BTC USD 69,708.7 Gold USD 2,421.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arab Saudi, Bahrain, UAE, Mesir putus hubungan dengan Qatar

Sponsored Post

4 negara Teluk akan heret Qatar ke ICJ

Dgv4lSHVAAAhdhC.jpg


RIYADH: Musuh serantau Qatar termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini berkata, bahawa mereka akan memfailkan aduan kepada mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan dakwaan negara Teluk itu melakukan pelanggaran ruang udara.


Pihak yang terlibat dalam krisis diplomatik serantau itu yang menyaksikan kumpulan diketuai Saudi memutuskan semua hubungan dengan Qatar tahun lepas akan mengemukakan aduan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan untuk menghantar kes ruang udara itu ke ICJ atas alasan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) tidak mampu mengendalikan pertikaian itu, kata media Saudi dan UAE.

UAE sudah memfailkan dua aduan kepada ICAO ke atas Qatar yang didakwanya melakukan pelanggaran ruang udara yang mengancam keselamatan penerbangan awam.

UAE menuduh Qatar menghantar pesawat pejuang untuk memintas pesawat dan helikopter komersial di ruang udara Bahrain.

Doha menafikan kejadian itu.

Kumpulan diketuai Saudi memutuskan semua ikatan dengan Qatar pada 5 Jun 2017 menuduh negara kecil Teluk itu menyokong keganasan dan Iran, tuduhan yang turut dinafikan Doha.

Kemelut diplomatik itu menyebabkan negara Teluk itu terasing daripada jiran-jirannya dengan satu-satunya jalan sempadan darat ditutup, syarikat penerbangan negara dihalang menggunakan ruang udara negara sekitar dan warga Qatar diusir daripada negara terlibat. – AFP


http://www.astroawani.com/berita-dunia/empat-negara-teluk-heret-qatar-ke-icj-179065
 
Qatar digesa henti sokong pengganas

image.jpg

DUTA Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Belanda, Saeed Alnowais menegaskan sokongan Qatar terhadap keganasan dan campur tangan ke atas hal ehwal negara jiran menyebabkan Abu Dhabi putuskan hubungan dengan Doha. - Agensi

THE HAGUE 28 Jun - Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggesa Qatar untuk berhenti ‘menyokong kumpulan pengganas dan individu’ selepas Doha menolak dakwaan melanggar hak asasi manusia terhadap rakyatnya.

Qatar turut menuduh UAE menanamkan ‘sifat kebencian’ terhadap rakyatnya.

Namun Duta UAE ke Belanda, Saeed Alnowais berkata, pihaknya memutuskan hubungan dengan Qatar kerana ‘sokongannya terhadap keganasan dan campur tangannya ke atas hal ehwal negara jiran serta penyebaran ucapan kebencian’.

“Kami telah meminta Qatar untuk mengambil tindakan sewajarnya berulang kali. Walaupun Qatar menyatakan komitmen untuk berbuat demikian, tetapi mereka gagal,” kata Saeed kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). - AFP


http://www.utusan.com.my/berita/lua...-sokong-pengganas-8217-1.698688#ixzz5JjiVxhFB
 
Arab Saudi rancang bina terusan sepanjang sempadan
Qatar bakal jadi pulau

saudi-qatar-map.jpg


RIYADH 1 Sept. - Pegawai Arab Saudi membayangkan bahawa pihak kerajaan telah meneruskan rancangannya untuk menggali sebuah terusan yang akan menjadikan semenanjung Qatar sebuah pulau, di tengah-tengah konflik diplomatik antara negara-negara Teluk itu.


Pelan itu akan menyaksikan semenanjung Qatar terpisah dari tanah besar Arab Saudi, menjadi tekanan terbaharu dalam pertikaian antara kedua-dua negara yang masih berlarutan sejak 14 bulan lalu.

“Saya tidak sabar menunggu butiran mengenai pelaksanaan projek pulau Salwa, projek hebat dan bersejarah yang akan mengubah geografi rantau ini,” kata Saud al-Qahtani, penasihat kanan kepada Mahkota Putera Mohammed Salman, di Twitter.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir telah memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Qatar pada bulan Jun tahun lalu selepas mendakwa negara itu menyokong keganasan dan mengadakan hubungan yang terlalu rapat dengan Iran.

Pada bulan April lalu, laman sesawang berita pro-kerajaan Sabq melaporkan, kerajaan bercadang untuk membina terusan sepanjang 60 kilometer dan lebar 200 meter lebar merentasi sempadan dengan Qatar.

Jelas laporan itu, sebahagian daripada terusan yang bakal menelan kos hingga 2.8 bilion riyal (RM3.07 bilion) itu akan dikhaskan untuk kemudahan sisa nuklear yang telah dirancang pembinaannya.

Pada Jun lalu, akhbar Makkah melaporkan, lima syarikat yang pakar dalam penggalian terusan telah dijemput untuk membida projek itu dan pemenang akan diumumkan pada bulan depan.

Pihak berkuasa Arab Saudi yang dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dan tiada reaksi segera diberikan Qatar tentang rancangan tersebut.

Sejak krisis tercetus, sempadan Qatar ditutup dan syarikat penerbangannya dihalang daripada menggunakan ruang udara negara jiran manakal penduduk Qatar diusir dari negara-negara yang menyertai boikot tersebut.

Usaha damai diketuai oleh Kuwait dan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai pangkalan udara terbesar di Qatar sehingga kini gagal menyelesaikan perselisihan tersebut. – AFP


http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/qatar-bakal-jadi-negara-pulau-1.740057
 
Qatar tarik diri dari OPEC mulai 2019

image.jpg

Menteri Tenaga Negara, Saad al-Kaabi - Reuters

DOHA - Qatar menarik diri dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sehingga Januari 2019, kata Menteri Tenaga Negara, Saad al-Kaabi, hari ini.

Menerusi laporan Reuters, keputusan itu dibuat selepas Qatar, salah satu pengeluar terkecil OPEC tetapi pengeksport gas asli cecair terbesar dunia, mengkaji cara untuk meningkatkan peranannya di peringkat antarabangsa dan merancang strategi jangka panjang, termasuk memberi tumpuan kepada industri gas.

"Qatar telah memutuskan untuk menarik balik keanggotaannya OPEC mulai Januari 2019 dan keputusan ini disampaikan kepada OPEC pagi ini," katanya pada sidang akhbar, sambil menambah Qatar akan tetap menghadiri pertemuan OPEC di Vienna minggu ini.

Pengumuman itu menjelang pertemuan OPEC dan sekutunya termasuk Rusia pada 6-7 Disember untuk membincangkan bekalan pemotongan.

Menteri itu berkata keputusan itu tidak mudah kerana Qatar telah berada di OPEC selama 57 tahun, tetapi kesan negara terhadap keputusan pengeluaran OPEC adalah kecil.

Beliau menegaskan bahawa Doha akan terus mematuhi segala komitmennya seperti pengeluar minyak non-OPEC lain.

Kata menteri itu, keputusan penarikan balik mencerminkan niat Qatar untuk menumpukan usahanya untuk membangunkan industri gas asli.

Beliau berkata keputusan itu tidak dikaitkan dengan pemboikotan politik dan ekonomi Qatar yang dikenakan sejak Jun 2017 oleh pemimpin de facto OPEC Arab Saudi dan tiga negara Arab lain.


http://www.sinarharian.com.my/global/tarik-diri-dari-opec-mulai-2019-1.911455
 
Qatar sumbang wang bayar gaji kakitangan Hamas

Dt0GvLPVAAMEhNm.jpg


GAZA CITY: Kakitangan pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza mula mendapatkan gaji masing-masing buat bulan kedua hari ini, selepas Qatar mengepam lebih banyak wang tunai ke wilayah itu dengan kebenaran Israel.


Ia berlaku di sebalik ketegangan antara Hamas dan Israel yang menyaksikan Menteri Pertahanan rejim itu, Avigdor Lieberman, meletak jwaatan selepas menuduh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berlembut dengan pergerakan pejuang itu.

Ratusan kakitangan jabatan kerajaan Hamas menunggu dalam barisan panjang di luar bank di Semenanjung Gaza sejak awal pagi, kata wartawan AFP.

Kementerian Kewangan yang dikendalikan Hamas mengumumkan dalam kenyataan kepada media tempatan bahawa wang akan diagihkan dalam masa dua hari, dengan kakitangan menerima 50 peratus daripada gaji mereka.

Seorang pekerja di Kementerian Wanita di Gaza, Doaa, 36, berkata beliau datang pada awal pagi untuk menerima gajinya.

“Gaji ini membantu kami meneruskan kehidupan dan memenuhi keperluan anak, walaupun cuma sedikit,” katanya.

Dalam operasi Qatar, keseluruhan AS$90 juta (RM375 juta) akan diagihkan dalam masa enam bulan pendahuluan sebanyak AS$15 juta (RM62 juta), menurut pihak berkuasa, sebahagian besar untuk membayar gaji pegawai yang bekerja untuk Hamas.

Pendahuluan pertama sebanyak AS$15 juta diagihkan November lalu dan yang kedua dibawa ke Gaza lewat semalam oleh Duta Qatar, Mohammed el-Emadi, kata sumber Hamas.

Wakil Qatar ke Gaza itu juga bertemu dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniya.

Suntikan tunai Qatar itu adalah sebahagian perjanjian gencatan senjata tidak rasmi antara Hamas dan Israel, yang sepatutnya membawa kepada berakhirnya bantahan ganas selama beberapa bulan di sepanjang sempadan kedua-dua wilayah sebagai pertukaran kepada pelonggaran kepungan rejim Zionis itu ke atas wilayah pesisir pantai berkenaan. — AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/12/506528/qatar-sumbang-wang-bayar-gaji-kakitangan-hamas
 
Arab Saudi sahkan sudah berdamai dengan Qatar

SAUDI-GULF-DIPLOMACY-SUMMIT_1609927802.jpg

Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan, berucap pada sidang media di kota al-Ula, tempat Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk ke-41 berlangsung. - Foto AFP

RIYADH: Arab Saudi semalam mengesahkan sudah berdamai dengan Qatar dan Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk ke-41 telah membuka fasa baharu 'solidariti' dan 'kestabilan' antara negara-negara serantau, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap pada sidang media di kota al-Ula, tempat sidang kemuncak berlangsung, Menteri Luar, Faisal bin Farhan, berkata Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir telah memulihkan hubungan diplomatik sepenuhnya dengan Qatar.

"Kebijaksanaan pemimpin Teluk mampu mengatasi semua perbezaan," katanya selepas sidang kemuncak itu.

"Ada kemahuan politik dan keyakinan baik untuk memastikan pelaksanaan perdamaian."

Sidang kemuncak itu turut dihadiri Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, menandakan kejayaan dalam penyelesaian krisis yang bermula pada Jun 2017 ketika keempat-empat negara memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Mereka menuduh Qatar menyokong keganasan dan mencampuri urusan dalaman, namun dinafikan Doha. - BERNAMA

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register