BTC USD 16,495.3 Gold USD 1,754.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arab Saudi akui Khashoggi mati dalam konsulatnya di Istanbul

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
165,074
Joined
Jan 13, 2009
Messages
165,074
Reaction score
22,607
Points
1,831
Awards
1
Saksi lihat ketuhar di bangunan konsulat Saudi dinyalakan

Seorang pekerja konsulat Arab Saudi di Istanbul memberitahu mahkamah Turki hari ini, dia diminta untuk menyalakan ketuhar kira-kira kurang dari sejam selepas wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, memasuki bangunan tempat dia dibunuh, lapor Reuters.


Zeki Demir, seorang juruteknik tempatan yang bekerja dengan konsulat tersebut berkata demikian ketika memberikan keterangan pada hari pertama perbicaraan tanpa kehadiran (in absentia) 20 pegawai Arab Saudi berhubung pembunuhan Jamal.

Pembunuhan wartawan yang krtikal terhadap Riyadh itu mengejutkan dunia dan mencemarkan imej kerajaan Arab Saudi.

Menurut Zeki, dia dipanggil ke konsul itu selepas Jamal memasuki bangunan berdekatan untuk menguruskan dokumennya.

“Terdapat lima hingga enam orang di sana… Mereka meminta saya untuk menyalakan ketuhar. Terdapat situasi panik di situ,” katanya.

Untuk rekod, Jamal dilaporkan hilang selepas pergi memasuki konsulat tersebut bagi untuk mendapatkan dokumen yang berkaitan urusan perkahwinannya pada Oktober 2018.

Kelibatnya tidak pernah dilihat sesudah itu.

Sesetengah kerajaan Barat - serta Agensi Perisikan Pusat (CIA) - percaya bahawa Putera Mahkota Arab Saudi yang sangat berpengaruh ketika ini, Mohammed Salman, terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Riyadh bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Ankara pernah berkata bahawa salah satu teori yang diutarakan pihak polis mereka ialah, jasad Jamal dilenyapkan dengan membakarnya selepas dia dibunuh dengan dilemaskan dan mayatnya dikerat-kerat.

Menurut keterangannya, Zeki juga berkata, melihat ada banyak ketulan daging dan cebisan-cebisan kecil panggangan di ketuhar berkenaan.

Katanya permukaan sekitar ketuhar itu juga berubah warna, seolah-olah ia dibersihkan dengan bahan kimia.

Menurut pendakwaan itu, Zeki ada menawarkan bantuan di pintu garaj apabila sebuah kereta bercermin gelap tiba, tetapi diberitahu untuk beredar dari taman tersebut secepat mungkin.

cfd731f736a3cbb352115777de455889.jpg
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,797
Joined
Apr 15, 2012
Messages
33,797
Reaction score
2,856
Points
266
Awards
1
giler btul, samo2 Islam pun bunuh membunuh, mcm pijak semut ajo x raso apo2

den slalu bayangkan apo perasaan semut bilo tengok atas nmpk kito nk pijak dio,

dan bayangkan kito jadi semut tu camno raso hati kito.... dh tau nak mati, raso takut sayu sedih pilu cemas terkencing terberak smuo ado:eek:
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,289
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,289
Reaction score
4,391
Points
261
Awards
1
Mungkin cara pembakaran tu mengikut hudud versi arob heheh
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,556
Points
721
Hatice Cengiz appears at Jamal Khashoggi's murder trial in Turkey


 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,061
Points
2,866
Awards
1
8 dijatuhi hukuman penjara 7 ke 20 tahun kerana membunuh Jamal Khashoggi

September 7, 2020 11:21 PM

khashoggi.jpg

Jamal Khashoggi hilang pada 2 Okt 2018 ketika melawat konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki. Pihak berkuasa Turki kemudainnya mengesahkan beliau dibunuh di dalam bangunan konsulat itu. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman ke atas 8 orang yang didakwa terlibat dalam pembunuhan wartawan pembangkang Jamal Khashoggi, lapor media hari ini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 20 tahun ke atas 5 tertuduh dalam pembunuhan itu, sementara 3 lagi dijatuhi hukuman penjara antara 7 hingga 10 tahun, menurut laporan Al Jazeera yang memetik Agensi Saudi Press.

Keputusan terakhir itu dibuat setelah anak lelaki Khashoggi berkata pada Mei bahawa mereka “mengampuni” pembunuh – bermakna pesalah tidak akan menerima hukuman mati.
Sebelum ini, 5 lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dijatuhkan hukuman mati.

Khashoggi hilang pada 2 Okt 2018 ketika melawat konsulat Saudi di Istanbul, Turki. Pihak berkuasa Turki kemudian mengesahkan beliau dibunuh di dalam konsulat itu oleh pihak Saudi.

Mayat Khashoggi yang dipercayai dikerat tidak ditemui.

Kolumnis Washington Post berusia 59 tahun itu sering mengkritik kerajaan Saudi.

Bagaimanapun, wujud tanda tanya mengenai pembabitan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dalam pembunuhan itu dengan beberapa agensi perisik Barat mendakwa beliau mengetahui mengenai insiden itu sebelum ia berlaku.


Kerajaan Arab Saudi bagaimanapun menafikan dakwaan pembabitan itu.

Pada Mac, pendakwa raya Turki mendakwa 20 warga Arab Saudi berhubung pembunuhan Khashoggi, termasuk 2 bekas pembantu kanan Putera Mohammed.

Mengikut pendakwaan, bekas timbalan ketua perisikan Arab Saudi Ahmed al-Assiri dituduh menubuhkan pasukan serangan dan merancang pembunuhan itu.

Manakala itu, Saud al-Qahtani, bekas penasihat mahkamah kerajaan dan media, dituduh menghasut dan memimpin operasi dengan memberikan perintah kepada pasukan serangan. Suspek lain adalah pegawai tentera dan perisikan Arab Saudi yang didakwa turut mengambil bahagian.


 

logammaut

Legendary Member
gem
Messages
14,588
Joined
Dec 12, 2009
Messages
14,588
Reaction score
2,839
Points
261
Awards
1
Sama mcm kes altantuya. Pembunuh kena hukuman. Perancang utama tak disiasat dan tak dikenakan apa2 tindakan. Motif pembunuhan pun tak jelas. Seolah2 bunuh suka2 tanpa motif.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,289
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,289
Reaction score
4,391
Points
261
Awards
1
Sama mcm kes altantuya. Pembunuh kena hukuman. Perancang utama tak disiasat dan tak dikenakan apa2 tindakan. Motif pembunuhan pun tak jelas. Seolah2 bunuh suka2 tanpa motif.

Kerana arwah adalah journalist yg paling kuat mengkritik Dasar politik kesultanan Saud
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,556
Points
721


Saudi Arabia overturns death sentences in Jamal Khashoggi killing
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,061
Points
2,866
Awards
1
Malaysia Gazette
17m ·
Tunang Khashoggi sifatkan keputusan mahkamah sendiwara.
#news #malaysiagazette

Tunang Khashoggi sifatkan keputusan mahkamah sendiwara

8 September 2020

khashoggi-1-1.jpg

Hatice Cengiz

ISTANBUL – Tunang Jamal Khashoggi menganggap keputusan mahkamah tidak mengenakan hukuman mati ke atas lima individu yang didakwa terlibat dengan pembunuhan wartawan itu pada 2018 sebagai satu sendiwara.
“Keputusan (mahkamah) hari ini di Arab Saudi merupakan sesuatu yang tidak masuk akal kepada keadilan.


“Komuniti antarabangsa tidak akan menerima sendiwara ini,” kata Hatice Cengiz dalam akaun Twitter.
Pada Mei lalu, anak-anak Khashoggi memaafkan pembunuh ayah mereka, yang mana tindakan tersebut menyaksikan hukuman yang lebih ringan dikenakan dalam kes yang telah mencemarkan reputasi Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Tujuh individu yang terlibat dalam pembunuhan Khashoggi dihukum penjara antara tujuh hingga 20 tahun.
Menurut laporan media, lima individu dikenakan hukuman penjara 20 tahun, seorang 10 tahun dan dua lagi tujuh tahun.

Namun, tiada seorang pun nama tertuduh didedahkan.

khashoggi-4.jpg


Perbicaraan kes itu mendapat kritikan hebat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan hak asasi manusia kerana dalang utama pembunuhan itu masih bebas.

Khashoggi, seorang pengkritik Putera Mahkota itu kali terakhir dilihat berada di konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober 2018.
Sehingga hari ini mayat Khashoggi belum ditemui.

“Pihak berkuasa Arab Saudi sedang menutup kes itu tanpa dunia mengetahui kebenaran siapa yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Jamal.
“Siapa merangcang, siapa mengarah, di mana mayat? Ini merupakan soalan-soalan paling penting yang kekal tidak dijawab,” kata Cengiz. – MalaysiaGazette


 
Sponsored Post

Top
Log in Register