BTC USD 87,886.9 Gold USD 3,011.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Haji Mac 2020 PKP | Umrah dibuka semula Februari 2022 | Update Umrah Haji 2023-2025

SOLUSI UMRAH EPS 32 : SOALAN POPULAR JEMAAH HAJI & UMRAH​

Episod podcast kali ini sangat istimewa! Kami telah mengumpulkan soalan-soalan yang sering ditanyakan oleh para jemaah Umrah. Jangan ketinggalan untuk mendengar jawapan bagi setiap persoalan berkaitan Haji dan Umrah. Ikuti podcast kami untuk mendapatkan panduan dan pencerahan lengkap.

 
Sponsored Post

Apa Punca Dalam Umrah Ramai Scammer? | EP15​

Ep15 kali ini, RARENATION Podcast bawakan isu yang HANGAT iaitu tentang penipuan pakej Umrah!

Kapten SN dan Ust Shauqi dalam episod ini akan menjawab persoalan kebanyakkan orang tentang, kenapa Umrah dan Haji banyak Scam?
Juga apa punca dalam umrah ramai scammer?

Kita akan mengupas kisah-kisah malang yang mereka sendiri pernah lalui yang selari dengan isu yang hangat sekarang ini ketika musim Umrah. Dari kerugian ribuan ringgit, jemaah terkandas tanpa bantuan, hingga janji palsu perkhidmatan mewah.

Ini adalah hakikat di sebalik pengurusan kebanyakkan pakej Umrah dan Haji.Mereka juga akan kongsikan tips bagaimana nak mengenali syarikat Umrah/Haji yang 'Red Flag', langkah berjaga-jaga sebelum membuat bayaran, dan tips untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Nak tahu bagaimana penipuan ini boleh berlaku dan cara melindungi diri? Jom layan episod kali ni!

 

FBI Kena Scam Ketika buat Umrah / Ramai Orang Ingat Pak Arab Semua Baik​

🎥 "Doa Jadi Perangkap: Scam Arab di Mekah"
💡 Adakah Tanah Suci benar-benar bebas dari tipu daya?
Kisah yang membuka mata ini mendedahkan realiti di sebalik mitos "semua orang baik di Mekah."

📌 Kenapa anda wajib tonton:
✅ Inspirasi sebenar tentang pengorbanan, kesungguhan, dan transformasi hidup.
✅ Bagaimana Diploma Pengurusan Haji Umrah (DHUMY) memainkan peranan dalam melatih pemimpin masa depan industri Haji & Umrah.
✅ Langkah-langkah membina kerjaya penuh barakah dalam bidang Mutawwif/Mutawifah profesional.

 

Jemaah Kecewa Pakej Umrah Teruk Diberi Rumah Tumpangan Pekerja Bangladesh & Pakistan​

Kalangan jemaah umrah berkongsi perkara itu ketika berada di Madinah mengenai tempat penginapan 'cap ayam.

Beberapa jemaah mendakwa ditipu oleh sebuah agensi umrah selepas mendapat perkhidmatan yang mengecewakan daripada mereka​

Mereka mendakwa sudah seperti gelandangan kerana terpaksa berkongsi satu bilik yang didalamnya terdapat ada 7, 8 katil. Itu antara kekecewaan dikongsi jemaah kerana mendakwa 'ditipu' agensi umrah yang menawarkan perkhidmatan 'indah khabar dari rupa'.

Menerusi laporan Berita Harian, ada dalam kalangan jemaah mendedahkan mereka ditempatkan di kawasan rumah tumpangan yang diduduki pekerja warga asing dengan persekitaran terlampau kotor.

View attachment umrah_lagi_1738033169.webp
Image via Berita Harian

Dakwa tempat penginapan adalah rumah tumpangan diduduki pekerja Bangladesh dan Pakistan​

Mereka berkongsi perkara itu ketika berada di Madinah mengenai tempat penginapan sudah seperti 'cap ayam'.

Salah seorang daripada jemaah terbabit memberitahu beliau dan tujuh ahli keluarga lain membayar pakej lebih RM8,000 seorang, namun kecewa kerana apa yang dijanjikan tidak ditepati.

"Rombongan kami ada 39 jemaah dan terbang untuk menunaikan umrah pada 16 Januari lalu. Di Makkah, keadaan baik sahaja tetapi sampai di Madinah, kami rasa tertipu kerana tak dapat hotel sebagaimana dijanjikan.

"Kami sekeluarga terpaksa duduk bercampur lelaki dan perempuan dalam satu bilik. Lebih mengecewakan kami diberi rumah tumpangan yang diduduki pekerja Bangladesh dan Pakistan.

"Satu bilik disumbat tujuh hingga lapan orang, sudahlah keadaan sangat kotor, tandas pun di luar bilik, bau hancing pula merata-rata,
" katanya.

Mereka turut mengadu perkhidmatan lain seperti sajian makanan dan pengangkutan turut mengecewakan.

Terpaksa pindah cari penginapan lain untuk keselesaan​

Seorang lagi jemaah umrah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul memaklumkan dia telah membayar pakej umrah bersama majikan dan seorang lagi kakitangan bernilai lebih RM45,000, malangnya ia langsung tak berbaloi.

Menurutnya, dia terpaksa mencari hotel sendiri kerana tidak sanggup duduk di rumah tumpangan disediakan agensi umrah terbabit.

"Kos perbelanjaan jadi tinggi sebab kami bertiga perlu bayar sendiri kos hotel selama enam hari di Madinah sekitar lebih RM1,000.

"Kami pilih untuk bayar sendiri hotel lain kerana keadaan di rumah tumpangan terbabit sangat tak selesa, agak padat, apatah lagi saya sendiri lihat keadaan keluarga yang ada anak kecil dan ibu bapa kurang sihat yang berhimpit-himpit dalam satu bilik.

"Agensi umrah hanya hantar mesej mohon kami reda kerana musim puncak seperti ini, keadaan sukar dijangka dan boleh berlaku perpindahan hotel, tetapi mereka tak tampil pun untuk jelaskan hal sebenar.

"Lebih membuatkan kami marah kerana dapat tahu bos besar agensi umrah terbabit ada di Madinah, namun tak langsung datang untuk dengar atau selesaikan masalah kami,"
katanya.

Bas bawa jemaah tak muncul, makanan pula kadang disediakan dan tidak​

Mengulas lebih lanjut, Nurul memberitahu antara masalah lain yang timbul adalah dari segi pengangkutan.

Kemudahan bas yang dijanjikan untuk membawa jemaah ke masjid 'tidak muncul' sehingga mereka terpaksa menaiki teksi atau 'kereta sapu' untuk pulang ke hotel.

"Makan pun bermasalah, kadang ada, kadang tak ada. Jadi nak tak nak kenalah cari makan sendiri, jadi bertambah-tambah kos kami perlu tanggung.

"Sampai hari ni nak ke lapangan terbang (pulang ke Malaysia) pun naik teksi, tak ada bas disediakan,"
katanya.

Sebelum ini tular terutama di media sosial pelbagai isu membabitkan jemaah umrah yang mendakwa tertipu dengan perkhidmatan diberikan agensi umrah tertentu.

Ada jemaah berang kerana ditempatkan di hotel yang daif dan jauh berbanding yang dijanjikan, malah ada yang mengadu seperti duduk dalam hostel, berhimpit beramai-ramai dengan kemudahan disediakan hnaya katil, tanpa bilik air di dalamnya.

Bagaimanapun, menurut agensi umrah, situasi itu adalah lumrah ketika musim puncak terutama Disember hingga Januari ini berikutan permintaan hotel yang melebihi penawaran, selain ada pihak hotel yang didakwa bertindak membatalkan tempahan berikutan ada yang sanggup membayar dengan harga lebih tinggi.

 

PENGALAMAN CEMAS PENGURASAN JEMAAH UMRAH​

Dalam episod ke-33 podcast ini, kami menampilkan Hj Ramli Samat yang berkongsi pelbagai pengalaman cemas beliau dalam menguruskan jemaah umrah, khususnya ketika berdepan dengan situasi jemaah yang sakit.

Beliau menceritakan cabaran serta langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kebajikan jemaah terjaga sepanjang ibadah umrah.

Selain itu, Hj Ramli turut membincangkan isu penting berkaitan penginapan di Mekah dan Madinah, di mana terdapat situasi di musim puncak yang memaksa penukaran hotel ke lokasi yang tidak termasuk dalam pakej umrah asal.

Perbincangan ini memberi gambaran jelas tentang realiti pengurusan logistik umrah dan bagaimana pihak pengurus jemaah berusaha mengatasi cabaran tersebut demi keselesaan jemaah.



 
Pak arab kaki kenceng type m



den umrah januari 2018 ok ajo takdo pindah2 hotel pulak....

flight turun madinah dulu, kek madinah 3 hari hotel dlm 300m ke masjid nabawi
5 org sebilik

kek mekah 7 hari hotel 5 org sebilik, dlm 300m jugak ke masjidil haram

takdo pindah2 hotel plk
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register