BTC USD 27,713.9 Gold USD 1,977.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple jual iPhone di Iran

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
iphone-apple.jpg


Apple dalam peringkat awal berunding untuk menjual iPhone di Iran, sekiranya sekatan ke atas negara itu dikurangkan, menurut laporan Wall Street Journal.

Tanpa memetik nama sumber, akhbar itu berkata, Apple telah memulakan perbincangan dengan beberapa pengedar untuk membukan rangkaian pejabat jualan di Iran.

Setakat ini Apple tidak mempunyai sebarang kedai jualan atau rakan kerjasama di Iran tetapi produk itu masih boleh dibeli melalui penjual tidak rasmi, tambah akhbar itu.

Bagaimanapun, Apple enggan mengulas ketika perkara itu ditanya oleh agensi berita AFP.

Menurut Wall Street Journal, Apple kemungkinan mempunyai rakan jualan produk Apple di kaunter premium jualan semula tanpa membuka kedai jenama Apple.

Model perniagaan ini digunakan di negara-negara lain seperti Eropah dan Asia.

Jika Apple memasuki pasaran Iran, ini bermakna syarikat itu akan menyertai syarikat-syarikat Amerika yang lain selepas firma-firma dari negara tersebut dilarang memasuki Iran sejak tahun 1979 selepas kuasa besar itu melaksanakan sekatan.

Bulan lalu, Boeing juga telah memulakan jualan alat ganti pesawat kepada Iran Air.

April lalu, kerajaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan lesen membenarkan Boeing dalam jangka waktu terhad menyediakan alat ganti kepada Iran atas sebab keselamatan.

Bagaimanapun, Boeing masih tidak dibenarkan menjual pesawat baru kepada Iran. - MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register