BTC USD 19,276.3 Gold USD 1,665.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Apple iPhone 14 Bakal Hadir Dengan Rekaan Serba Baru

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
iPhone 14 Di Jual Di China Tidak Sokong Ciri SOS Kecemasan Menggunakan Satelit

Antara ciri menari yang diumumkan awal pagi tadi pada siri iPhone 14 dan iPhone 14 Pro ialah sokongan penghantaran mesej SOS kecemasan menggunakan satelit. Dengan ciri ini pengguna iPhone 14 boleh menghantar mesej pesanan ringkas kecemasan bagi mendapatkan bantuan kecemasan apabila tiada sokongan rangkaian selular atau WiFi.

iPhone-SOS-0-950x534.jpeg.webp


Untuk merealisasikan ciri ini, Apple bekerjasama dengan Globalstar dengan pengguna turut boleh memastikan diri mereka boleh dikesan menggunakan ciri Find My apabila sesat. Pada waktu ini ciri ini akan diterima oleh pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada bermula November kelak dengan ia ditawarkan percuma selama dua tahun.

Namun begitu Apple mengesahkan peranti yang dibeli dari China Hong Kong, dan Makau tidak akan menyokong ciri SOS kecemasan ini. Ini besar kemungkinan perkhidmatan ini akan menggunakan sistem satelit berbeza. Huawei Mate 50 yang dilancarkan minggu ini turut mempunyai ciri yang sama tetapi menggunakan satelit Beidou 3.​
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Apple iPhone 14 Pro Hadir Dengan Rekaan Lubang “Pil” Yang Interaktif Pada Skrin

Apple
hari ini memperkenalkan iPhone 14 Pro yang hadir dengan perubahan pada rekaan skrin. Berbanding penggunaan takuk pada model iPhone 14 biasa, model “Pro” pula hadir dengan rekaan lubang “pil” padanya. Apa yang membezakan ia berbanding penawaran pengeluar lain adalah Apple menjadikan rekaan ini agak interakfi.

iPhone-Pil-03-950x534.jpeg.webp
iPhone-Pil-02-950x534.jpeg.webp

Rekaan lubang “pil” ini boleh berubah dan menyesuaikan paparan mengikut notifikasi dan interaksi pengguna pada iPhone 14. Ia boleh memanjang untuk memaparkan informasi tambahan, atau mengecil – dimana ia dijayakan dengan menggunakan animasi berwarna hitam disekllilingnya.

iPhone-Mengecas-950x534.jpeg.webp


Buat masa ini, hanya iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max hadir dengan rekaan ini. Tetapi dengan fokus yang diberikan pada rekaan dan interaksinya, tidak mustahil ia diperluaskan kepada siri-siri akan datang.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Cip A15, Skrin Masih Bertakuk, Perisian Kamera Baharu Dan Harga Sehingga RM6,199

Apple telah melancarkan empat model iPhone baharu seperti yang diramalkan sebelum ini. Walaupun ada empat, tetapi satu model telah dimatikan. Kita lihat terlebih dahulu dua iPhone yang lebih rendah, iaitu iPhone 14 dan 14 Plus. Sekali imbas nampak serupa, tetapi apa pula Apple tawarkan kali ini?

Apple-iPhone-14-Skrin-01-950x534.jpg.webp


Pertama sekali adalah pada skrin, iPhone 14 menggunakan skrin OLED sebesar 6.1″ sementara iPhone 14 Plus pula dengan saiz 6.7″ yang menyokong Super Retina XDR. Seperti sebelum ini, Apple meneruskan rekaan segi empat mereka. Depan dan belakang rata, siri juga rata, keseluruhan masih sama, malah sokongan ProMotion juga tidak disertakan. Walau bagaimanapun Apple kini menawarkan lima pilihan warna.

Apple-Far-Out-iPhone-14-Warna-950x534.jpeg.webp


Skrin terus menggunakan rekaan takuk, dengan sistem Face ID masih boleh digunakan untuk menyahkunci peranti. Kedua-dua iPhone juga masih menjalankan cip yang sama tahun lepas iaitu dijana cip Apple A15 Bionic. Cuma kelebihan pada iPhone baharu ini, GPU yang digunakan adalah lima kali ganda lebih pantas.

Apple-Far-Out-iPhone-14-Cip-01-950x534.jpeg.webp


Konfigurasi dwi-kamera di belakang juga masih sama iaitu dua sensor 12-megapixel. Sokongan Sensor-Shift dikekalkan, yang baru adalah Photonic Engine untuk gambar waktu malam, mod malam serta kamera swafoto lebih berkualiti dengan pasca-proses dua kali lebih laju. Kamera swafoto juga sama 12 – Megapixel. Beberapa mod rakaman video baharu turut disediakan seperti mod penstabilan tambahan.

Apple-iPhone-14-Spesifikasi-01-950x535.jpg.webp


iPhone 14 dan iPhone 14 Plus turut menyokong ciri panggilan kecemasan terus melalui satelit. Sementara model di Amerika Syarikat hanya akan fokus kepada model sokongan eSIM sepenuhnya. Untuk keselamatan, seperti Apple Watch Series 8 dan Apple Watch Ultra, iPhone 14 turut boleh memaklumkan pihak kecemasan jika ada kemalangan kenderaan berlaku.

Harga jualan di Malaysia adalah seperti berikut;

iPhone 14​
  • 128GB – RM4,199.​
  • 256GB – RM4,699.​
  • 512GB – RM5,699.​
iPhone 14 Plus​
  • 128GB – RM4,699.​
  • 256GB – RM5,199.​
  • 512GB – RM6,199.​
Pra-tempahan untuk iPhone 14 adalah pada 23 September adalah 7 Oktober pula jualan model bagi Plus pula.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Apple Buang Slot SIM Fizikal Pada iPhone 14 - Bermula Dari Model Di Amerika Syarikat

Apple hari ini mengambil langkah seterusnya dalam membunuh slot SIM fizikal, dan mula memfokuskan kepada penawaran eSIM sepenuhnya. Buat masa ini, perubahan ini hanya terhad kepada siri iPhone 14 yang dijual di Amerika Syarikat sahaja. Sementara model yang dijual dinegara-negara lain, ia masih kekal hadir dengan slot SIM fizikal.

Apple-iPhone-SIM-950x692.jpeg.webp


Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan semuanya diuruskan secara digital, disamping membuang slot serta keperluan menyertakan pin khusus bersama kotak pembelian. Mungkin kita akan melihat ia diperluaskan ke negara-negara lain dalam tahun-tahun akan datang berdasarkan kepada penggunaan telekomunikasi disesuatu negara.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Pandang Pertama Apple iPhone 14 Pro Max - Adakah Masih Elok Apabila Lubang Menggantikan Takuk?

Ramalan mengenai penggunaan kamera bawah skrin pada iPhone 14 Pro Max tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pada kedua-dua model iPhone 14 Pro tahun ini, takuk besar yang wujud sejak iPhone X telah digantikan dengan Dynamic Island yang mengintegrasikan lubang besar di bahagian skrin dengan pelbagai sistem notifikasi peranti.

Apple-iPone-14-Pro-DEVICE-B-950x535.jpg.webp


Tetapi adakah pengenalan Dynamic Island, pemproses yang lebih berkuasa dan kamera utama dengan sensor lebih besar akan dapat menjadikan iPhone 14 Pro Max peranti perlu dibeli untuk tahun 2022? Ini adalah pandang pertama Amanz untuk iPhone 14 Pro Max.

Spesifikasi

Apple iPhone 14 Pro Max
Skrin
6.7″ Super Retina XDR OLED, 1284 x 2778 pixel, (458 PPI), Dolby Vision, 120Hz
Pemproses
Apple A16 Bionic (4nm)
Cip
2 X 3.43 GHz Firestorm
4 X ? GHz Icestorm
Cip Grafik
GPU 5 Teras
RAM
6GB LPDDR5
Muatan Dalaman
128/256/512/1000 GB NVMe
Kamera Utama
48+12+12 Megapixel f/1.8+f/2.2+f/2.2, Zum Optikal 3X, Sensor Shift, 3D ToF
Kamera Swafoto
12 Megapixel f/1.9, AF
Bateri
4323 mAh
Pengecasan berwayar 20W
Pengecasan MagSafe 15W
Pengecasan nirwayar 7.5W
SIM/Telefoni
Nano/5G
NFC
Ya
Bicu Audio
Tiada
Kalis Air
IP68
Sistem Imbasan
Pengimbas wajah Face ID
Harga Jualan
RM 5799 (128GB)
RM 6299 (256GB)
RM 7299 (512GB)
RM 8299 (1TB)

Skrin

Skrin masih lagi 6.7″ Super Retina XDR OLED dengan kadar segar semula 120Hz dengan keterangan skrin mencecah 2000 nits. Tiada lagi takuk yang digunakan sejak iPhone X. Sebaliknya ia digantikan dengan sebuah lubang besar berbentuk bujur yang diberi nama Dynamic Island. Penggunaan lubang kamera yang besar ini tidak dapat dielakkan kerana Apple masih belum bersedia untuk menggunakan sistem kamera bawah skrin sepenuhnya.

Oleh itu lubang Dynamic Island mengingatkan kami kepada lubang yang digunakan pada Huawei Mate P40 Pro dan Galaxy S10+. Kehadiran lubang hitam yang besar ini memang mengganggu penggunaan beberapa aplikasi tertentu seperti YouTube, Netflix dan Call of Duty Mobile. iOS 16 juga masih belum memberikan ciri untuk menyorokkan lubang kamera seperti yang wujud sejak Android 10 lagi.

Apple-iPone-14-Pro-DEVICE-C-950x535.jpg.webp


Masih terlalu awal untuk kami katakan kewujudan Dynamic Island ini dengan mudah dapat dilupakan dengan pantas seperti pengguna iPhone model sebelum ini dapat membutakan mata kepada kewujudan takuk.

Tidak boleh dinafikan bahawa skrin iPhone 14 Pro Max memang cantik, tajam, terang, pantas dan memaparkan warna yang cukup hidup. Di bawah mentari panas, kandungan masih boleh dilihat dengan terang. Bezel juga sekata membuatkan skrin mempunyai keseimbangan simetri.

Apple-iPone-14-Pro-DEVICE-950x535.jpg.webp


Sokongan kandungan Dolby Vision pada perkhidmatan Apple TV+, Netflix dan Disney+ Hotstar turut diberikan sejak hari pertama lagi. Warna kelihatan lebih sinematik jika ingin dibandingkan dengan HDR10+ pada Galaxy S22 Ultra. Tatalan terasa lancar kerana skrin LTPO menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dan tatalan dikesan dengan jitu. Tiada isu animasi kelihatan tersekat-sekat.

iPhone-14-13-950x475.png.webp

Rekaan

Rekaan sisi rata yang diperkenalkan pada iPhone 12 dikekalkan pada model tahun ini. Sisi logam tahan karat yang rata dipadankan dengan panel belakang yang tidak berkilat. Tiada isu panel belakang kotor dengan mudah walaupun tanpa penggunaan kerangka. Tahun ini rekaan rata dan berkotak menjadi trend hangat semua pengeluar. Maka Apple mengekalkan rekaan yang sama untuk tahun ketiga kami rasakan bukanlah perkara negatif.

Butang kuasa terletak di sisi kanan dengan butang laras audio serta membisukan peranti diletakkan pada sisi kiri. Kedudukan kesemua butang-butang serta suis tidak berubah serta masih lagi teguh. Kami boleh menggunakan semula kerangka 13 Pro Max pada 14 Pro Max cuma bahagian bonggol kamera sahaja yang sedikit ketat. Bagi yang ingin melakukan penjimatan atau lebih mesra alam tiada isu besar untuk mengitar semula kerangka tahun lalu.

iPhone-14-11-950x475.png.webp


Perubahan saiz bonggol dan lensa adalah sekitar 10% lebih besar. Memang dapat dirasakan bahagian atas peranti lebih berat berbanding pada bahagian bawah membuatkan ia terasa kurang seimbang. Bagi seorang pengguna 13 Pro Max, perubahan berat dan keseimbangan ini tidak begitu ketara. Pengguna iPhone XS, 11 dan 12 mengatakan peranti terasa sikit janggal digunakan kerana ketidakseimbangan ini.

Secara keseluruhan peranti masih selesa di dalam tangan dengan ia terasa serta kelihatan sangat premium. Apple mengatakan perbezaan berat antara 13 Pro Max dan 14 Pro Max adalah hanyalah 2 gram (238g vs 240g) tetapi dalam tangan ia terasa seperti lebih signifikan. Walaupun Apple mengatakan binaan kaca pada 14 Pro Max adalah tahan lasak, kami masih menyarankan pengguna peranti ini di Malaysia untuk membeli kerangka bagi mengelakkan sebarang kerosakan.

iPhone-14-5-950x475.png.webp


Di bahagian bawah terdapat port pengecasan Lightning dan kekisi audio untuk sistem audio stereo. Sebuah lagi speaker diletakkan pada bahagian atas skrin. Kerana konfigurasi ini, audio dari bawah jelas lebih lantang berbanding audio dari speaker atas.

Penggunaan port pengecasan Lightning ini mungkin adalah di tahun terakhir kerana bermula tahun hadapan penggunaan USB-C mula diwajibkan di Eropah. Ini adalah perlu kerana USB-C akan menyeragamkan kabel pengecas yang sudah disokong MacBook dan iPad tetapi turut menyokong kadar pemindahan data yang lebih pantas. Pada peranti yang menyokong rakaman video Apple ProRes yang saiznya amat besar, pemindahan data menggunakan kabel adalah satu pengalaman yang menjerihkan.

iPhone-14-20.png.webp

Penggunaan Dan Perisian

Sistem operasi iOS 16 tidak memberikan perubahan yang besar pada antaramuka utama peranti. Penambahbaikan yang paling kerap dipromosikan oleh Apple tahun ini ialah sokongan Always on Display dan kustomasi skrin kunci yang mirip pada sebuah peranti Android.

Sebagai seorang pengguna Android pada awalnya kami seperti ingin ketawa dengan “pengAndroidan” iPhone sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi selepas menggunakan iOS16 ini sejak ia di tahap Beta, kami boleh katakan dengan ikhlas bahawa implementasi skrin kuncu iPhone adalah lebih menarik, dinamik, estetik dan lebih penting sekali mudah digunakan berbanding di Android.

Appel-Iphone-14-Pro-Max-UICC.jpg.webp


Pilihan reka huruf, warna, susunan widget dan imej latar belakang misalnya adalah lebih mudah digunakan. Mengubah skrin kunci juga pantas semudah menekan skrin selama beberapa saat dan kemudian memilih skrin kunci yang pernah digunakan sebelum ini. Kami gunakan ciri ini untuk situasi berbeza. Skrin kunci A untuk di pejabat memaparkan peringatan untuk mesyuarat dan tarikh akhir artikel perlu ditulis. Selepas waktu pejabat skrin kunci B pula kami gunakan tanpa peringatan untuk kerja digantikan dengan widget bateri, cuaca dan penjejakan kesihatan.

Sistem Always on Display kami rasakan tidak begitu mengujakan kerana ia sekadar menggelapkan sedikit paparan skrin. Kami tidak menggunakannya pada peranti Android dan tidak merasakan akan menggunakannya pada 14 Pro Max juga atas sebab ingin memanjangkan hayat bateri.

Apple-Dynamic-Island.jpg.webp


Mari bercakap tentang sistem Dynamic Island yang pada awalnya kami risau akan menjadi sekadar gimik. Tetapi selain “menghilangkan” kewujudan lubang kamera yang besar pada skrin ia sebenarnya amat berguna. Proses menukar lagu yang sedang dimainkan pada Spotify dan Apple Music lebih pantas kerana hanya ikon pada Dynamic Island perlu disentuh. Saiz Dynamic Island menjadi besar dengan butang kawalan pemain. Selepas itu jika ruang di luar Dynamic Island disentuh ia mengecut semula.

Ciri ini juga disokong pada aplikasi lain seperti ketika melakukan telefon, menggunakan aplikasi merekod audio dan banyak lagi. Jika beberapa tahun yang lalu takuk kamera iPhone ditiru oleh pengeluar Android, kami tidak akan terkejut jika Dynamic Island akan turut ditiru dalam masa terdekat kerana ia bukan sekadar gimik yang tidak berguna.

Appel-Iphone-14-Pro-Max-UI_02.jpg.webp


Dalam penggunaan selama sehari peranti tidak mempunyai sebarang masalah dan sama sahaja penggunaannya seperti dengan sebuah iPhone 13 Pro Max dengan iOS 16. Hanya ciri Always on Display dan Dynamic Island membezakan penggunaan pada kedua-dua peranti mercu ini.

Penanda Aras

Dengan cip Apple A16 Bionic dan 6GB RAM, 14 Pro Max ialah iPhone paling berkuasa pernah dihasilkan berdasarkan ujian penanda aras GeekBench 5, Antutu 3D dan Wild Life Extreme yang telah kami lakukan.

Bagi menunjukkan peningkatan prestasi, kami sertakan juga markah yang dicatatkan oleh iPhone 13 Pro Max (A15 Bionic), ASUS ROG Phone 6 (Snapragon 8+ Gen 1) dan Samsung Galaxy Z Fold4 (Snapdragon 8+ Gen 1). Dari segi kemampuan CPU, cip siri A oleh Apple terus mendominasi dengan ia jauh meninggalkan Snapdragon 8+ Gen 1 jauh di belakang. Hanya dalam ujian Antutu 3D ketuanan Qualcomm masih dapat dilihat tetapi jurang markah semakin mengecil.

Geekbench 5
  • Apple iPhone 14 Pro Max – 1875/5469
  • Apple iPhone 13 Pro Max – 1727/4713
  • Samsung Galaxy Z Fold4 – 1298/3963
  • ASUS ROG Phone 6 – 1312/4191
Antutu 3D
  • Apple iPhone 14 Pro Max – 974,941
  • Apple iPhone 13 Pro Max – 789,647
  • Samsung Galaxy Z Fold4 – 980,346
  • ASUS ROG Phone 6 – 1,099,5132
Wild Life Extreme
  • Apple iPhhone 14 Pro Max – 3373
  • Apple iPhone 13 Pro Max – 2937
  • Samsung Galaxy Z Fold4 – 2798
  • ASUS ROG Phone 6 – 2786
Apple-Iphone-14-Pro-max-Bench-950x682.jpg.webp

Kamera

Kemera dilengkapi lensa yang lebih besar kerana buat pertama kali sejak lebih 2015 sensor untuk lensa sudut lebar ditukar. Kamera utama menggabungkan sensor 48MP+12MP+12MP dan sensor 3D ToF. Sistem telefoto tahun ini menyokong zum optikal sehingga 3X dan digital pula sehingga 15X. Walaupun sensor 48M digunakan, gambar yang ditangkap masih lagi 12MP kerana empat pixel digabungkan menjadi satu untuk menghasilkan imej yang lebih tajam menerusi teknik Quadbinning.

iPhone-14-4-950x475.png.webp


Sistem OIS Sensor Shift digunakan pada lensa sudut lebar dan telefoto. Perubahan juga dilakukan di kamera swafoto yang kini hadir dengan sistem autofokus buat pertama kali. Dengan kamera hadapan kini semakin kerap digunakan untuk TikTok dan Instagram Live, sokongan autofokus akan menghasilkan imej yang lebih tajam untuk kandungan yang dihasilkan. Berikut adalah sampel gambar-gambar yang sempat kami ambil setakat ini.

Apple-iPone-14-Pro-Max-PIC-B.jpg.webp
Apple-iPone-14-Pro-Max-PIC-C.jpg.webp
Apple-iPone-14-Pro-Max-PIC-D.jpg.webp
Apple-iPone-14-Pro-Max-PIC-F-950x713.jpg.webp
Apple-iPone-14-Pro-Max-PIC-E-950x713.jpg.webp

Kesimpulan

Apple iPhone 14 Pro Max membawakan pembaharuan dalam bentuk skrin yang tidak lagi bertakuk, sistem Dynamic Island, sensor kamera utama yang lebih besar, kamera depan dengan autofokus dan sokongan Always on Display juga buat pertama kali. Tubuh masih lagi mengekalkan rekaan yang sama seperti tahun lalu. Bonggol kamera juga turut membesar dengan saiz sensor kini 48MP bukan lagi 12MP.

iPhone-14-18-950x475.png.webp


Berdasarkan pengalaman awal, kami merasakan 14 Pro Max akan menarik minat pengguna siri iPhone 12 dan ke bawah yang tidak mengemaskini peranti tahun lalu. Penambahbaikan yang diberikan adalah cukup menarik walaupun harus diakui tidak terlalu ketara.

Bagi pemilik iPhone 13 Pro Max pula, 14 Pro Max tidak memberikan peningkatan prestasi yang amat tinggi. Malahan 13 Pro Max masih lagi lebih berkuasa berbanding 99% peranti lain di pasaran. Ini membuatkan penaiktarafan 14 Pro Max mungkin tidak begitu berbaloi pada waktu ini.

Masih terlalu awal untuk kami memberikan keputusan akhir sama ada iPhone 14 Pro Max benar-benar berbaloi kerana pasaran peranti mercu pada tahun 2022 adalah amat sengit. Tidak dibantu oleh harga iPhone 14 tahun ini yang semakin meningkat disebabkan nilai Ringgit yang menjunam. Nantikan ulasan penuh dalam masa terdekat.

Pro
  • Rekaan kemas, premium, dan sedap di dalam tangan.
  • Pemproses A16 Bionic paling berkuasa untuk telefon pintar 2022
  • Skrin 120Hz sangat lancar dengan perisian semakin matang.
  • Kamera utama 48MP dengan kamera swafoto dilengkapi AF.
  • Dynamic Island adalah amat menarik dan tidak terasa seakan gimik.
Kontra
  • Masih lagi menggunakan Lightning dengan USB 2.0.
  • Pengecasan juga masih 20W sahaja.
  • Peningkatan harga mendadak.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Segelintir Pengguna iPhone 14 Tidak Boleh Menggunakan AirDrop

Siri iPhone 14 sudah pun dilancarkan dengan jualan sudah bermula sejak minggu lepas. Baru sahaja beberapa minggu ia jatuh ke tangan pemilik, sudah banyak masalah dilaporkan seperti baru-baru ini peranti mengalami masalah kamera bergetar ketika menggunakan aplikasi kamera pihak ketiga.

Apple dikatakan akan menyelesaikan masalah ini dengan kemaskini bermula minggu hadapan. Terkini, MacRumors melaporkan yang ramai pengguna iPhone 14 mempunyai masalah AirDrop. Pengguna dilihat tidak boleh menghantar fail jika tetapan AirDrop ditetapkan kepada Contacts Only. Penerima fail akan melihat mesej Waiting… dan tidak menerima sebarang pengesahan untuk menerima fail yang ingin dihantar.

AirDrop dilihat hanya boleh digunakan jika ditetapkan kepada Everyone sahaja. Isu ini dilihat berlaku hanya kepada pengguna iPhone 14 dan bukan masalah pada iOS 16. Sumber turut menyatakan Apple sudah sedari akan masalah ini dan menjanjikan kemaskini akan diedarkan untuk membaiki masalah ini di masa akan datang.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Ciri Haptik Papan Kekunci iPhone Akan Memberi Kesan Terhadap Ketahanan Bateri

Sistem operasi Android sudah lama menyokong penggunaan aplikasi papan kekunci pihak ketiga. Sokongan ini hanya tiba ke iPhone bermula dengan iOS 8, itu pun masih terhad dan tidak menyokong banyak ciri dan fungsi seperti peranti Android.

Kemudian dengan iOS 16, Apple akhirnya mengemaskini papan kekunci mereka untuk menyokong kesan getaran haptik apabila setiap kekunci ditaip. Ciri ini juga sudah sedia lama disokong pada peranti Android dan aplikasi papan kekunci Gboard untuk iOS pun turut sudah menyokong tindak balas haptik ini.

iPhone-iOS-16-Haptik-Papan-Kekunci-01-950x534.webp


Dengan iOS 16 yang sudah stabil dan tiba kepada semua iPhone yang layak, Apple hadir dengan laman web khas mengenai cara mengaktifkan kesan haptik ini. Di laman ini, Apple memberi amaran yang jika haptik diaktifkan bateri iPhone akan cepat habis.

Sejak saya menggunakan iOS 16 beta, saya tidak lagi menggunakan Gboard pada iPhone. Tetapi dalam penggunaan saya, saya tidak perasan kadar penurunan bateri ketika mengaktifkan haptik papan kekunci iPhone kerana ketahanan bateri iPhone 13 Pro saya masih lebih kurang sama dengan iOS 15 sebelum ini.

iPhone anda pula bagaimana?​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Pemilik iPhone 14 Pro Melaporkan Isu Kamera Bergetar Apabila Digunakan

Apple iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max baru sahaja diterima pengguna yang melakukan pra-tempahan di beberapa pasaran terpilih minggu lalu. Sebagai peranti paling mercu, pastinya pemilik ingin mempunyai pengalaman penggunaan yang terbaik. Tetapi di media sosial dan Reddit, terdapat sebilang kecil pemilik peranti ini melaporkan isu kamera yang bergetar menyebabkan gambar dan video yang stabil tidak boleh diambil.

Kamera peranti turut mengeluarkan bunyi getaran yang agak ketara. Ini petunjuk awal bahawa isu berkaitan dengan sistem penstabilan imej optikal (OIS) yang digunakan pada siri iPhone 14 Pro. Berita baik di sini ialah isu hanya dilaporkan berlaku apabila kamera diakses menggunakan aplikasi pihak ketiga dan bukan isu apabila aplikasi kamera iOS digunakan.

Antara aplikasi yang terjejas ialah Snapchat dan TikTok. Maka kemungkinan isu ini diselesaikan sekiranya aplikasi dikemaskini adalah tinggi. Pihak Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu kamera bergetar pada waktu ini.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Kenapa Jangan Beli iPhone 14 ?

Apple dah mula menjual siri iPhone 14 di Malaysia. Kini ada empat ahli yang berbeza dari siri iPhone 13 sebab tiada lagi versi mini, tetapi diganti dengan model Plus. Empat ahli dalam siri terbaru kini adalah iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Tamai berpendapat hentikan dulu hasrat anda jika ada niat nak beli iPhone 14 yang baru ini. Ia sangat tidak berbaloi kerana banyak sebab yang tidak munasabah padanya. Malah, ada cadangan yang jauh lebih baik jika anda masih mahu memiliki iPhone.

Secara ringkas, naik taraf iPhone 14 berbanding iPhone 13 sangat kecil, tidak ketara tetapi kenaikan harganya melampau tinggi. Malah, model lama iPhone 13 Pro adalah pilihan yang jauh lebih baik. Kemaskini iOS pun pastinya tidak ada beza dengan iPhone 14 nanti.​

1664382714431.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register