BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Apa saudara belasah kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun kerana sering mencuri duit

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,181
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,181
Reaction score
1,248
Points
201


Bila akal fikirannya dikawal oleh perasaannya..šŸ˜”

Tiada info lanjut mengenai kejadian ini

Bapa saudara belasah kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun kerana sering mencuri duit

Tular satu video di media sosial sejak beberapa hari yang lalu memaparkan seorang bapa saudara memukul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang didakwa sering mencuri wang neneknya.

Kes penderaan tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Bontosumange, Desa Bontomanai, Kecamatan Rilau Ale, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan, pada 8/9/2024.

Pihak polis Bulukumba telah menahan suspek susulan penularan video penderaan itu di media sosial. Suspek berusia 43 tahun memukul mangsa yang didakwa sering mencuri wang membuatkan suspek hilang pertimbangan dan membelasah mangsa dengan teruk.

"Jadi motif penderaan ini adalah kerana mangsa sering mencuri wang neneknya untuk belanja harian. Kemudian bapa saudara mangsa hilang sabar dan bertindak memukul mangsa dengan teruk dengan alasan sebagai pelajaran" kata Polis

Walaubagaimanapun pihak polis telah menahan suspek dan menjalankan siasatan di bawah Pasal 80 Undang-Undang Perlindungan Anak dan mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan serta akan ditempatkan di rumah kebajikan Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak (PPPA).
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register