AR Badul kecewa tidak dapat bahagian pusaka arwah anak

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
AL-KAFI #1280: WANG PAMPASAN ATAU HIBAH BAGI KEMATIAN BUKAN HARTA PUSAKA

Diterbitkan: 06 Jun 2019

1607217686812.png


Soalan:

Assalamualaikum wbt, Saya staf daripada Syarikat A yang menguruskan bahagian sumber manusia. Salah seorang daripada staf kami meninggal tempoh hari akibat kemalangan. Syarikat kami ada mengambil perkhidmatan takaful daripada pihak ketiga untuk membayar pampasan akibat kematian bagi setiap kami. Justeru kami ingin membayar pampasan tersebut kepada staf tersebut. Namun, staf tersebut tidak meletakkan penama dalam kontrak, melainkan menyebut ayahnya sebagai jika terjadi apa-apa. Apabila kami merujuk ayahnya, beliau tidak mahu menerima sebaliknya ingin menyerahkan keseluruhan wang pampasan tersebut kepada ibu staf kami itu. Adakah pembahagian sebegini dibenarkan dalam Hukum Syarak? Adakah ia melanggar hukum faraid atau bagaimana? Mohon penjelasan.



Jawapan:

Waalaikumussalam wrm. wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah ﷻ, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, Ahli Keluarga, Para Sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Pembalasan.

Para ulama mendefinisikan harta pusaka sebagai semua yang ditinggalkan oleh si mati daripada jenis harta, hak dan manfaat. Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/344-347). Dalam al-Fiqh al-Manhaji (5/71) pula, harta pusaka ialah setiap yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya, daripada kategori harta mudah alih seperti emas, perak, semua bentuk wang, dan pekakas-pekakas, ataupun daripada kategori harta yang tidak boleh dialih seperti tanah-tanah, bangunan-bangunan dan selainnya.

Manakala takaful ditakrifkan sebagai permuafakatan sekumpulan individu untuk saling menjamin dan membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tertentu yang dipersetujui dalam kalangan mereka seperti memberi pampasan bagi sesuatu musibah yang menimpa serta keperluan kewangan yang lain. Majlis Penasihat Syariah pada mesyuarat ke-24 bertarikh 24 April 2002 telah memutuskan bahawa model perniagaan takaful yang berasaskan tabarru` dan wakalah adalah dibenarkan. Kontrak wakalah berlaku antara peserta dengan syarikat takaful, manakala kontrak tabarru` berlaku sesame peserta sahaja. Rujuk Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam Edisi Kedua (hlm. 63) oleh Bank Negara.

Dalilnya adalah firman Allah Taala:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

Surah al-Ma’idah: 2

Mengambil kira pampasan yang dibayar itu adalah berdasarkan konsep hibah, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara juga telah memutuskan bahawa pembayaran manfaat takaful tidak akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang peserta takaful yang meninggal dunia. Rujud Ibid. (hlm. 88).

Tambahan lagi, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam Muzakarah kali ke-49 pada 19 Sempter 2000 telah membincangkan dan memutuskan isu Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian
pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan
seumpamanya tidak dianggap harta pusaka. Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia 2016 (hlm. 62)

Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, jelas kepada kita bahawa wang pampasan yang hendak diberikan oleh pihak syarikat kepada pekerja syarikatnya yang meninggal dunia bukanlah pusaka yang diwajibkan pembahagian secara faraid. Ini kerana wang pampasan berkenaan tidak termasuk dalam kategori harta pusaka yang ditinngalkan oleh si mati. Pihak syarikat berhak untuk memberikan wang pampasan tersebut mengikut cara dan kepada siapa yang difikirkan layak. Sekiranya terdapat perjanjian antara pekerja dan pihak syarikat berhubung penama atau waris yang akan menerima pampasan tersebut, maka hendaklah dihormati perjanjian tersebut dan diberikan kepada penama. Sekiranya penama atau waris itu enggan menerima dan mencadangkan nama orang lain, pihak syarikat sewajarnya mengambil kira dan menghormati cadangan tersebut dengan memberikan wang tersebut kepada nama yang dicadangkan.

Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Kita berdoa kepada Allah ﷻ agar pekerja yang meninggal dunia itu dicucuri rahmat dan diberikan maghfirah dari sisi-Nya. Amin.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
AL-KAFI #427 : ADAKAH PAMPASAN INSURANS ATAU TAKAFUL TERMASUK DALAM HARTA PUSAKA?
Butiran Diterbitkan: 04 November 2016
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 427 (4 NOVEMBER 2016 M / 4 SAFAR 1438H)

SOALAN:
Assalamualaikum, saya seorang perunding takaful. Saya ingin bertanya adakah pampasan insurans atau takaful itu termasuk dalam harta waqaf? Kedua, saya mencadangkan kepada klien saya untuk mengambil pakej hibah mengganti wasiat kerana banyak pampasan dibekukan kerana pertikaian para waris. Adakah cadangan ini menyalahi Syariat?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,
Pampasan insurans atau manfaat takaful tidak termasuk di dalam kategori harta pusaka.

Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia, pada mesyuarat ke-52 bertarikh 2 Ogos 2005 telah memutuskan bahawa konsep perlindungan berkanun seperti yang diamalkan oleh insurans konvensional boleh diterima pakai dalam industri takaful seperti yang berikut:

i. Pembayaran manfaat takaful tidak akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang peserta takaful yang meninggal dunia.
Asas pertimbangannya ialah:
“Memandangkan status manfaat takaful yang dihibah tidak akan bertukar menjadi wasiat, harta pusaka dan sebagainya bagi memenuhi matlamat skim takaful iaitu memberikan perlindungan kepada peserta atau penama (penerima hibah), manfaat takaful yang dihibah dilihat mempunyai persamaan dengan perlindungan berkanun yang diterima pakai dalam insurans konvensional. Ini bermakna, sebarang manfaat takaful yang dinamakan kepada suami/isteri, anak atau ibu bapa (sekiranya tiada suami/isteri atau anak yang hidup semasa penamaan dibuat) tidak boleh dibatalkan, diubah, diserah (surrender) dan dicagarkan tanpa mendapat keizinan penama tersebut. Di samping itu, konsep perlindungan berkanun juga boleh digunakan dalam industri takaful kerana ia memelihara kepentingan penama dalam takaful di samping tidak bercanggah dengan konsep hibah ruqba.”

Rujuk Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam (hal. 88)

Berkenaan adakah cadangan itu berlawanan dengan syariah atau tidak, maka kami cenderung menyatakan bahawa ia tidak haram, kerana masih menggunakan instrumen yang dibenarkan dalam Islam. Khususnya jika disana terdapat maslahah seperti isu akaun dibekukan dan sebagainya.

Wallahua’lam.

 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,874
Reaction score
762
Points
81
dlm insuran.. penama menamakan bini dia terbaru... dlm insuran tu ada hibah... jadi mmg janda tak layak..

p/s: HIDUP JANDA
Memang janda arwah tak layak tapi anak dia layak sebab masih anak arwah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
Saya macam dah m4ti bersama arw4h” – Ar Badul
December 5, 2020

1607218035970.png


5 Disember 2020, 8:47 am

KUALA LUMPUR: “Bukan mahu duit sangat, cuma nak tahu kedudukan dan hak sebagai bapa. Saya diketepikan, disisihkan. Macam saya sudah mati sama dengan arwah!”

Demikian luahan pelakon dan pengarah veteran, A.R Badul yang tertanya-tanya mengapa dia disisihkan walaupun bantuan kepada ibu, balu dan lima anak Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd. Zahir Armaya sudah diselesaikan.

Menurut Badul, 71, bantuan secara one off dan bulanan kepada ibu, balu dan lima anak iaitu dua anak tiri dan tiga anak kandung arwah sudah diselesaikan namun peliknya, dia tidak diberitahu atau diambil kira sebagai waris Allahyarham.

“Saya cuma nak tanya, kenapa saya diketepikan? Kalau tak layak beritahu, maklumkan. Jangan buat saya macam dah mati sama dengan arwah. Saya sebagai bapa macam tak wujud. Kalau hilang hak bagitahu.

“Saya tahu, mungkin ada silap dan kurangnya saya sebagai bapa kepada arwah. Tetapi maklumkan kalau betul saya hilang hak. Sebagai bapa, salah ke kalau saya bertanya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, tanggungjawab ATM dan Tentera Darat berhubung pembayaran ganjaran, faedah gantian cuti rehat (FGCR), pencen terbitan, pencen orang tanggungan dan ex gratia orang tanggungan (EXOT) milik Allahyarham telah diselesaikan bermula Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, semua bentuk bayaran dibayar oleh Kementerian Pertahanan secara one off dan bulanan kepada ibu, balu dan lima anak iaitu dua anak tiri dan tiga anak kandung arwah.

Dalam pada itu, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie mempersoalkan mengapa bantuan tersebut sudah diselesaikan tanpa pengetahuannya selaku bapa.

“Saya tak diberitahu. Adakah sebab saya tak jaga anak? Apakah kerana saya popular? Orang ingat saya banyak duit? Saya menghormati ATM tetapi mengapa tidak maklumkan apa-apa?

“Malah ketika penyampaian insurans berkelompok juga, saya tidak dijemput. Saya bukan perjuangkan duit saya tetapi hak anak-anak arwah. Saya sendiri tidak faham,” katanya. – UTUSAN

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
Shahrizal Rizal
Memang tidak dapat apa pun sebab pembahagian mengikut Waris allahyarham yang telah direkodkan. sebab nyer segala apa2 bayaran mengikut nama Waris & Kadim di dalam dokumen yang telah diokeransikan.
Waris Pertama Isteri dan Waris Kedua pilihan tetapi Allahyarham memilih ibu sebagai Waris kedua. Itu ibu dapat bapa xdapat. Kalau Allahyarham meletakkan Waris Kedua bapa in Shaa ALLAH dapat

 
Sponsored Post
Top
Log in Register