Apabila si Jahil berbicara tentang tauhid...

CG Sponsors




serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
Berbicara tentang tauhid kepada Allah s.w.t. mestilah berpijak di atas nas bukan di atas dasar sentimen dan emosi seseorang. Tauhid ialah satu cabang yang penting dari ilmu aqidah di mana ianya membahaskan tentang keesaan Allah s.w.t. Perkataan tauhid berasal dari perkataan arab yang bermaksud menjadikan sesuatu itu satu. Maka tauhid bermaksud menjadikan Allah itu satu, atau mengesakan Allah s.w.t. Lawan kepada perkataan ini ialah syirik yang bermaksud menjadikan sesuatu yang lain sebagai sekutu bagi Allah.

Jika dibaca dan diteliti keseluruhan ayat-ayat al-Quran yang membicarakan tentang tauhid maka kita akan dapati bahawa pengesaan kepada Allah s.w.t. hendaklah berlaku dalam tiga perkara berikut:

Pertama: Mengesakan Allah di dalam ‘Afa’lullah’ iaitu perbuatan Allah, di mana Allah sebagai pencipta, pentadbir dan pemberi rezeki. Maka pengesaan ini bermaksud hanya Allah sahajalah yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki. Inilah yang dinamakan Tauhid Rububiyyah.

Kedua: Mengesakan Allah di dalam ‘Afa’lul Ibad’ iaitu perbuatan seorang hamba. Perbuatan seorang hamba bererti ibadahnya kepada Allah s.w.t. Pengesaan ini bermaksud hanya Allah sahajalah tempat yang selayaknya untuk diibadahi dan disembah. Tauhid ini disebut sebagai Uluhiyyah.

Ketiga: Mengesakan Allah di dalam nama-nama dan sifat-sifatNya yang disebut Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat.

Tiada sesiapapun yang boleh menyangkal hakikat tiga bahagian ini. Sesiapa yang berbuat demikian, jelaslah bahawa dia seorang yang jahil tentang al-Quran dan sunnah atau pengikut hawa nafsu semata. Kita berasa hairan ada orang sehingga yang bergelar “DR” PhD dalam bidang agama pun mempersoalkan dalil terhadap 3 bahagian ini. Tidakkah anda membaca Al-Quran? Atau jika and baca mungkin anda tidak memahaminya sehinggakan anda boleh berkata tiada dalil terhadap 3 jenis tauhid ini?

Mereka yang jahil dan pengikut hawa nafsu ini keliru dan menyangka bahawasanya orang yang pertama yang melakukan pembahagian tauhid ini kepada 3 bahagian ialah Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h. yang meninggal pada tahun 728 H. Lalu mereka menuduh syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h. telah melakukan suatu bid’ah dalam agama Islam. Kesemua dakwaan ini tidak lain hanya menzahirkan kejahilan diri mereka sendiri yang sememangnya jahil.

Tetapi sebenarnya Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah hanya menelusuri dan meneruskan kesinambungan jalan para ulamak sebelumnya yang hidup pada kurun yang awal di dalam membahagikan tauhid ini kepada 3 bahagian. Maka pembahagian ini hanya bertujuan memudahkan masyarakat awam mempelajari dan memahami aqidah tauhid mereka yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah.

Syeikh Abdul Razaq bin Abdul Muhsin al-Badr di dalam kitabnya “Al-Qaulu al-Sadid fi al-Raddi ‘ala man Ankara Taqsimi al-Tauhid” menyatakan, mereka yang mengingkari pembahagian tauhid ini dan mendakwa ianya baru muncul pada kurun ke lapan hijrah dan direka oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menunjukkan bahawa ceteknya ilmu dan kurangnya pengetahuan mereka terhadap kitab-kitab para ulamak yang terdahulu. Antara contoh ulamak yang awal yang mengisyaratkan pembahagian tauhid kepada 3 ini seperti yang dikemukakan oleh Syeikh Abdul Razaq al-Badr ialah:

Pertama: Al-Imam Abu Abdillah Ubaidillah bin Muhammad bin Batthah al-‘Akbari yang meninggal pada tahun 387 H. Beliau menyatakan di dalam kitabnya “Al-Ibanah ‘An Syari’ati al-Firqati al-Najiyah wa Mujanabati al-Firaqi al-mazmumah”



Asas keimanan kepada Allah yang wajib dii’tiqadkan atau diimani oleh seorang hamba Allah ialah menetapkan 3 perkara.



 Pertama: Hendaklah seorang hamba itu beraqidah dengan rabbaniyyah Allah (iaitu beriman bahawa Allah itu pencipta, pemilik dan pentadbir alam ini), supaya dia dapat mengetahui di sana terdapat satu kumpulan yang dipanggil ahli Ta’thil yang mana mereka ini merupakan kumpulan yang menafikan kewujudan Pencipta kepada alam ini. (seperti atheis yang tidak mempercayai Tuhan).



 Kedua: Hendaklah seorang hamba itu beraqidah dengan Wahdaniyyah (keesaan) Allah. (iaitu hanya kepada Allah lah tempat diberikan segala bentuk ibadah), supaya dia dapat mengetahui adanya ahli syirik yang mengi’tiraf kewujudan Allah tetapi dalam masa yang sama mereka mempersekutukan Allah di dalam beribadah.



 Ketiga: Hendaklah seorang hamba itu beraqidah bahawa Allah s.w.t. itu tidak disifatkan dengan apa sahaja sifat-sifat kecuali sifat-sifat yang telah ditentukan kepada diriNya, seperti ilmu, kudrah, hikmah dan kesemua sifat yang telah ditetapkan oleh Allah sendiri di dalam kitabNya (al-Quran).

Perhatikan apa yang dijelaskan oleh Imam ini, amat jelas beliau mengisyaratkan kepada pembahagian 3 jenis tauhid ini.

Kedua: Al-Imam al-Hafiz Abu Abdillah Muhammad bin Ishak bin Yahya bin Mandah yang meninggal pada tahun 395 H. Di dalam kitabnya “Kitab al-Tauhid wa Makrifatu Asma’illah Azza wajalla wa Sifatihi ‘ala al-Ittifaq wa al-Tafarrud” beliau menyebutkan pembahagian tauhid kepada 3 bahagian ini dengan membentangkan dalil-dalil yang banyak daripada al-Quran dan sunnah.

Ketiga: Sebelum zaman dua orang imam yang telah disebutkan tadi, Al-Imam al-Qadhi Abu Yusuf Ya’akub bin Ibrahim Al-Khufi yang meninggal pada tahun 182 H juga telah mengisyaratkan kepada pembahagian tauhid yang tiga ini. Beliau merupakan anak murid kepada Al-Imam Abu Hanifah. Ini diriwayatkan oleh Al-Imam Ibn Mandah di dalam kitabnya “kitab al-Tauhid” juga diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Hafiz Ismail al-Taimiy al-Asbahani meninggal tahun 535 H dalam kitabnya “Al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah wa Syarh al-Tauhid wa Mazhabi Ahli Sunnah”.

Bahkan al-Imam Abu Hanifah (150H) sendiri menyebut secara tidak langsung berkenaan pembahagian ini di dalam kitabnya Fiqh al-Absat. Begitu juga apa yang diisyaratkan oleh Al-Imam Abu Ja’far al-Thohawi (321H) di dalam matan kitab aqidahnya yang masyhur al- Thohawiyyah

Ketiga-tiga imam yang disebutkan tadi semuanya mati sebelum Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h. lagi pada kurun ke dua, tiga dan seterusnya. Semuanya dengan jelas menyebutkan pembahagian tauhid yang tiga ini rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wa al-Sifat. Begitulah zaman demi zaman ahli sunnah membincangkan tauhid di atas pembahagian ini, dan tiada khilaf dikalangan mereka dan tidak ada sesiapapun yang mengingkarinya melainkan dia ahli bid’ah dan pengikut hawa nafsu.

Adakah mereka yang mengingkari pembahagian ini akan menyatakan imam-imam yang disebutkan tadi pengikut Ibn Taimiyyah, sedangkan Ibn Taimiyyah ketika itu belum wujud lagi? atau adakah mengikut ajaran “wahabi yang sesat” (menurut fahaman mereka), sedangkan Muhammad Abdul Wahab tidak dilahirkan lagi? Bercakap biarlah atas dasar ilmu bukan hawa nafsu semata-mata.
 
Sponsored Post

jasma

Super Active Member
Joined
Dec 25, 2005
Messages
5,076
Reaction score
19
Points
65
tauhid 3?
uluhiyyah
rububiyyah
asma was sifat....
yg ni ke TT....?

apa kata kita bincang cari titik pertemuan khilaf tauhid 3 ni dgn apa yg yg ashai'rah....

kita bincang utk cari cara penyelesaiannya...
 

Muhammad_27

Super Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
7,911
Reaction score
84
Points
70
tauhid 3?
uluhiyyah
rububiyyah
asma was sifat....
yg ni ke TT....?

apa kata kita bincang cari titik pertemuan khilaf tauhid 3 ni dgn apa yg yg ashai'rah....

kita bincang utk cari cara penyelesaiannya...
KALAU boleh biarLAH secara ILMIAH... jangan GUNA AQAL.. nak guna AQAL biarlah selaras dengan AL-QURAN..

INSYAALLAH, jumpa TITIK PERTEMUAN....
 

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM

Ia terbahagi kepada TIGA bahagian

Bahagian 1:

Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, iaitu:

1- Iktikad bahawa alam ini qadim, tiada penciptanya, atau alam ini kekal selama-lamanya.
2- Iktikad bahawa pencipta alam ini baharu atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu atau mempunyai anak, isteri atau berbilang-bilang atau menerima mati.
3- Iktikad menafikan kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw, atau iktikad bahawa nabi Muhammad saw yang sebenarnya ialah yang disebut Muhammad batin bukan Muhammad zahir, atau iktikad bahawa kerasulan Nabi Muhammad saw hanya untuk orang-orang arab sahaja, atau iktikad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa oleh baginda ialah hukum-hukum lapuk yang tidak sesuai dengan keadaan zaman kini atau iktikad mengingkari mana-mana rasul Allah atau iktikad bahawa ada lagi nabi dan rasul yang diutus oleh Allah yang membawa syariat sesudah Nasi Muhammad saw.
4- Iktikad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tiada syurga dan neraka,tiada kebangkitan semula sesudah mati,tiada hari kiamat dan segala perkara yang berlaku padanya.
5- Iktikad bahawa roh orang-orang yang mati berpindah randah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain.
6- Iktikad bahawa agama kafir lebih baik dari agama Islam.
7- Berbalik-balik satu antara hendak menjadi kafir atau tidak,atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang.

Bahagian 2:

Melalui perkataan, iaitu setipa perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendahkan, mengejek dan mempermain-mainkan nama-nama Allah swt, sifatNya, malaikatNya, rasul-rasulNya dan hukum-hukumNya serta hukum yang dijelaskan oleh RasulNya. Dan juga perkataan yang menolak, manafi dan mengingkari segala perkara yang sepakat semua ulama serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Contoh antara kata-kata yang akan memberi kesan kepada akidah:

1- “Hukum apa ni….”
2- “Hukum ini sudah lapuk”
3- Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalang kemodenan.
4- Dalam zaman yang serba maju ini, kaum wanita tak perlu dibungkus.
5- Berzina kalau suka sama suka apakah salahnya?
6- Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apakah salahnya”
7- Berjudi kalau masing-masing sudah rela dengan untung ruginya apa salahnya…
8- Kelau hendak sangat menutut hukum Islam sampai kiamat tidak akan maju.
9- Berkata “perbuatan demikian tidak beradab” apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad saw selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya.
10- Berkata “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” apabila diberitahu bahawa potong kuku adalah sunat.
11- Berkata “Si anu dah mula menyalak” semasa mendengar azannya.
12- Membaca ayat-ayat al-Quran, hadis dan nama-nama Allah dengan cara mempersebda dan mempermainkannya.
13- Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir.
14- Kata-kata menangguhkan menjadi kafir dengan sesuatu sebab.


BAHAGIAN KE-3
MELALUI PERBUATAN

1- Setiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan agungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan agungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walaupun dengan tidak berniat demikian atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai kepada had sekurang-kurang rukuk sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti hormat kepada Allah. Kalu tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadi kafir orang yang melakukan itu tetapi hukumnya tetap haram.
2- Melakukan upacara ibadat terhadap makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
3- Melatakkan ayat-ayat suci,hadis nabi,nama Allah,rasulNya,malaikatNya dan ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan untuk menghuna dan merendahkannya.
4- Meninggalkan solat fardhu.

CARA MASUK ISLAM

1- Melafazkan dua kalimah syahadat.
2- Kepada orang kafir yang memahami bahawa Rasulullah saw itu hanya untuk bangsa Arab sahaja, maka hendaklah diberitahu bahawa perutusan baginda adalah untuk seluruh alam.
3- Kepada orang yang murtad, hendaklah ditambah pengakuan bahawa aku bertaubat daripada melakukan perkara yang dengan sebabnya dia telah menjadi murtad.
 

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
kepada sahabat-sahabat jika ana ada memberi fakta yang salah minta lah jasa baik semua agar menegur...ana baru belajar sedang mencari ilmu untuk bekalang keakhirat....semuanya dari allah...jika salah sila bantu ana
 

jasma

Super Active Member
Joined
Dec 25, 2005
Messages
5,076
Reaction score
19
Points
65
KALAU boleh biarLAH secara ILMIAH... jangan GUNA AQAL.. nak guna AQAL biarlah selaras dengan AL-QURAN..

INSYAALLAH, jumpa TITIK PERTEMUAN....
tidak dpt lari kena guna aqal jugak....
tapi jarang org bincang utk cari titik pertemuan....
Insya Allah akan muncul nnt org2 yg mahir dlm Tauhid yg sama2 diskus hal ni...
benda ni kalau tukar tajuk pun jadi khilaf ashai'rah dan salafi...
bila ada khilaf...
akan ada lah penyelesaiannya
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,070
Reaction score
70
Points
80
...topik yang bertat,,,tapi bermanfaat..

..tq tt....

..seruan panji2 hitam akan bermula...
 

Muhammad_27

Super Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
7,911
Reaction score
84
Points
70
tidak dpt lari kena guna aqal jugak....
tapi jarang org bincang utk cari titik pertemuan....
Insya Allah akan muncul nnt org2 yg mahir dlm Tauhid yg sama2 diskus hal ni...
benda ni kalau tukar tajuk pun jadi khilaf ashai'rah dan salafi...
bila ada khilaf...
akan ada lah penyelesaiannya
ALLAH kurniakan AQAL sehingga tiada batasan.. itu yang menyebabkan manusia boleh berfikir sehingga LUAR ALAM

diturunkan AL-QURAN untuk membataskan AQAL, supaya tidak melampaui BATASAN dalam pemikiran...

itulah kelemahan orang yang hanya bersandarkan pada AQAL.. sehingga TUHAN pun dipelbagai-bagai kerana TIADA PANDUAN dan RUJUKAN... lihatlah bagaimana PEMIKIR atheist BERKEMBANG...
kerana RUJUKAN AQAL sebagai TUNJANG bukan bersandarkan AL-QURAN..

hebatnya AL-QURAN untuk menjawab segala PERSOALAN... tapi mengapa MANUSIA masih timbul PERTIKAIAN...

#:-S#:-S#:-S
 
Sponsored Post
Top
Log in Register