BTC USD 27,669.1 Gold USD 1,976.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Tanjung Sedili Gagalkan Cubaan Seludup 49k Karton Rokok Putih Bernilai RM4.4m

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,450
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,450
Reaction score
27,569
Points
2,836
Awards
2
JOHOR BAHARU, 27 Okt - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili menggagalkan cubaan menyeludup 49,000 karton rokok putih bernilai RM4.4 juta termasuk cukai selepas memeriksa sebuah kapal di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, Ahad.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata pemeriksaan pada kapal 'AWE MARIN 9' itu dilakukan empat anggota APMM yang melakukan rondaan rutin di kedudukan kira-kira 0.9 batu nautika tenggara Tanjung Ayam, pada pukul 1.30 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia itu membawa 980 kotak rokok iaitu bersamaan 49,000 karton rokok putih berjenama 'JM WHITE' tanpa sebarang dokumen yang sah," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Amran berkata kapal tanpa nombor Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) itu juga didapati gagal melaporkan ketibaan di perairan negara ini.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya turut menahan seramai tujuh anak kapal terbabit yang kesemuanya rakyat Indonesia berumur antara 28 hingga 54 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu cubaan menyeludup rokok masuk ke Malaysia dan Seksyen 449 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu tidak melaporkan ketibaan di perairan Malaysia serta mana-mana kesalahan yang berkaitan.
 
Sponsored Post

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,324
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
Maritim Tanjung Sedili tahan 2 kapal

image.jpeg

DUA kapal tangki yang ditahan Maritim Malaysia Zon Tanjung Sedili di 4.6 kilometer barat daya Tanjung Setapa, Pengerang, Kota Tinggi awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE/IHSAN MARITIM MALAYSIA









JOHOR BAHRU 13 Sept. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tanjung Sedili, Kota Tinggi menahan dua buah kapal tangki kerana gagal mengemukakan pengistiharan kastam dan dokumen berkaitan pembayaran cukai semasa menjalankan aktiviti pemindahan minyak antara kapal ke kapal, awal pagi ini.

Pengarahnya, Kapten (M) Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kira-kira pukul 12.15 awal pagi tadi kedua-dua kapal tangki yang berdaftar di negara ini termasuk salah sebuah daripadanya kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) itu ditahan kira-kira 4.6 kilometer barat daya Tanjung Setapa, Pengerang, Kota Tinggi.

“Seksyen Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili telah menerima maklumat awam berkaitan aktiviti pemindahan minyak secara STS disyaki dengan niat untuk mengelak daripada membayar cukai di perairan di dalam batas Pelabuhan Pasir Gudang.

“Bertindak atas maklumat tersebut, bot peronda Maritim Malaysia telah memeriksa dan seterusnya menahan dua buah kapal tangki yang berdaftar di negara ini. Ketika ditahan, kedu-dua kapal mempunyai tujuh dan 34 anak kapal,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE










sumber: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/maritim-tanjung-sedili-tahan-2-kapal-1.746775#ixzz5Qwu6m6CC








.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register