BTC USD 28,573.7 Gold USD 1,968.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah kita ibubapa yang tegas?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PAGI Ahad lalu saya mengunjungi kedai runcit berhampiran dengan rumah. Sambil membelek-belek akhbar sebuah tangisan seorang anak kecil menarik perhatian saya.

Apabila menoleh, saya nampak seorang kanak-kanak perempuan menangis. Tangannya cuba menggapai sebungkus cokelat yang telah dirampas ibunya.

Saya mengagak yang si kanak-kanak itu mahukan cokelat tetapi tidak dibenarkan oleh si ibu. Ternyata kanak-kanak itu tidak berputus asa. Dia terus merebahkan dirinya ke simen lalu meraung. Dengan wajah penuh simpati, si ibu hulurkan cokelat itu kembali kepada anaknya. Suasana hingar seketika tadi terus menjadi tenang.

Baharu seketika ke bahagian dalam kedai untuk mencari sebungkus kopi, kedengaran suara seorang lelaki berkata dengan suara yang lantang, ‘Amin… no ice cream!’ Saya terpandang seorang lelaki berbadan tegap yang berwajah garang.

Lalu tersenyum sendiri bila menekur dan nampak pula seorang kanak-kanak lelaki yang mengangguk perlahan dengan mata yang sayu kerana dilarang mendapatkan aiskrim. Pasti Amin seorang anak yang patuh dan si ayah seorang bapa yang garang.

Tatkala beratur untuk membayar, si bapa dan Amin berada di belakang saya. Tiba-tiba kedengaran si ayah berkata, ‘Amin nak aiskrim?’ Walaupun tanpa menoleh, saya dapat mengagak bahawa si ayah akan membelikan Amin aiskrim. Terfikir pula, mengapa si ayah melarang anaknya membeli aiskrim tetapi kemudian dia juga yang menawarkan kepada anaknya.

Insiden-insiden ibubapa berdepan dengan ulah anak-anak boleh dikatakan kerap kita lihat di sekeliling kita. Selalunya ia akan berakhir dengan si ibu atau si bapa mengikut kehendak si anak. Agaknya begitulah ibubapa sekarang. Ia berbeza tatkala saya kanak-kanak dahulu. Jika ayah saya kata, ‘jangan,’ dan ‘tak boleh’ ia bermakna jangan dan tidak boleh. Noktah.

Seolah-olah tiada kompromi. Seolah-olah tiada ruang untuk saya sebagai anak untuk dapat apa yang saya hendak. Merengeklah, menangislah, meraunglah sekuat hati. Jika putih kata ayah, maka putihlah yang kita sebagai anak terpaksa terima. Sebaliknya, jika hitam kata emak, maka hitamlah yang kita peroleh.

Ketegasan. Ia adalah kata-kata yang tidak ragu-ragu atau tidak samar-samar, jelas dapat didengar maksudnya, dapat dilihat dengan terang dan nyata serta disampaikan secara pendek dan padat.

Malangnya kini ia tidak menjadi pilihan kita dalam melaksana, menguatkuasa atau memutuskan sesuatu ketetapan dan peraturan. Malah, ketegasan tidak menjadi pilihan utama kita sebagai ibubapa.

Mengapa? Jika kita renung kembali mengapa ibubapa dahulu lebih tegas, ia mungkin berkait rapat dengan suasana tidak menentu, mencabar dan darurat yang mereka alami. Mereka yang hidup di zaman sebelum merdeka, di zaman penjajah, di zaman darurat dan di zaman konfrantasi yang memaksa mereka berdepan dengan cabaran getir termasuk nyawa.

Oleh kerana itu, mereka perlu tegas dalam segala tindakan. Mental mereka lebih awas akan bahaya-bahaya yang mengancam nyawa dan masa depan yang tidak menentu. Mereka akan bertindak tegas dalam mempastikan apa yang mereka perkata dan atur itu dituruti.

Disiplin pemikiran kemudiannya menjadi paradigma tindakan mereka. Anak-anak mereka didisiplin dengan tegas. Kita tentu ingat akan pesanan standard si ayah kepada guru sewaktu mereka menghantar anak pada hari pertama persekolahan.

‘Cikgu ajarlah anak saya. Jika dia salah, pukul dia asalkan jangan patah, pekak atau buta.’ Bayangkan. Kata-kata si ayah itu disampaikan kepada guru di hadapan anaknya. Dan, anaknya faham bahawa jika disiplin dilanggar, tindakan tetap akan diambil tanpa kasihan.

Dahulu, rotan adalah alat bantu mendidik. Bontot berbelang dibelasah rotan atau muka berbelak terkena penampar adalah kebiasaan bagi si anak yang nakal. Malah, sekiranya anak itu kembali ke rumah dengan kesan pukulan, si ayah akan tambah lagi hukuman kerana tahu jika anaknya baik, tentu dia tidak dibelasah begitu.

Agaknya, oleh kerana kita serik dan sakit dihukum sebegitu ketika zaman anak-anak, kita tidak mahu apa yang kita alami itu dilalui oleh anak-anak kita pula. Maka, kita berlembut dan menurut apa yang anak mahu hinggakan anak-anak pula yang memerintah kita.

Jika beginilah keadaannya, barangkali pada esok hari kita yang akan menanggung segala kepayahan akibat anak-anak. Seharusnya, biarlah pada hari ini anak-anak menangis kerana kita, asalkan esok bukan kita yang menangis kerana anak-anak.




sumber
 
Sponsored Post

azarulez

Super Active Member
gem
Messages
8,365
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,365
Reaction score
1,155
Points
151
saya xtau la kategori tegas atau x..tapi kalau anak saya minta sesuatu yg x berfaedah contohnya gula2, memang saya x bagi..tapi saya akan explain elok2 n cari alternatif lain utk dia pilih dan beli. nak didik dia dalam hidup ni kena ada kompromi n back up plan..

bukan cara menengking n buat muka ketat..kompem budak akan menangis mintak juga barang yg dia nak tu. budak2 kecil kena didik psikologi mereka ke arah positif..kalau asyik menengking, emosi negatif akan menebal dlm diri mereka. bila besar, mereka diam bukan tanda hormat pada kita, tapi takut..diam hormat n diam takut 2 perkara berbeza. pilihan di tangan kita..nak anak kita hormat pada kita atau nak kita bermegah kalau anak kita takut pada kita..
 

Dakjaat

Active Member
Messages
2,119
Joined
Oct 25, 2010
Messages
2,119
Reaction score
374
Points
41
pasal nampak anak kecil menangis nak mintak coklat boleh dijadikan artikel terus? hebat ini orang.. kalau pasal makanan, tiada masalah. anak nak makan, belikan je la.. lainlah kalau anak nak mintak beli mainan itu ini .. atau benda2 yg tak sepatutnya.. mmg tak la beli. Ini makanan, dia nak makan, biarlah dia nak makan. dia kenyang juga nanti. bila dia kenyang, dia senyap, kita pun lega dia tak merenggek2 lapar. LOL
 

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
anak2 adalah seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi majusi, nasrani, kristian mahupun islam. Ibubapalah yg bertggungjawab memandu kehidupan anak2 sewaktu masih kecil. Sewaktu dewasa masing2 mempunyai haluan dan pengaruh luar rumah esp negatif. Sebaiknya jadikan anak sebagai kawan bila mereka dewasa.ibu bapa juga perlu ada ilmu utk mendidik anak2 di zaman infomasi ini.
 

damaiG

Active+ Member
Messages
3,146
Joined
Jul 14, 2011
Messages
3,146
Reaction score
69
Points
40
bagus article penulis ni. dlm masyarakat banyak cara tersendiri mak bapak nk didik anak, jgn hanya denga sekali mak ata ayah tengking anak nk terus buat cerita mak ayah tersebut terlalu berkasar dgn anak.

den sndiri keras dgn anak, perlu dimarah den marah perlu di babab den babab tp tak sampai melampau. cara2 mak ayah dulu2 didik den rasa cara terbaik. berkeras bukan maksud cara x sesuai.

dengan jeling je dh tau benda tu x boleh dibeli berlainan dgn anak sekarang ramai yg manjakan anak melampau nk itu beli nk ini beli. klu anak den nk mainan yg serupa yang dh ada kat rumah mmg den x kasi beli klu nk juga bia den yg decide mainan apa yg sesuai dgn dia.

bab makanan pn sama bia den yg pilih. harap anak2 den jadi anak soleh dan solehah kelak
 

kalsum

Fun Poster
Messages
649
Joined
May 11, 2014
Messages
649
Reaction score
5
Points
15
aku pon tak tahu esok lusa aku jadi mak yang mcmane

aku cuma harap kuat semangat nak didik anak, tegas dan anak hormat, bukan takut, kalau boleh nak jadi org yang paling dipercayai anak, masa depan tu lagi mencabar

p/s: klu fikirkan cara ayah aku didik aku dulu, pukul 6 mesti dah ade kat rumah, mesti dah siap mandi, tunggu masa nak makan pukul 7, solat jemaah, klu nak sesuatu, hari ni minta, 5 tahun lagi pon belum tentu dapat, tapi akan dapat sesuatu yang lebih diperlukan dari yang aku nak tu, bab belajar, ayah akan tunggu aku siapkan kerja sekolah walaupun sampai pukul 2 pagi tak tido lagi, sama gak masa aku masuk U, tp ayah aku tak tekankan mesti dapat No. 1, mesti dpt pointer mcm tu mcm ni, sikit pon tak pernah, asalkan lulus, markah cantik, cukup, dah besar ni, dah nak ade anak sendiri, bile duduk fikir balik, sebab itu semua la boleh jadi org, aku sendiri ntah mcmane la nak didik anak esok,
 
Sponsored Post

Top
Log in Register