BTC USD 36,484.1 Gold USD 1,798.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Sedang Melihat Untuk Perkenal Khidmat Langganan Podcast Berbayar

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,976
Reaction score
4,085
Points
236
Apple kini dilaporkan sedang melihat untuk memperkenalkan perkhidmatan langganan podcast berbayar – sekaligus mencabar perkhidmatan lain, termasuk Spotify. Pada hari ini, penggunaan aplikasi podcast pada iPhone dan peranti Apple lain adalah antara yang tertinggi di pasaran. Melalui penawaran perkhidmatan langganan baharu ini, ia akan mengenakan bayaran untuk pengguna mendengar sesuatu podcast.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan lebih menguntungkan penerbit podcast – yang boleh menjana pendapatan tambahan untuk podcast yang diterbitkan mereka, sementara pengguna membayar untuk mendengarnya.

Pada hari ini, terdapat sejumlah penyedia perkhidmatan – termasuk Spotify dan Amazon yang telah membeli penerbit podcast. Langkah mereka adalah lebih kepada menawarkan kandungan eksklusif pada platform mereka – dan lebih menguntungkan kerana masa mendengar podcast adalah lebih lama, dan perbezaan bayaran royalti berbanding untuk lagu.

Apa pun, langkah Apple ini mungkin memberikan impak yang tinggi kepada pasaran. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkan penawaran ini. Tidak mustahil juga kelak kita lihat ia diintegrasikan bersama berkas Apple One.

Screenshot-3690.jpg

Sumber asal https://www.theinformation.com/arti...ing-subscription-service-in-threat-to-spotify
 
Sponsored Post

majorminor123

Freshie
Joined
Oct 7, 2011
Messages
16
Reaction score
0
Points
3
Apple nak makan duit org je tahu, bodoh punya alasan tak nak include earpods dgn charge sbb kengkonon nk "save the environment". ingat org bodoh ke, kita tahu la lu orang mau untung saja harhahhar semua gimik bodoh
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,976
Reaction score
4,085
Points
236
Apple Akan Mula Bayaran Langganan Untuk Podcast Pada 15 Jun Ini

Tidak lama dahulu, kami ada melaporkan bahawa Apple akan memulakan bayaran langganan untuk podcast pada bulan Mei, tetapi keputusan tersebut nampaknya telah ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Kini, The Verge telah melaporkan bahawa mereka akan memulakan pelan langganan untuk podcast ini pada 15 Jun kelak secara global setelah mereka menyelesaikan pelbagai isu latar belakang berkaitan sistem langganan untuk podcast tersebut.

Sebelum ini, apabila Apple mula memperkenalkan sistem langganan tersebut, nampaknya ramai pencipta podcast telah menghantar maklumbalas keluhan tentang bagaimana muat-naik podcast mereka ditunda, analisa pengguna yang kurang tepat dan sebagainya.

Apple dilihat memperkenalkan perkhidmatan langganan podcast ini khususnya untuk menandingi Spotify, dimana pendengar-pendengar tegar melanggani rangkaian-rangkaian podcast tertentu untuk mendapatkan kandungan lebih awal daripada orang lain dan mendengar podcast-podcast ini tanpa gangguan iklan dan sebagainya.

Sumber asal https://www.theverge.com/2021/6/9/22526186/apple-podcasts-in-app-subscription-launch
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register