BTC USD 97,113.1 Gold USD 2,934.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Berdepan Tindakan Undang-undang Kerana Didakwa Mengintip Pekerja

Md Hanif

Fun Poster
Messages
848
Joined
Jun 13, 2023
Messages
848
Reaction score
64
Points
25
8aec3f6d15716f73a1e352d31696e37b6745ad382c110

Logo Apple Inc. dirakam di pintu masuk kedai Apple di 5th Avenue, Manhattan, New York, AS pada 16 Oktober 2019. Kredit foto: REUTERS

ANKARA, 3 Dis (Bernama-AA) -- Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple, menghadapi tindakan undang-undang kerana didakwa mengintip pekerjanya melalui peranti yang dikawal syarikat seperti iPhone, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pekerja yang menggunakan peranti Apple perlu menghubungkan akaun iCloud mereka kepada syarikat, yang Apple didakwa mengumpul pelbagai data daripada pekerja yang tidak bertugas, seperti lokasi, dakwa Amar Bhakta yang bekerja di bahagian pengiklanan digital Apple sejak 2020, dalam satu saman yang difailkan pada Ahad.

Dalam tuntutannya, Bhakta menyatakan bahawa peranti peribadi pekerja, termasuk iPhone, dipasang dengan perisian dalaman milik syarikat semasa berada di premis Apple, di mana peranti itu "tertakluk kepada pemeriksaan oleh Apple."

Apple didakwa melanggar undang-undang California dengan mewajibkan pekerjanya bersetuju dengan dasar yang membolehkan syarikat "melakukan pemeriksaan fizikal, video, dan pengawasan elektronik" terhadap pekerjanya, kata Bhakta.

“Bagi pekerja Apple, ekosistem Apple bukan taman berpagar, tetapi kawasan penjara. Ia ibarat ‘panoptikon’ di mana pekerja, sama ada semasa bertugas atau di luar waktu kerja, terdedah kepada pengawasan Apple," lapor laman teknologi AS The Verge pada Isnin, memetik dokumen mahkamah.

Bhakta turut mendakwa Apple menyekat kebebasan bersuara pekerjanya dengan melarang mereka membincangkan keadaan kerja, gaji, serta aktiviti politik mereka.

“Kami dengan tegas tidak bersetuju dengan dakwaan ini dan percaya ia tidak berasas,” kata jurucakap Apple, Josh Rosenstock, dalam kenyataan kepada The Verge.

 
Back
Top
Log in Register