BTC USD 36,764.9 Gold USD 1,799.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aplikasi Pelayar Ini Di Ddakwa Jejak Data Penggunan Walau Dalam Mod Privasi

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,976
Reaction score
4,085
Points
236
Aplikasi pelayar sesawang UC Browser sekali lagi berdepan kontroversi apabila aplikasi itu didakwa menjejak data penggunanya walaupun sedang digunakan dalam mod privasi "incognito". Seperti semua sedia maklum, apabila melayari dalam mod incognito, sepatutnya semua laman sesawang atau perkataan carian yang dibuat dalam mod tersebut tidak akan direkodkan.

Tetapi menurut seorang penyelidik keselamatan bernama Gabi Cirlig, beliau mendapati perkara sebaliknya berlaku pada pelayar UC Browser. Baca juga: Sekali lagi Pengguna Aplikasi UC Browser Di Peranti Android Terdedah Kepada Serangan MiTM. Beliau mendapati, data yang dijejaki itu dikesan dihantar kepada pelayan Alibaba. Beliau menyatakan bahawa perkara seumpama ini dilihat sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa mempedulikan privasi penggunanya.

Isu penjejakan aplikasi ini berlaku pada pengguna peranti Android dan juga iOS. Aplikasi UC Browser dimiliki oleh gergasi stor e-dagang China iaitu Alibaba Group dan dibangunkan oleh UCWeb. Ia juga merupakan salah satu pelayar paling popular di dunia dengan dianggarkan lebih daripada 500 juta aplikasi itu dipasang dalam peranti Android sahaja.

1622705964490.png

Sumber asal https://www.forbes.com/sites/thomas...one-users-private-web-habits/?sh=7ac0bc5461f2
 

CG Sponsors




Top
Log in Register