Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 62,749
Top Poster #5
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 62,749
- Reaction score
- 6,957
- Points
- 916
- Awards
- 1
Berkesempatan untuk mengajukan beberapa soalan kepada Ketua Yoodo iaitu Chow Tuck Mun. Antara perkara wajib pastinya berkenaan status Yoodo sekarang memandangan Celcom dan Digi sudah bergabung.
Celcom Harus Lepaskan Yoodo
Imbas kembali, Axiata dan Telenor setuju untuk menggabungkan kedua-dua jenama Celcom dan Digi di bawah satu syarikat baharu iaitu CelcomDigi Berhad. Justeru, SKMM telah meluluskannya dengan beberapa syarat termasuklah Celcom perlu menggugurkan Yoodo dan tidak boleh mengambil pelanggannya secara automatik seperti menyerap mereka sebagai pelanggan Celcom.
Celcom diberi dua pilihan sama ada menjual Yoodo pada telco lain yang tidak berkaitan dengan CelcomDigi atau langsung menutup operasinya jika gagal. Ia perlu dilakukan dalam 18 bulan selepas gabungan Celcom-Digi dibentuk.

Jawapan Daripada Yoodo
Jadi, kami pun tanya Ketua Yoodo, apakah status syarikat itu sekarang selepas beberapa bulan CelcomDigi sudah rasmi pada pengguna?
CelcomDigi secara rasmi beroperasi pada Disember 2022.
Menurutnya, Yoodo masih lagi sebahagian daripada CelcomDigi buat masa ini. Beliau tidak boleh memberikan komen lanjut tentang "perpisahan" yang ini namun akan membuat pengumuman apabila bersedia untuk berkongsi perkembangan baharu.
Dalam waktu itu, Yoodo akan terus melancarkan produk baharu, ciri, kempen dan ganjaran pada pengguna. Beberapa jawapan pada soalan lain akan diongsikan dalam artikel akan datang.
Dalam waktu itu, Yoodo akan terus melancarkan produk baharu, ciri, kempen dan ganjaran pada pengguna. Beberapa jawapan pada soalan lain akan diongsikan dalam artikel akan datang.
Pendapat
Secara peribadi, saya melihat Yoodo sudah mempunyai imej yang kukuh terutamanya dalam kalangan anak muda. Dari segi perkhidmatan juga, saya sukakan Yoodo kerana proses pendaftarannya yang sungguh cepat, hanya melalui aplikasi. Jika ada telco lain yang mahu ambil alih, memberi kebebasan pada Yoodo untuk terus memasarkan produk mereka dengan cara sekarang juga mungkin masih mampu memberi penjanaan wang yang sihat. Jadi, apa jangkaan anda dengan masa depan Yoodo kelak?
Gambar asal Salty News Network
Gambar asal Salty News Network