Apple Akan Hadir Dengan Aplikasi Baru Untuk Windows

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,825
Reaction score
3,430
Points
236
Apple dilihat masih mengambil perhatian kepada pengguna Windows. Sehingga hari ini, perisian iTunes masih ditawarkan melalui muat turun dari laman web dan juga muat turun dari Microsoft Store. Tetapi, sehingga hari ini itu sahajalah aplikasi dari Microsoft Store untuk pengguna Windows. Perisian iCloud masih ditawarkan dengan antaramuka yang tidak mesra pengguna dan boleh dimuat turun dari laman web mereka.

Terkini, Apple dilihat mungkin akan hadir dengan aplikasi baru di Microsoft Store. Tidak pasti apa lagi. Memandangkan pengguna macOS sudah mempunyai aplikasi Apple Music tersendiri, mungkin Windows adalah giliran seterusnya. Tidak hairan juga jika Apple akan memperkenalkan aplikasi Apple TV untuk pengguna Windows nikmati platform penstriman Apple TV+ atau membeli/menyewa filem/siri TV di platform ini.

Jika benar ia adalah Apple TV+, ini bermakna Apple bersedia meluaskan lagi pasaran platform penstriman ini agar boleh bersaing dengan Prime Video dan Netflix. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

 
Top
Log in Register