang berbeza. Pakej ‘Easy Umrah’ ini boleh dikatakan serupa macam DIY (dilakukan sendiri) tetapi lebih baik.

“Ia mempunyai perlindungan perubatan asas, serta kakitangan di Mekah atau Madinah yang dapat menguruskan mereka sekiranya mereka perlukan bantuan,” ujar Encik Ayoob yang menambah bahawa jemaah bebas untuk pilih mana-mana agensi walau di Malaysia namun perlu pertimbang risiko masing-masing.

LANDSKAP PERNIAGAAN UMRAH BERUBAH

Setiausaha Kehormat Persatuan Ejen-Ejen Pelancong Muslim Singapura (Amtas), Ustazah Juyda Noor Mohamad berkata Amtas akur bahawa dengan landskap perniagaan umrah yang kian berubah, agensi di Singapura akan sedikit sebanyak terjejas.

Ini ditambahkan lagi dengan bilangan agensi umrah yang “tumbuh bak cendawan” setelah pandemik Covid-19.

Namun, beliau berkata syarikat Singapura perlu pastikan perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah memuaskan serta elak daripada menetapkan harga terlalu tinggi bagi kekal berdaya saing.

“Untuk agensi pada masa hadapan, apa yang mencabar bukan setakat agensi dari negara jiran sahaja tetapi juga mereka yang melakukan DIY, serta pemikiran masyarakat kita yang pergi ke Makkah dan Madinah sebagai bersiar-siar daripada kepentingan ibadah umrah itu sendiri,” tambah Ustazah Juyda.

Apa yang perlu saya periksa sebelum ambil pakej?

• Pastikan syarikat mempunyai rekod baik. Baca ulasan dan maklum balas daripada mereka yang sudah menggunakan khidmat syarikat itu.

• Visa yang digunakan – visa umrah atau visa pelancong, yang berbeza syaratnya. Contohnya, di bawah visa umrah, rawatan kesihatan anda akan ditanggung kerajaan Saudi. Bagaimanapun di bawah visa pelancong, perlu dapatkan insurans tambahan dengan sendiri.

• Jarak hotel dengan masjid, dekat atau jauh.

• Perlindungan insurans.

• Jika kecemasan berlaku, bagaimana agensi itu akan bantu?

• Saiz rombongan, dan jumlah mutawif. Jika saiz rombongan besar, adakah jumlah mutawif cukup?

• Kemudahan akses. Penerbangan dibuat dari Singapura atau perlu membuat perjalanan ke Malaysia dahulu?

• Pastikan tidak ada kos tersembunyi.

Cik Nur Syahidah, yang telah menunaikan umrah pada Disember 2024 dengan mengikuti agensi Malaysia.

Ustaz Nafis Rahman, pengarah agensi pelancongan dan umrah Singapura, Travelconnect.sg.
 

Exit Plan Scam Umrah Ratusan Ribu Ringgit? | EP23​

Ep23 kali ini, RARENATION Podcast bawakan satu topik tentang Exit Plan Scam Umrah Ratusan Ribu Ringgit yang mana membincangkan bagaimana team Rarecation mencari jalan keluar dari masalah scam di tanah suci.

Kapten SN & Ustaz Shauqi akan berkongsi bagaimana Kembara Wahyu mencipta alternatif Umrah yang lebih telus, bebas daripada scam, dan memberi pengalaman ibadah yang lebih bermakna.

Dengan strategi penginapan fleksibel, pengangkutan yang lebih bebas, serta pengalaman spiritual yang lebih dekat dengan sejarah Islam, inilah pakej Umrah yang RARE dan berbeza daripada yang lain. Nak tahu lebih lagi?

Jom layan episod kali ini!

 

SAYA DI UJI SAKIT KRONIK DARI MUDA / RUMAH PERNAH MUSNAH 100% DAN PELBAGAI UJIAN MENIMPA? TAPI???​

Rumah Pernah Musnah 100%, Ujian Datang Bertimpa-Timpa… Tapi Lihat Di Mana Dia Sekarang!
😱✨Bila hidup diuji habis-habisan — rumah musnah, harapan seakan hilang, tapi siapa sangka ini semua titik permulaan kejayaan yang tak disangka!
💥Saksikan kisah penuh inspirasi & transformasi dalam Podcast Haji Umrah DHUMY!

 
Tipu pakej umrah: Mangsa tidak puas hati hukuman ringan

AZMI YUSOFMarch 13, 2025

Foto hiasan.
KUALA LUMPUR: Kes penipuan pakej umrah dan hukuman terlalu ringan terhadap syarikat pengendali umrah yang tidak bertanggungjawab mendapat perhatian Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff.

- -
Sebagai contoh, katanya kes yang viral baru-baru ini membabitkan sebuah syarikat umrah yang menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati dengan hukuman dikenakan terhadap pemilik syarikat terbabit.

“Seperti yang kita sedia maklum, kes yang viral baru-baru ini berkenaan sebuah syarikat, hukuman dikenakan terhadap kes penipuan pakej umrah ini terlalu ringan dan menimbulkan ketidakpuasan hati kepada mangsa-mangsa.

“Adakah penguatkuasaaan undang-undang sedia ada tidak cukup tegas dan adakah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang untuk meminda Akta Indutri Pelancongan 1992 atau Akta 482 agar hukuman lebih berat dikenakan kepada syarikat pengendali umrah yang menipu pelanggan?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.


Menjawab pertanyaan itu, Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ketika ini MOTAC dalam proses menyemak Akta Industri Pelancongan 1992.

“Untuk umrah pula, kita akan lihat apabila semakan dibuat, pelbagai pembaharuan yang pastinya akan memberi kesan bukan sahaja kepada industri umrah sendiri, tetapi memberi pulangan yang baik kepada bakal jemaah yang mahu menunaikan umrah,” katanya.

Dr. Hajah Wan Martina dalam soalan asal meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan bagaimanakah Kementerian dengan kerjasama JAWHAR memastikan pengurusan umrah dan haji bebas daripada eksploitasi dan penyelewengan, termasuk pemantauan ketat terhadap syarikat pelancongan, kawal selia pakej umrah, serta tindakan tegas terhadap penipuan yang menjejaskan jemaah. – HARAKAHDAILY 13/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register