BTC USD 40,009.4 Gold USD 1,864.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

` Apa yang Perlu Anda Lakukan Jika Kereta Anda Terhumban Ke Dalam Sungai?

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
Apa yang Perlu Anda Lakukan Jika Kereta Anda Terhumban Ke Dalam Sungai?


Saya ada menerima emel berantai ini dan saya rasa menarik untuk dikongsi bersama. Kisahnya dari kejadian sebenar penulis yang keretanya kemalangan lalu terhumban kedalam sungai. Penulis emel ini juga menceritakan bagaimana dia menyelamatkan diri ketika saat cemas tersebut.

Jam 0130, 17 Ogos 2009, aku dalam perjalanan pulang ke Bukit Tunku selepas supper bersama rakan di Kg. Baru.. Setiba di Jalan Kinabalu, ada sebuah kereta menghimpit aku di sebelah kiri.. Aku cuba mengelak ke kanan dan terlanggar pembahagi jalan di sebelah kanan lalu kereta aku tercampak perlahan ke kiri jalan dengan keadaan tayar belakang over steer.. Untuk mengawal kereta dari terus berpusing, aku pun tekan la pedal minyak.. Oleh kerana jalan licin, tayar depan aku spin lalu tercampak dengan lajunya ke dalam Sungai Klang..



Dengan berbekalkan ilmu yang aku pelajari dari Discovery Channel, aku sempat membuka pintu sebelum kereta aku masuk ke dalam sungai.. Air masuk ke dalam kereta dengan lajunya kerana paras air sungai yang tinggi disebabkan hujan pada petang tersebut.. Cabut seat belt, aku terus pecahkan cermin sebelah driver untuk mengurangkan tekanan yang menghimpit pintu sebelah driver sambil membuka pintu dan terus berenang ke luar kereta melawan arus sungai yang agak deras…

kemalangan_kereta.jpg

Aku selamat.. Cuma cedera ringan di tangan, siku, bahu, dahi, tengkuk dan juga peha.. Syukur.. Nak kena bertaubat ni..
Kereta aku mungkin total lost coz chassis dah lari habis.. Pillar dah bengkok..

Aku bersyukur masih selamat.. Banyak kebarangkalian yang tidak berlaku yang mungkin akan menyebabkan kematian aku seperti short circuit masa aku masih dalam kereta atau kereta aku hentam konkrit yang kat tepi sungai tu.. syukur…

Berkongsi ilmu sikit,

Kalau kereta dah nak masuk air, cepat-cepat buka pintu dan tingkap.. Macam kes aku, aku sempat buka pintu je.. Tapi bila dah jatuh, pintu tu tertutup balik.. Tapi tak rapat la.. Even tak rapat pun, aku masih susah nak buka balik disebabkan tekanan air yang kuat.. Aku kena pecahkan cermin tingkap sebelah aku untuk kurangkan tekanan air dan buka pintu.. Tekanan masih kuat masa tu tapi tidak la sekuat kalau tingkap tak buka.. Aku cuma mampu buka pintu sikit je, muat-muat badan aku nak keluar..

securedownload.jpg


JANGAN TANGGALKAN SEAT BELT SEBELUM KERETA MENDARAT.. Ini penting.. Seat belt memang akan menyusahkan anda keluar.. Lagi-lagi yang pakai harness dan full bucket.. Tapi dalam kes aku, seat belt la yang selamatkan aku dari terhumban ke cermin depan aku yang memang dah pecah.. Seat belt juga la yang buatkan aku masih melekat kat seat.. Kalau tak pakai, aku rasa air dah tolak aku kena kat body kereta dah, tak pun kena kat cermin depan yang dah pecah..

Dah masuk dalam air, memang lemas.. Macam kes aku, lepas kereta dah mendarat kat dasar sungai, air terus masuk sampai tenggelam kereta.. Takde kesian dah.. Lemas camne pun, JANGAN GELABAH.. Mula memang aku gelabah.. Sebab aku gelabah la aku buang masa dalam 5 minit kat dalam kereta untuk cabut seat belt.. Lepas 5 minit baru aku try tenangkan diri dan hasilnya, aku dapat cabut seat belt senang je..

kemalangan_kereta3.jpg

Dah cabut seat belt, cuba cari jalan keluar dari kereta secepat mungkin.. Macam kes aku, aku pecah cermin belah driver dan buka pintu.. Aku keluar ikut pintu.. Kalau terpaksa pecah cermin, pecah pakai kaki.. Aku pecah pakai tangan sebab aku dah tak fikir apa.. Akibatnya, aku mengalami kesukaran untuk berenang sebab tangan aku pedih giler..

Dah keluar, JANGAN LEPAK ATAS BUMBUNG KERETA menunggu bantuan.. Berenang secepat mungkin ke tebing… Tak reti berenang pun, cuba juga berenang.. Berenang macam anjing pun takpe, asalkan berjaya jauhkan diri dari kereta.. Kita tak tahu bila kereta akan meletup atau short circuit akan berlaku.. Macam kes aku, aku tak berenang ke tebing.. Aku asyik fikir nak selamatkan beg dan juga external drive office awek aku.. Pas dah keluar kereta, aku hulur tangan kat boot untuk amik beg, kemudian baru aku berenang ke tebing.. Nasib aku baik sebab tak jadi apa-apa.. Aku tak dapat bayangkan kalau masa aku tengah sibuk nak tarik beg tu kereta aku short atau terbakar.. Mahu rentung aku..

Itu sahaja yang mampu aku kongsi pengalaman.. Harap korang boleh ambil masa baca apa yang aku taip ni untuk kegunaan kemudian hari.. Kita tak mintak tapi takdir kita siapa yang tahu.. Yang paling penting, bawa kereta berhati-hati dan ikut peraturan.. Nak mod kereta bagi laju boleh tapi biar guna dengan cara yang betul..


credit to selangor2u :)cgrock

LAGI INFO, NASIHAT DAN CADANGAN WARGA CG UTK KES KECEMASAN MCM NI

kalau boleh cuba belajar menyelam kalau tak pun paling simple rejam kepala dalam kolah mandi tak pun besen. selam,tahan nafas setakat yang boleh.kalau dalam besen atau kolah mandi yang air jernih buka mata masa selam tu. bukan apa untuk persediaan atau nak bagi biasa bila di perlukan. tengelam dalam air atau jatuh dalam air jika panik atau gelabah harapan untuk selamat dan diselamatkan agak tipis. kalau kita panik bukan kita saja dalam bahaya orang yang nak selamatkan kita pun bahaya sama.

yang penting jangan panik je. tu yang boleh ambil beg lg tuh.

lagi satu pakailah tali pinggang keledar..aku cukup suka klu tgk polis saman sape yg xpakai..

bahaya ni,klau ramai dlm tu lg snang nk tenggelam.relax jgn gelabah rajin2kan belajar berenang skit pon ok dah.
 
Last edited:
Sponsored Post

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
kalu aku di tempat penulis tuu.. mau mati lemasss :( :(( :(( :((
 

TamingSari

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,495
Reaction score
162
Points
138
klu dah cemas, smua leh lupa... moga kite smua dijauhi perkara sebegini
 

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
klu dah cemas, smua leh lupa... moga kite smua dijauhi perkara sebegini

betul tu bro.. lebih² lagi di saat kecemasan.. semua teknik yg kita tau semua hilang.. huhu;... lumrah manusia :(( :(( :((
 

CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
amat berguna...
thanks so much...
 

msaifziec

Active+ Member
Joined
Aug 4, 2010
Messages
2,571
Reaction score
62
Points
30
bahaya ni,klau ramai dlm tu lg snang nk tenggelam.relax jgn gelabah rajin2kan belajar berenang skit pon ok dah.
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
thanks..info berguna..hati2 dimana saja..
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
nasib baik tak gelembung bag udara.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register