(News) Apple Di Lapor Sedang Menguji iPhone Dengan Skrin Boleh Lipat

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Sejak tahun 2016 lagi Apple sudah dilaporkan sedang bersedia untuk peranti dengan skrin boleh lipat. Ada laporan yang menyatakan Apple sedang bekerjasama dengan LG, Samsung juga ada tawarkan teknologi skrin mereka dan Apple turut mermpunyai paten teknologi mereka sendiri untuk tujuan perlindungan. Paten iPhone dengan skrin boleh lipat ini telah didaftarkan sejak 2017 dan pada tahun 2018, Apple dilaporkan akan hadir dengan peranti dalam masa beberapa tahun lagi.

Konsep yang pernah diperlihatkan sebelum ini kelihatan menarik dengan rekaan seakan iPhone 5. iPhone 12 sudah pun dilancarkan dengan rekaan berkotak, adakah konsep ini akan menjadi realiti. Cuma menjadi persoalan, adakah ia akan mengikut rekaan Surface Duo yang juga sedikit berkotak atau seakan Samsung yang skrinnya adalah besar dan berterusan. Baru-baru ini, ada laporan dari China mendakwa Apple sedang menguji iPhone dengan skrin boleh lipat di kilang Taiwan. Laporan ini menyatakan, Apple sedang menguji untuk memilih panel OLED ataupun mini-LED.

Hon Hai dan Shin Nikko dilaporkan akan menjadi antara pembekal untuk produk ini. Apple turut dikatakan akan menghentikan iPad Mini sejurus produk ini dilancarkan. Ini bermakna, iPhone dengan skrin boleh lipat berkemungkinan akan menjadi pengganti iPad Mini yang lebih premium.

Apple-iPhone-Boleh-Lipat-Imej-Pengolokan-003-950x660.jpg


Sumber asal https://udn.com/news/story/7240/5017757
 
Last edited:
Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,810
Reaction score
2,307
Points
151
huhu....kembali ke zaman telefon lipat... :D
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Dua Rekaan Peranti Skrin Boleh-Lipat Apple Di Lapor Melepasi Ujian Awal

Samsung adalah pengeluar telefon boleh-lipat terbesar di dunia sepanjang 2020. Dominasi mereka akan diteruskan dengan ura-ura mengatakan tahun ini mereka akan melancarkan peranti skrin boleh-lipat yang lebih mampu milik. Apple pula masih menantikan waktu yang tepat untuk melakukan perkara yang sama tetapi kini dilaporkan telah memulakan ujian awal.

Dua kerangka prototaip dipercayai telah melepasi ujian ketahanan peringkat awal di kilang Foxconn yang terletak di Shenzen. Adalah dipercayai rekaan seakan Z Flip dan Z Fold telah diuji. Sekiranya kesemuanya berjalan lancar, Apple diramalkan akan melancarkan peranti skrin boleh-lipat mereka pada tahun 2022.

Sejak 2017 lagi Apple telah mempatenkan beberapa rekaan peranti skrin boleh-lipat serta mekanisme melindunginya dari kerosakan. Seperti kebiasaannya, Apple gemar menanti beberapa tahun selepas ciri baharu diperkenalkan di Android sebelum mengeluarkan versi mereka tersendiri.



Sumber asal https://money.udn.com/money/story/5612/5135227
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Apple Sedang Membangunkan Prototaip iPhone Skrin Boleh-Lipat

Pada hari ini, arena telefon boleh-lipat sedia diterajui oleh Samsung dengan penawaran siri Galaxy Z Fold dan juga Galaxy Z Flip. Untuk tahun ini, sejumlah pengeluar baru dijangka akan memperkenalkan alternatif tersendiri, termasuk Xiaomi, dan juga Oppo.

Bercakap mengenainya, Apple kini dilaporkan sedang memulakan kajian dan membangunkan prototaip iPhone dengan skrin boleh-lipat secara dalaman. Buat masa ini, ia diperkatakan masih pada peringkat awal pembangunan, dan fokus diberikan terhadap skrin paparan sahaja. Pembangunan peranti penuh mungkin mengambil masa beberapa tahun lain.

Memandangkan ia masih pada peringkat prototaip, tidak mustahil juga perancangan ini berubah – apatah lagi dengan penggunaan peranti dengan skrin boleh-gulung dilihat lebih menarik berbanding penggunaan skrin boleh-lipat. Menurut laporan Bloomberg, Apple ingin membangunkan telefon dengan skrin boleh-lipat yang mempunyai bahagian engsel yang tersembunyi dan tidak kelihatan seperti pada beberapa peranti lain hari ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan pembangunan Apple dalam arena skrin boleh-lipat ini.

Screenshot-3713.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register