News Apple & Google Sertai Inisiatif Dalam Membangunkan Teknologi 6G

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Seperti semua sedia maklum, kita baru sahaja memulakan fasa pengenalan rangkaian 5G, tetapi perkara ini tidak menghentikan pelbagai pihak dalam membangunkan teknologi rangkaian seterusnya. ATIS (Alliance for Telecommunications Industry Solutions) kini telah mengumumkan sejumlah syarikat dan organisasi yang menyertai inisiatif Next G Alliance.

Melaluinya, ia memfokuskan dalam membangunkan teknologi mudah-alih di Amerika Utara untuk menerajui arena 6G dan seterusnya pada dekad akan datang.

Antara yang menyertai inisiatif adalah termasuk Apple, Google, HP, Intel dan Cisco. Inisiatif ini akan berusaha untuk membangunkan rangkaian generasi seterusnya, disamping pada masa yang sama membuat kajian, menetapkan piawaian dan juga kesediaan untuk pasaran.

Selain ahli baru ini, badan berkenaan turut sedia mempunyai rakan seperti Samsung, Nokia, Qualcomm, Facebook dan Microsoft sebagai ahli pengasas.

Screenshot-3155.jpg


Sumber asal https://www.atis.org/press-releases...urse-to-advance-north-american-6g-leadership/
 
Top
Log in Register