Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 68,970
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 68,970
- Reaction score
- 7,499
- Points
- 916
- Awards
- 1
Aplikasi Google NotebookLM kini boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS setelah sekian lama hanya boleh diakses menggunakan pelayar web. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh melakukan ringkasan nota menggunakan NotebookLM yang kemudiannya turut boleh diubah menjadi podsiar bagi memudahkan ulang kaji dilakukan menggunakan audio.
Nota dalam bentuk audio ini kemudiannya boleh dimuat turun untuk didengari di luar talian. Dalam mod podsiar pula, pendengar boleh mencelah dan menanyakan soalan mengenai topik dibualkan seperti sedang mendengar kuliah secara langsung. Soalan turut diberikan dalam bentuk teks dan NotebookLM akan memberikan jawapan lengkap dengan anotasi di mana ia boleh dibaca dalam nota yang diproses. Menerusi aplikasi NotebookLM, melakukan ulang kaji kini tidak lagi dalam bentuk teks dan akhirnya boleh dibawa kemana-mana sahaja asalkan anda mempunyai telefon pintar. Aplikasi Google NotebookLM disokong pada peranti dengan sekurang-kurangnya Android 10 dan iOS 17. Muat turun menerusi pautan di bawah.
Muat turun Google NotebookLM menerusi Play Store

Muat turun Google NotebookLM menerusi App Store