BTC USD 97,075.9 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Yang Berlaku Di Korea Selatan ?

Sponsored Post

Penyiasat Korea Selatan Gugurkan Cubaan Berkas Presiden Yoon

04.01.2025 - Para Penyiasat Korea Selatan menggugurkan percubaan mereka untuk memberkas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol di kediamannya pada Jumaat (3 Jan) yang sebelum ini didakwa atas perisytiharan perintah undang-undang tentera.

"Mengenai pelaksanaan waran tangkap hari ini, pelaksanaannya sulit sekali disebabkan oleh kebuntuan yang berterusan. Kebimbangan terhadap keselamatan kakitangan di lokasi mendorong kepada keputusan untuk menggugurkan pelaksanaannya," menurut Pejabat Siasatan Rasuah (CIO) dalam kenyataannya.

Pihak berkuasa memasuki pekarangan kediaman Encik Yoon lebih awal untuk melaksanakan waran tangkap yang belum pernah berlaku sebelum ini, bagi mengelak daripada para penunjuk perasaan di luar kediaman itu, tetapi berdepan dengan pasukan keselamatan presiden di dalam kediaman tersebut. Tidak jelas sama ada Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS), yang sebelum ini menyekat akses penyiasat dengan waran geledah untuk memasuki pejabat dan kediaman rasmi Encik Yoon, akan cuba menghalangnya daripada ditangkap. Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa berusaha untuk menangkap seorang pemimpin yang masih berkhidmat.

Para penyiasat daripada CIO, termasuk pendakwa raya kanan Lee Dae-hwan, telah dibenarkan melalui penghadang keselamatan yang ketat untuk memasuki kediaman Encik Yoon untuk cuba melaksanakan waran tangkap bagi memberkas Encik Yoon, menurut wartawan AFP. Tetapi mereka disekat oleh unit tentera selepas memasuki kediaman tersebut, lapor agensi berita Yonhap.
1735967436665.png

 
Kemelut Politik Korea Selatan Memburuk Selepas Presiden Yoon Bantah Waran Tangkap

04.01.2025 - Tampuk kepimpinan politik Korea Selatan masih terumbang-ambing pada Sabtu (4 Jan) selepas Presiden Yoon Suk Yeol membantah tindakan untuk memberkasnya menyusuli perisytiharan perintah undang-undang tentera. Dalam percubaan untuk melaksanakan waran tangkap ke atas Encik Yoon pada Jumaat (3 Jan), para pengawal presiden dan pasukan tentera melindungi Encik Yoon daripada para penyiasat, yang akhirnya menggugurkan percubaan untuk memberkasnya dengan alasan ia akan meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan sesiapa sahaja yang terlibat dalam percubaan itu. Encik Yoon telah didakwa dan digantung tugas sejak bulan lalu selepas mengisytiharkan perintah undang-undang tentera satu langkah politik yang dibatalkan dengan pantas oleh Parlimen -- dengan waran tangkap kemudian dikeluarkan terhadap Encik Yoon.

"Terdapat kebuntuan. Walaupun kami menganggarkan kakitangan yang menghalang kami adalah sekitar 200 orang, mungkin ada lebih ramai lagi," kata seorang pegawai daripada pasukan penyiasat pada Jumaat (3 Jan) dengan syarat namanya tidak didedahkan. Ia satu keadaan yang berbahaya."

Encik Yoon menghadapi tuduhan melakukan pemberontakan, salah satu daripada beberapa jenayah yang tidak tertakluk kepada kekebalan presiden, yang bermakna Encik Yoon boleh dikenakan hukuman penjara atau, paling teruk, hukuman mati. Jika waran itu dilaksanakan, Encik Yoon akan menjadi presiden Korea Selatan yang pertama diberkas ketika menyandang jawatan tersebut.
1735987801536.png
 
Penyiasat Korea Selatan Minta Pemangku Presiden Buka Jalan Untuk Penahanan Yoon Suk-Yeol

04.01.2025 - Penyiasat Korea Selatan sekali lagi meminta pemangku presiden negara itu pada hari Sabtu untuk mengarahkan perkhidmatan keselamatan presiden mematuhi waran tangkap untuk Presiden Yoon Suk Yeol yang didakwa. Perkhidmatan keselamatan, bersama-sama tentera semalam, menghalang pendakwa daripada menangkap Yoon Suk Yeol dalam kebuntuan selama enam jam. Penyiasat mendapatkan waran untuk menangkap Yoon atas pengisytiharan ringkas undang-undang tentera bulan lepas.​

1735989472013.png

Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi, yang menyiasat kes itu berkata, ia sekali lagi meminta pemangku Presiden Choi Sang-mok, menteri kewangan negara, untuk mengarahkan perkhidmatan keselamatan presiden untuk bekerjasama dengan waran itu. Jurucakap kementerian kewangan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Berita asal https://www.buletintv3.my/dunia/pen...den-buka-jalan-untuk-penahanan-yoon-suk-yeol/
 
Pasukan Keselamatan Presiden Korea Selatan Di Gesa Patuh Waran Tangkap Yoon Suk Yeol

04.01.2025 - Para penyiasat di Korea Selatan pada Sabtu (4 Jan) sekali lagi menggesa pemangku presiden negara itu untuk mengarahkan khidmat keselamatan presiden untuk mematuhi waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk Yeol. Perkhidmatan keselamatan presiden bersama dengan tentera pada Jumaat (3 Jan) menghalang para pendakwa daripada memberkas Presiden Yoon Suk Yeol dalam kebuntuan selama enam jam di perkarangan Presiden Yoon. Para penyiasat memperoleh waran untuk memberkas Presiden Yoon atas perisytiharan perintah undang-undang tentera pada bulan lalu.​

1735997854389.png

Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi menyatakan pada Sabtu (4 Jan) bahawa ia sekali lagi menggesa Pemangku Presiden Choi Sang-mok, menteri kewangan negara itu, untuk mengarahkan perkhidmatan keselamatan presiden untuk bekerjasama dengan waran itu. Jurucakap kementerian kewangan bagaimanapun enggan mengulas. Perisytiharan perintah undang-undang tentera pada 3 Dis lalu menggemparkan Korea Selatan dan membawa kepada waran tangkap pertama dikeluarkan terhadap seorang presiden yang masih menyandang jawatan tersebut.

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/p...gesa-patuh-waran-tangkap-yoon-suk-yeol-905026
 

453d2fd35636b5ce2d45549689b9cdb06777ff04dad83



Penyiasat Korea Selatan Masuk Kediaman Presiden Yoon​

SEOUL, 3 Jan (Bernama-Yonhap) -- Penyiasat Korea Selatan daripada agensi anti-rasuah negara memasuki kediaman presiden pada Jumaat untuk melaksanakan waran penahanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol selepas kegagalannya melaksanakan undang-undang tentera bulan lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Kami telah mula melaksanakan waran penahanan terhadap Presiden Yoon,” menurut Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) dalam satu kenyataan kepada media.

CIO mempunyai tempoh sehingga Isnin untuk melaksanakan waran penahanan atas dakwaan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa berkaitan cubaan singkat Yoon menguatkuasakan undang-undang tentera pada 3 Dis lalu.

Namun, usaha CIO berdepan cabaran dengan kehadiran penyokong Yoon di luar kediaman presiden yang turut meningkatkan risiko pertembungan dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden.

Ribuan penyokong berkumpul berhampiran kediaman itu sejak beberapa hari lalu untuk membantah pemecatan Yoon dan menghalang penahanannya.

Sebahagian daripada mereka telah diusir secara paksa oleh polis.

CIO kini bekerjasama dengan polis dan unit siasatan Kementerian Pertahanan bagi menjalankan siasatan bersama terhadap cubaan undang-undang tentera Yoon yang gagal.

Pasukan pembelaan Yoon menyifatkan waran itu sebagai "tidak sah dan tidak berperlembagaan" serta memfailkan injunksi untuk menghalang pelaksanaannya.

Sekiranya Perkhidmatan Keselamatan Presiden atau penyokong Yoon cuba menghalang pelaksanaan penahanan tersebut, polis menegaskan bahawa mereka yang terlibat akan ditahan atas tuduhan menghalang tugas rasmi.

Jika Yoon ditahan, penyiasat akan membawanya ke ibu pejabat CIO di Gwacheon, selatan Seoul untuk disoal siasat sebelum menahannya di Pusat Tahanan Seoul.

Sebaik ditahan, CIO mempunyai tempoh 48 jam untuk memohon waran tambahan bagi penahanan rasmi atau membebaskannya.

-- BERNAMA-YONHAP

0c6ee471f4fcc5c183aaea15ada6b2bf6777ffa8cfaff
 

Mahkamah Seoul Tolak Bantahan Yoon Terhadap Pelaksanaan Waran Penahanan​

efcc300f18fa0f0cc350cb4468e5d189677a5a6352835


SEOUL, 5 Jan (Bernama-Yonhap) -- Sebuah mahkamah di Seoul pada Ahad menolak permohonan injunksi yang difailkan oleh Presiden Yoon Suk Yeol untuk membatalkan waran mahkamah bagi menahan beliau dan menggeledah kediaman presiden, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai mahkamah.

Mahkamah Daerah Barat Seoul membuat keputusan itu beberapa hari selepas pasukan pembelaan undang-undang Yoon mengemukakan bantahan untuk menggantung pelaksanaan waran itu yang disifatkan mereka sebagai "tidak sah."

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai alasan penolakan mahkamah itu diperoleh.

Mahkamah sama sebelum ini meluluskan waran untuk menahan Yoon bagi siasatan berhubung peranannya dalam cubaan pelaksanaan undang-undang tentera pada 3 Dis yang gagal. Ia juga mengeluarkan waran untuk menggeledah kompleks kediaman presiden di tengah Seoul.

Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Tinggi yang menyiasat kes undang-undang tentera Yoon cuba melaksanakan waran itu pada Jumaat tetapi menarik balik pegawai mereka dari lokasi itu selepas berdepan kebuntuan selama enam jam dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden yang menghalang kemasukan mereka.

Pasukan undang-undang Yoon berpendapat bahawa waran itu mempunyai kecacatan dari segi undang-undang, dan mendakwa hakim yang mengeluarkannya bertindak secara sewenang-wenangnya apabila memutuskan undang-undang jenayah yang melarang pelaksanaan waran di dalam kawasan tentera dan keselamatan terhad tidak terpakai dalam kes Yoon.

-- BERNAMA-YONHAP
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register