BTC USD 60,054.2 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Aplikasi Hasad Di Temukan Pada Jutaan Telefon Android & Android TV

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Telefon pintar ialah komputer yang kini dimiliki berbilion penduduk di muka bumi. Tetapi tidak semua mampu membeli peranti dari pengeluar yang lebih ternama dengan sistem keselamatan yang terbaik. Di acara Black Hat yang berlangsung di Singpura, penyelidik mengeluarkan laporan jutaan telefon pintar Android an Android TV dikesan mempunyai aplikasi hasad terpasang. Menurut laporan Trend Micro, sehingga 8.9 juta telefon pintar yang dikeluarkan oleh 50 pengeluar yang kurang ternama mempunyai aplikasi hasad Guerrilla terpasang dalam 15 aplikasi berbeza. Guerilla membuka pintu belakang pada peranti yang membolehkan data peribadi pengguna dicuri.

Ia kemudian dijual oleh kumpulan penggodam Lemon Group untuk tujuan pengiklanan. Aplikasi pengiklanan kemudiannya dipasang pada telefon yang mengakibatkan bater peranti habis dengan pantas. Peranti dengan perisian hasad ini dijual di A.S, Mexico, Indonesia, Thailand, dan Rusia. Seterusnya dalam laporan oleh TechCrunch pula, aplikasi hasad ditemukan pada Android Box yang dijual kepada orang ramai. Aplikasi ini beroperasi di latar belakang dan menekan iklan secara automatik tanpa ia dikesan untuk menjana pendapatan haram. Android Box yang dikesan mempunyai perisian hasad ini ialah AllWinner T95Max, RockChip X12 Plus, dan RockChip X88 Pro 10.

Ini adalah sebab mengapa penjualan Android TV yang tidak bertauliah diharamkan di Malaysia. Isu seperti ini berlaku kerana ada kumpulan tertentu yang licik menjana pendapatan dengan menjadikan pengguna mangsa mereka.​

1684774313978.png
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register