BTC USD 97,146.9 Gold USD 2,883.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Yang Berlaku Di Korea Selatan ?

haha awat tak jumpe2 lg bro.. cari la kt fb pm tepi ke.. kot2 ade yg sangkut
Mungkin fobia ‘Order lain, dapat lain’
IMG_8347.jpeg
 
Sponsored Post

Peguam Presiden Yoon Akan Hadiri Sesi Pertama Perbicaraan Kes Dakwa Terhadapnya

27.12.2024 - Para peguam yang mewakili Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan menghadiri perbicaraan pertama di Mahkamah Perlembagaan pada Jumaat (27 Dis) berhubung pendakwaan Parlimen terhadap beliau berkait perisytiharan undang-undang tentera. Demikian menurut penasihat kepada Encik Yoon. Sehingga Khamis (26 Dis), Encik Yoon menolak permintaan mahkamah supaya menyerahkan dokumen-dokumen serta menerima panggilan para penyiasat berhubung kes berkait perisytiharan undang-undang tentera pada 3 Disember.​

1735279398541.png

Ini mencetuskan kritikan termasuk dalam kalangan sebahagian anggota parti beliau sendiri. Dua peguam dalam pasukan Encik Yoon dijangka akan menghadiri perbicaraan tersebut, salah seorang adalah bekas pendakwa raya dan seorang lagi bekas jurucakap bagi Mahkamah Perlembagaan, menurut mesej yang dikirimkan kepada para wartawan daripada Seok Dong-hyeon, seorang peguam yang menasihati Encik Yoon. Kedua-duanya bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/p...tama-perbicaraan-kes-dakwa-terhadapnya-903041
 
Menteri Kewangan Korea Selatan Di Lantik Pemangku Presiden

27.12.2024 - Menteri Kewangan Korea Selatan, Choi Sang-mok, akan memulakan tugasnya sebagai pemangku presiden pada Jumaat selepas Parlimen yang dikuasai pembangkang meluluskan usul untuk melakukan pendakwaan ke atas Pemangku Presiden Han Duck-soo, menurut pejabatnya seperti dilaporkan agensi berita Yonhap. Choi yang juga Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi, mengambil alih tugas itu susulan penggantungan Han, kurang dua minggu selepas beliau menggantikan Presiden Yoon Suk Yeol pada 14 Disember lalu, yang turut dilucutkan jawatan kerana kegagalan menangani isu undang-undang tentera. Choi dijadualkan bertemu Han sebelum mengadakan panggilan telefon dengan pengerusi Ketua Turus Bersama dan seterusnya mengeluarkan arahan kepada menteri-menteri, menurut kementerian berkenaan.

Pemangku presiden itu juga akan menyampaikan ucapan bertulis kepada rakyat serta mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, tambah kenyataan itu. Dewan Parlimen Korea Selatan mengundi pada Jumaat untuk melakukan pendakwaan terhadap Han, kurang dua minggu selepas beliau mengambil alih tugas daripada Presiden Yoon Suk Yeol yang turut didakwa kerana melaksanakan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap. Usul pendakwaan terhadap Han diluluskan secara sebulat suara dengan 192 undian, menjadikan beliau pemangku presiden pertama yang didakwa oleh parlimen. Han akan digantung tugas sebaik sahaja resolusi pendakwaan diserahkan kepadanya dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Choi akan mengambil alih peranan sebagai Pemangku Presiden serta Pemangku Perdana Menteri.

“Saya menghormati keputusan Parlimen dan bagi mengelakkan kekeliruan serta ketidakpastian yang lebih besar, saya akan menggantung tugas saya mengikut undang-undang yang berkaitan dan menunggu keputusan bijak serta pantas daripada Mahkamah Perlembagaan,” kata Han dalam satu kenyataan.

Parti pemerintah, Parti Kuasa Rakyat (PPP) membantah keputusan itu, dengan menyatakan undian tersebut tidak sah kerana kuorum pemecatan hanya memerlukan majoriti mudah sebanyak 151 undian, yang terpakai untuk menteri Kabinet dan bukannya majoriti dua pertiga (200 undian) yang sepatutnya terpakai untuk presiden. Kuorum itu diumumkan oleh Speaker Dewan Woo Won-shik, sejurus sebelum undian, menyebabkan ahli parlimen PPP tergesa-gesa mengelilingi kerusi speaker sambil menjerit “tidak sah” dan meluahkan bantahan mereka. Usul pendakwaan Han dicadangkan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP), sehari sebelumnya selepas beliau enggan melantik hakim tambahan ke Mahkamah Perlembagaan yang akan mengadili perbicaraan pendakwaan Yoon.

DP menyenaraikan lima sebab bagi pendakwaan terhadap Han, termasuk keengganannya melantik hakim, penglibatannya dalam pelaksanaan undang-undang darurat oleh Yoon serta keengganannya menguatkuasakan dua rang undang-undang khas yang menyasarkan Yoon dan isteri beliau, Kim Keon Hee. PPP dijangka mengambil langkah perundangan, termasuk memohon injunksi, untuk membatalkan keputusan pendakwaaan terhadap Han.
1735300701212.png

Berita asalhttps://www.buletintv3.my/dunia/menteri-kewangan-korea-selatan-dilantik-pemangku-presiden/​
 
Cubaan Pihak Berkuasa Menahan Yoon Suk Yeol Berdepan Kesukaran

03.01.2025 - Pihak berkuasa Korea Selatan memasuki kediaman bekas Presiden Yoon Suk Yeol, pada Jumaat untuk melaksanakan waran tangkap yang belum pernah berlaku sebelum ini. Operasi pihak berkuasa berdepan cabaran apabila terpaksa mengelak daripada sekumpulan penunjuk perasaan di luar premis dan pasukan keselamatan presiden di bahagian dalam bangunan. Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS) yang sebelum ini menghalang akses penyiasat dengan waran penggeledahan ke pejabat dan kediaman rasmi Yoon, akan turut menghalang operasi tangkapan. Menurut agensi berita Yonhap, Yoon, yang dipecat pada Disember, sedang disiasat atas dakwaan jenayah berkaitan cubaan undang-undang tentera singkat pada 3 Disember.

Pegawai dari Pejabat Penyiasatan Rasuah bagi pegawai tinggi (CIO) tiba di pintu masuk kompleks Yoon pada kira-kira 7 pagi (waktu tempatan), tetapi mereka tidak dapat memasuki kawasan itu dengan segera disebabkan oleh bas yang menghalang laluan. Beberapa pegawai CIO kemudian memasuki kawasan tersebut dengan berjalan kaki dan melalui bas tersebut, tetapi berhadapan dengan bas lain dan kenderaan berperisai lebih jauh di dalam, sebelum mereka dibenarkan masuk. Setibanya di dalam, pegawai CIO dan polis berdepan halangan daripada pasukan PSS serta tentera yang ditugaskan untuk keselamatan presiden, lapor media. Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata tentera tersebut di bawah kawalan PSS.

Dalam pada itu, peguam Yoon pada Jumaat memberitahu, pelaksanaan waran tangkap yang dikeluarkan adalah yang tidak sah dan menyalahi undang-undang, justeru mereka akan mengambil tindakan undang-undang. Sebelum ini, kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul berhampiran kediaman Yoon pada awal pagi selepas beliau enggan menghadiri sesi panggilan siasatan. Mereka berikrar untuk menghalang cubaan pihak berkuasa melaksanakan waran tangkap tersebut. Seorang penunjuk perasaan menegaskan bahawa mereka perlu menghalang pihak berkuasa walau dengan nyawa mereka.
1735876223280.png
 
2,800 Pegawai Polis Di Kerah Untuk Laksana Waran Tangkap Presiden Yoon

03.01.2025 - Pihak berkuasa sedang dalam perjalanan pada Jumaat (3 Jan) untuk melaksanakan waran tangkap terhadap Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, lapor agensi berita Yonhap, sedang sekumpulan penunjuk perasaan di luar kediamannya berikrar akan menghalang sebarang percubaan untuk memberkasnya. Encik Yoon sedang disiasat kerana mengisytiharkan perintah undang-undang tentera pada 3 Dis. Sejauh ini, penyandang jawatan presiden Korea Selatan belum pernah diberkas. Yonhap melaporkan bahawa para pegawai dari Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO), yang mengetuai pasukan penyiasat bersama termasuk polis dan pendakwa raya, telah meninggalkan ibu pejabat mereka untuk melaksanakan waran tangkap itu.

Penyiar YTN melaporkan bahawa kira-kira 2,800 anggota polis telah dikerahkan sebagai persediaan untuk melaksanakan waran itu. Namun, tidak jelas bagaimana polis akan melakukan penangkapan itu dan sama ada khidmat keselamatan presiden, yang telah menyekat akses penyiasat dengan waran untuk menggeledah pejabat dan kediaman rasmi Encik Yoon, akan cuba menghalangnya. Sekitar 100 penunjuk perasaan telah berkumpul pada waktu subuh berhampiran kediamannya, di tengah-tengah laporan media tempatan bahawa para penyiasat akan cuba melaksanakan waran tangkap yang telah diluluskan pada Selasa selepas Encik Yoon menolak arahan untuk menghadiri sesi soal siasat.

"Kami perlu menyekat mereka dengan nyawa kami," kedengaran seseorang berkata kepada orang lain. Berpuluh-puluh penunjuk perasaan cuba menghalang sekumpulan pegawai polis di pintu masuk ke jejantas pejalan kaki.
1735877824157.png
 
CIO Gagal Tahan Presiden Korea Selatan

03.01.2025 - Agensi anti-rasuah Korea Selatan terpaksa menangguhkan usaha untuk menahan Presiden Yoon Suk Yeol selepas berjam-jam gagal membolosi Anggota Keselamatan Presiden di kediamannya. Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Tinggi (CIO) berkata ia menghentikan pelaksanaan waran pada jam 1:30 petang, kira-kira lima jam selepas penyiasatnya tiba di kediaman presiden untuk menahan Yoon. Pasukan yang melaksanakan waran terdiri daripada 30 orang dari CIO dan 120 pegawai polis CIO dalam satu kenyataan kepada media mendedahkan, penahanan Yoon adalah hampir mustahil disebabkan pertembungan dengan Anggota Keselamatan Yoon dan kebimbangan terhadap keselamatan kakitangannya.​

1735889343825.png

Badan itu akan berbincang bagi langkah seterusnya selain turut mendedahkan rasa kesal terhadap Yoon yang enggan mematuhi prosedur penahanan yang sah. CIO mempunyai masa sehingga Isnin untuk melaksanakan waran tangkap terhadap Yoon atas tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan percubaan darurat tentera Yoon pada 3 Disember lalu

Berita asal https://www.buletintv3.my/dunia/cio-gagal-tahan-presiden-korea-selatan/
 
Media Korea Utara Dakwa Korea Selatan Dalam Kekacauan Politik

03.01.2025 - Media rasmi Korea Utara pada Jumaat melaporkan bahawa Korea Selatan sedang mengalami kekacauan politik susulan usaha penyiasat untuk melaksanakan waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk Yeol yang telah dipecat. Laporan dari Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) menyebut situasi politik di Korea Selatan kini lumpuh, namun tiada kenyataan rasmi disertakan dalam laporan tersebut. Yoon sebelum ini mengisytiharkan undang-undang tentera pada bulan lalu yang berakhir dalam tempoh singkat, menyebabkan beliau dipecat dan kini berdepan kemungkinan ditangkap, dipenjarakan, atau hukuman mati. Penyiasat memasuki kediaman Suk Yeol pada pagi Jumaat untuk melaksanakan waran tangkap, tetapi berlaku kebuntuan dengan pasukan keselamatan beliau.

“Di Korea Selatan yang merupakan boneka, pemecatan presiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah terjadi susulan insiden undang-undang tentera pada 3 Disember. Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Presiden, melumpuhkan urusan pentadbiran negara dan mengakibatkan kekacauan sosial serta politik. Media asing mengkritik bahawa Korea Selatan semakin terjerumus ke dalam badai politik." lapor KCNA.

Media Korea Utara sering merujuk pemimpin dan institusi Korea Selatan sebagai "boneka" kepada sekutu keselamatan utamanya, Amerika Syarikat. Laporan itu turut diterbitkan dalam akhbar Rodong Sinmun di Korea Utara, yang menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap bertujuan menonjolkan kestabilan kerajaan Korea Utara berbanding kekacauan di Selatan. Pyongyang tidak mengulas mengenai pengisytiharan undang-undang tentera Yoon pada 3 Disember sehingga seminggu selepas ia gagal. Terdahulu,hubungan antara kedua-dua Korea berada pada tahap terendah dalam beberapa tahun, dengan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik secara berleluasa tahun lalu, melanggar sekatan PBB. Korea Utara juga telah menghantar belon yang membawa sampah ke Selatan sejak Mei lalu, sebagai tindak balas terhadap risalah propaganda anti-Pyongyang yang dihantar ke utara oleh aktivis.

Berita asal https://berita.rtm.gov.my/dunia/sen...a-dakwa-korea-selatan-dalam-kekacauan-politik
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register