BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Di Jangka Terima Bekas Kapal AS Tahun Depan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,101
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,101
Reaction score
6,772
Points
916
Awards
1
03.08.2024 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijangka menerima kapal Ex-United States Coast Guard Cutter (Ex-USCGC) Steadfast selepas proses persediaan di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) selesai dan dibawa pulang ke Malaysia pada suku tahun pertama 2025. Pemangku Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, penyerahan kapal berkenaan bakal menjadi aset penting bagi memperkukuhkan keselamatan Zon Maritim Malaysia khususnya di Laut China Selatan.

"Pertambahan aset itu secara tidak langsung dapat memperluaskan lagi operasi dengan lebih berkesan dan efektif," katanya pada Sabtu.

Saiful Lizan berkata, kapal berukuran panjang 64.16 meter (m) itu mempunyai kelebaran 10 m serta berat 1,100 tan dan boleh mengisi kapasiti 12 pegawai serta 63 anggota lain-lain pangkat dalam satu masa dengan kelajuan mencecah hingga 18 knot. Beliau pada masa sama memberi penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas persetujuan kedua-dua pihak antara kerajaan Malaysia dan AS melalui Surat Setuju Terima (LOA) untuk penyerahan kapal itu. Dalam pada itu, beliau berkata, proses pengeluaran tander kapal induk APMM dengan peruntukan sebanyak RM330 juta dijangka dimuktamadkan sebelum penghujung 2024 ini. Katanya, spesifikasi kapal tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada hujung Ogos, manakala sebelum dan menjelang suku pertama tahun depan akan mula dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik.

"Bagi menjadikan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) sebagai pusat kecemerlangan antarabangsa, pihak kami melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan fasiliti berkenaan bermula tahun lepas dengan nilai peruntukan keseluruhan RM1.3 juta. Sejumlah RM11 juta juga sudah diperuntukkan kepada AMSAS di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi menaik taraf lapang sasar terbuka yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026," katanya.
1722698986295.png
 
Sponsored Post

Legend holds STEADFAST was named “El Tiburon Blanco” (Spanish for “The White Shark”) by Caribbean drug smugglers in the 1970’s for being such a nemesis to their illegal drug operations. To this day, the crew uses the symbol of “El Tiburon Blanco” as one of their logos to epitomize STEADFAST’s assertive law enforcement posture.
 
commisioned tahun 1968...dah 56 taun usia kapal ni...serius la malaysia..

cari la kapal baru sikit..
nak cekau duit goverment punya pasal. kapal usia lebih 50 tahun pun bedal. asal poket penuh. dah mcm level north korea dah, pakai aset 50 tahun kebelakang.

bila propose beli aset baru, kos lagi mahal. beli aset yg dah lanjut usia lagi mahal maintenancenya. nanti time maintenance, tersadai di ship yard. order part kapal bukan sehari dua sampai. kadang2 part kecil pun dah sebiji harga axia.
 
nak cekau duit goverment punya pasal. kapal usia lebih 50 tahun pun bedal. asal poket penuh. dah mcm level north korea dah, pakai aset 50 tahun kebelakang.

bila propose beli aset baru, kos lagi mahal. beli aset yg dah lanjut usia lagi mahal maintenancenya. nanti time maintenance, tersadai di ship yard. order part kapal bukan sehari dua sampai. kadang2 part kecil pun dah sebiji harga axia.
nampak sgt bang...sakit nak maintain part xde..teknologi zaman dinosaur..haha..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register