Apa Yang Usahawan Online Boleh Belajar Dari Kejatuhan Kodak

CG Sponsors




fezausak

Fun Poster
Joined
Apr 5, 2014
Messages
290
Reaction score
36
Points
20






Lebih 15 tahun yang lalu, Kodak adalah jenama yang keempat terbesar di dunia selepas Disney, Coca Cola dan Microsoft. Bagi mereka yang lahir pada tahun 80-an atau sebelumnya, pasti sangat kenal akan Kamera Kodak yang menggunakan filem untuk menangkap gambar.kodak

Tetapi, pada 19 Januari 2012, syarikat Kodak telah diisytiharkan bankrap. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

Para pakar dan penganalisis percaya bahawa alasannya amatlah mudah. Kodak telah ketinggalan dari revolusi fotografi digital. Kodak tidak pantas dalam memenangi persaingan kamera digital.

Kodak Pencipta Kamera Pertama di Dunia – Filem & Digital

Gambar menunjukkan inovasi kamera digital yang dihasilkan oleh Syarikat Eastman Kodak Co yang akhirnya tidak dapat menyaingi revolusi pantas industri kamera digital sehingga kini.

Sebenarnya Syarikat Kodak lah yang mencipta kamera filem pertama pada 1883. Dari situlah ia dinamakan Kodak. Malah mereka juga sebenarnya pencipta terawal kamera digital yang direka pada 1976, yang kemudiannya telah dipatenkan pada 1978. Daripada mengembangkan idea perniagaan kamera digital, Kodak mengambil langkah ganjil apabila membeli syarikat gergasi Farmasi Sterling Drugs pada harga US$ 5.1 billion dan cuba mencipta nama dalam perniagaan bateri pula. Langkah tidak popular ini akhirnya menjerat mereka sendiri.

Ditambah lagi dengan konsep kamera digital yang tidak diterima pada zaman 70-an, Kodak tidak dapat menghidu bahawa revolusi Digital akan berlaku.

Kodak Awalnya Mendominasi Industri Kamera

Pada tahun 1976, pasaran Kodak mendominasi 85% daripada industri kamera dan 90% daripada industri filem, yang menjadikannya gergasi yang tidak boleh disaingi.

Keuntungan Kodak tidaklah begitu besar pada kamera, kerana margin keuntungannya amatlah kecil. Di samping kamera, pendapatan utama Kodak juga dikuasakan oleh filem dan percetakan gambar yang mempunyai margin yang amat tinggi.

Ia berlaku sebelum kejatuhan Kodak yang ketara, sebagaimana gambar berikut.

Kedatangan Kamera Digital Tidak Dapat Dihidu

Sebenarnya, industri kamera digital telah pun muncul pada 1995, namun ianya seolah-olah tidak diendahkan oleh pihak pengurusan Kodak, yang masih terus menfokuskan kepada kamera tradisional yang menggunakan filem. Walaupun terus menjana keuntungan besar pada 2000 sehingga mencecah jualan berpuluh-puluh billion dollar, akhirnya buat kali pertama, jualan fotografi digital mengatasi fotografi filem pada 2003. Rentetan dari itu, ia membawa pasaran fotografi berasaskan filem terkubur pada 2010, sebelum Kodak akhirnya difailkan muflis pada awal 2012.

Akhirnya, syarikat-syarikat lain mengambil alih dunia industri fotografi iaitu, Canon, Nikon, Sony dan sebagainya.

Bagaimana Kodak Bangkit Semula?

Walaupun pada zaman kemuncaknya para pekerja Syarikat Eastman Kodak mencecah 144,000 seluruh dunia, ramai para pekerjanya tidak dapat diselamatkan selepas kejatuhan syarikat. Sebagai sebuah syarikat yang masih mempunyai daya usaha dalam perniagaan, Kodak cuba bangkit dengan menggunakan jalan terakhir – menjual patennya kepada syarikat-syarikat lain demi mengumpul dana.

Kodak akhirnya menjual 1,100 portfolio patennya pada harga US$ 525 juta iaitu lebih RM1.5 billion, demi membayar hutangnya.

Pada waktu ini, Syarikat Eastman Kodak masih lagi beroperasi, tetapi lebih menfokuskan kepada percetakan digital berkepantasan tinggi dan pempakejan yang fleksibel untuk barangan pengguna. Dengan kebangkitan tersebut, dianggarkan Kodak telah berjaya menjana US$ 2 billion pendapatan kasar pada tahun lalu. Ia menunjukkan seolah-olah syarikat Kodak kini, seperti mahu bangkit semula dari kegagalan mereka… Adakah mereka akan berjaya? Kita saksikan dan ikuti perkembangannya kelak di masa hadapan.

Pengajaran Kepada Usahawan Online

Seorang usahawan online tidak seharusnya berasa selesa dengan kedudukan pada masa sekarang. Sebaiknya, mereka perlulah terus menerus menambah ilmu di samping sentiasa sedar dan mengikuti perubahan-perubahan trend dan persaingan semasa. Jika gagal sekalipun, jangan takut untuk bangkit kerana ia adalah lumrah dalam dunia perniagaan.

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada perniagaan kita pada masa akan datang, tetapi sesebuah perniagaan perlu ada perancangan yang teliti dan tidak meniru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh para pesaing yang lain – kecuali jika usahawan itu sendiri tahu apa yang dilakukannya. Ambillah pengajaran dan selalulah memahami kehendak pelanggan dan perubahan pasaran dari semasa ke semasa bagi mengelakkan anda ketinggalan dari arus perdana dunia keusahawanan online.
 
Sponsored Post
Joined
May 15, 2014
Messages
513
Reaction score
0
Points
10
satu je rahsia untuk terus maju dalam business..iaitu INNOVATION..

jangan asik jual produk lama sahaja, tetapi innovate bawak masuk product baru

company besar macam samsung dan apple setiap 6 bulan akan keluar product baru, kerana mereka tahu kalau diorang tak innovate sales akan makin berkurang
 

koken_7

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2010
Messages
233
Reaction score
1
Points
15
Apa pulak pengajaran Samsung boleh suddenly jd sgt besar dlm Smartphone industry yg usahawan boleh belajar
 

nikyah

Active Member
Joined
Sep 27, 2010
Messages
1,291
Reaction score
7
Points
25
moral dia too general la TT.
 

opzaney

Fun Poster
Joined
Apr 8, 2010
Messages
289
Reaction score
2
Points
15
Antara perkara lain adalah Tiruvasi(Modelling).

Kita ambil beberapa aspek seperti marketing,administration,sistem dari beberapa syarikat dan kita apply ke dalam syarikat kita. Adalah menjadi kewajipan bagi bisnesman untuk memahami kehendak pelanggan yang sekian hari makin terdedah dengan maklumat-maklumat baru.

Saya suka mengambil pendekatan melalui BMC, yang saya kira model BMC membantu mengurangkan kadar 'kepeningan' kepala saya :)
 

ujikaji1

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2007
Messages
417
Reaction score
8
Points
25
Terima Kasih.
Info Berguna.

Berniaga = Untung
Untung = Simpan(Dana Waktu Kecemasan)
-------------------- Bukak biz lain.Bg bertambah untung
---------------------Sedekah

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:">
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
Sentiasa mengikut peredaran zaman atau teknologi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register