AR Badul Harap Artis Veteran Berkempen Di Kedah Tidak Dipersoalkan

CG Sponsors




dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Pelawak AR Badul berharap, tidak pihak mempertikaikan penglibatan 10 orang artis veteran yang akan berkempen bagi pihak Barisan Nasional (BN) di Kedah kerana usaha itu adalah tanggungjawab mereka yang ingin parti berkenaan kekal memerintah negara.

Badul berkata, artis-artis berkenaan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada BN tetapi apa yang mereka lakukan adalah kerja sukarela yang lahir pada diri masing-masing.

“Kami bukannya mahu dibalas dengan tawaran kerja pada masa akan datang tetapi ia adalah satu usaha murni daripada hati kami sendiri. Kami harap kerjaya sukarela kami ini tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Kira-kira 10 orang artis veteran termasuklah Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustafa Maarof, Norlia Ghani, Shira Iskandar, Aznah Hamid, Kismah Johar dan Hail Amir akan menyertai program Ziarah Syukur Ke Kedah bagi membantu BN berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ia akan bermula dari tarikh 23 hingga 27 April ini membabitkan daerah Kuala Nerang, Kulim, Alor Merah dan Pendang.

Beberapa aktiviti bersama penduduk kampung akan diadakan termasuklah menjayakan sembahyang hajat, forum Bicara Seni dan menziarahi beberapa rumah kebajikan dalam acara itu.

Badul berkata, dia juga menganggap penglibatan artis-artis dalam aktiviti berkenaan seperti satu 'peperangan' minda kerana mereka mungkin akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuklah kehadiran itu tidak disukai oleh pihak-pihak tertentu.

"Kami sudah bersedia dengan risiko yang bakal dilalui. Bagi kami, semua ini adalah demi negara kita sekarang.

"Insya-Allah, mudah-mudahan kehadiran kami akan diterima baik oleh penduduk kampung di sana," ujarnya.
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,425
Reaction score
566
Points
126
Beberapa aktiviti bersama penduduk kampung akan diadakan termasuklah menjayakan sembahyang hajat
Terbaik ni. Panggil artis veteran buat solat hajat ?
 

layanjelah

Active Member
Joined
May 24, 2009
Messages
1,270
Reaction score
119
Points
33
lepas soalat hajat buat lawak ****. yg pelakon tu balik belakon sambil buka aurat.
 

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,704
Reaction score
480
Points
81
PRU tahun ni, artis d jadikan modal..sama je belah mana2..hehe
 

ahchan

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2010
Messages
2,744
Reaction score
2
Points
25
bia la artis nk sokong mane pn
xyah pertikaikn la
tu hak masing2

kite x boleh kondem artis nk msk pas
kite x boleh kondem artis nk msk bn
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
65
biarlah dorang nak pergi berkempen camana pun, xda masalah...kita kan negara demokrasi...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register