BTC USD 88,182.2 Gold USD 3,011.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Arab Saudi gantung Visa Umrah Haji Mac 2020 PKP | Umrah dibuka semula Februari 2022 | Update Umrah Haji 2023-2025

Buat persediaan mental, fizikal dan kewangan secukupnya​

16 Disember 2024 08:40am

 Umat Islam perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan mempunyai kewangan mencukupi sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji. Gambar hiasan.

Umat Islam perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan mempunyai kewangan mencukupi sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji. Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Umat Islam perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan mempunyai kewangan mencukupi sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji.

Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, persediaan tersebut selaras dengan konsep istito’ah atau kemampuan yang ditekankan kepada jemaah haji supaya dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Perkataan istito’ah itu tidak boleh diambil mudah dengan meletakkan urusan berkenaan sebagai qada dan qadar.
“Maksudnya, hanya menunggu masa dipanggil (untuk menunaikan haji) tanpa sebarang usaha termasuk menabung wang daripada kecil,” katanya.

Mohd Izhar Ariff

Mohd Izhar Ariff

Ujar Mohd Izhar Ariff, umat Islam juga diingatkan supaya menyimpan duit dari sekarang untuk kegunaan ketika ibadah suci berkenaan.

“Kita kena letakkan tanggungjawab letak duit dalam TH untuk tujuan menyimpan bagi menunaikan ibadah haji, bukan selain daripada itu.

“Ada yang meletakkan duit di situ dengan harapan mendapat dividen tinggi. Niat asal itu sudah lari.

“Akhirnya, mereka ambil duit itu dan letak di tempat tidak sepatutnya,” ujarnya.

 
Sponsored Post

[LANGSUNG] Majlis pengumuman Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H | 16 Dec 2024​

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman hadir Majlis Pengumuman Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H di Menara TH Tun Razak

 

Kos haji antara RM15,000 hingga RM33,300​


16 Disember 2024 11:34am

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman menunjukkan Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H/2025M di Menara TH pada Isnin. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman menunjukkan Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H/2025M di Menara TH pada Isnin. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Kos bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah suci itu ditetapkan pada RM15,000.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, bayaran melibatkan kumpulan M40 dan T20 pula masing-masing adalah RM23,500 serta RM33,300.

Ujar beliau, kos haji pada tahun ini masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah muassasah.
Menurutnya, TH dapat mengekang peningkatan kos pada tahun ini menerusi pelbagai usaha termasuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak yang meningkat.

"Harga penginapan di Tanah Suci juga telah meningkat dengan mendadak akibat daripada pembangunan pesat di Makkah dan Madinah.

"Namun, TH telah berjaya mengikat perjanjian dengan pengusaha hotel untuk beberapa tahun akan datang bagi memastikan keterjaminan harga penginapan terkawal.

"Kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan dan adalah di luar kawalan TH," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Pengumuman Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H di Menara TH Tun Razak pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilapor berkata, penetapan sama ada kos bagi mengerjakan haji meningkat atau kekal akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, perkara berkenaan dalam peringkat akhir perbincangan dan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dimuktamadkan sebelum diumumkan.

Agihan surat tawaran kepada mereka yang layak juga akan dibuat selepas pengumuman berkaitan kos mengerjakan haji.

Untuk rekod, bagi tahun 2024, kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM12,356 seorang.

Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM19,152 seorang.

 

SOLUSI UMRAH EPS 28 : HAJI ITU BEKALAN AKHIRAT​

Dalam episod kali ini, Ustaz Najib Khasim membincangkan dengan mendalam kaitan antara ibadah Haji dan kehidupan akhirat, mengajak kita untuk mentaddabur ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan betapa besar bekalan yang terkandung dalam ibadah Haji untuk kehidupan selepas mati.

Beliau juga berkongsi seruan Nabi Ibrahim AS untuk setiap umat manusia agar mengerjakan Haji, sebagai satu kewajipan yang bukan sahaja memberi manfaat di dunia, tetapi menjadi bekalan yang amat penting untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

 

BUAL BICARA HAJI​

Mari bersama-sama menyaksikan program ini secara langsung dari Pusat Konvenseyen & Hotel Movenpick, Sepang bersempena dengan penganjuran Karnival Haji, Umrah & Pelancongan kali ke 3 yang akan membincangkan topik BICARA HARAMAIN bersama tetamu-tetamu undangan

 

SOLUSI UMRAH EPS 30 : BUKIT UHUD BUKAN SEKADAR TEMPAT​

Dalam episod kali ini, kami membawa anda menyelusuri kisah penuh hikmah di sebalik Jabal Uhud, tempat bersejarah yang sering diziarahi oleh jemaah umrah. Bukit Uhud bukan sekadar lokasi biasa, tetapi simbol keberanian, pengorbanan, dan pelajaran besar dalam sirah Islam.

Malangnya, ramai jemaah hanya meninjau kawasan ini tanpa benar-benar memahami erti di sebalik peristiwa besar yang berlaku di sana, terutama Perang Uhud. Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari daripada strategi perang ini? Bagaimana kisah para syuhada Uhud memberi makna kepada kehidupan kita hari ini?


 

SOLUSI UMRAH EPS 31 : ALLAH PILIH MENJADI KHADAM DUYUFURRAHMAN​

Dalam episod istimewa kali ini, kami bawakan seorang mutawwif berpengalaman, Mohd Fadilah bin Yoosuff, untuk berkongsi cerita dan inspirasi. Beliau akan membawa kita menyelami pengalamannya sebagai "khadam Duyufurrahman" (pelayan tetamu Allah) dalam membantu menguruskan jemaah Umrah.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register