BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Aplikasi “Files By Google” Kini Menyokong Carian Pintar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Dengan kebanyakan produk yang telah mula mengintegrasikan sistem kecerdasan buatan, ia sekaligus menjadikan penggunaan sesuatu produk dan aplikasi lebih produktif dan memudahkan tugasan. Terbaru, Google telah mengemaskini aplikasi Files by Google iaitu pengurus fail pintar mereka (versi awal Nearby Share) dengan sokongan carian pintar Smart Search. Dengan ciri ini, Files boleh mengimbas keseluruhan storan dalaman peranti pengguna untuk mencari dokumen penting. Ciri ini cukup pintar kerana boleh mengasingkan kad pengenalan, dokumen seperti tiket kapal terbang, dokumen berkaitan perubatan, dan banyak lagi sokongan carian lain.

Ciri ini boleh diakses melalui tab baharu yang diberi nama Important di bar bawah. Menurut Android Police, ciri ini juga akan membenarkan Files membaca kandungan setiap dokumen atau gambar bagi mengenalpasti jenis dokumen tetapi tidak menyokong pencarian kandungan dalam dokumen-dokumen tadi. Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna Android. Buat masa ini Files by Google pada peranti Android kami masih tidak mempunyai ciri ini. Anda boleh semak kemaskini aplikasi ini di Play Store dan mencuba ciri ini sendiri.
1696326907293.png

Sumber asal https://www.androidpolice.com/files-by-google-smart-search-rollout/
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register