notepad
Legendary Member
- Messages
- 15,664
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,664
- Reaction score
- 2,141
- Points
- 266
- Awards
- 1
Azmi Saad
*APA SANUSI BUAT DALAM TEMPOH 3 TAHUN?*
1)Naik taraf 5 Loji Rawatan Air (LRA) sejak 2021 sehingga kini bernilai RM931 juta. LRA tersebut ialah Pelubang (RM455.98 juta), Jenun Baru (RM161.98 juta), Sungai Limau (RM108.405 juta), Bukit Selambau (RM147.785 juta) dan Lubuk Buntar (RM57.42 juta). Semua projek sedang berjalan sekarang.
2)Menstrukturkan semula SADA. 2019 (masa PH) SADA rugi RM36 juta.. 2021 (masa Sanusi) SADA untung RM30 juta. Untung diguna untuk gandakan penyelenggaraan dan perkhidmatan.
3)Sanusi bawa masuk pelaburan RM91.4 bilion sejak 2020 sehingga suku pertama 2023. Pencapaian tertinggi bagi seorang MB Kedah sejak merdeka.
4)Menghapuskan terus premis judi di Kedah mulai Januari 2023 (tidak mungkin dibuat oleh PH atau BN selagi bersama DAP).
5)Sanusi berjaya tingkatkan pertambahan keluasan Tanah Rizab Melayu iaitu sebanyak 101 Hektar sepanjang 3 tahun. Sebagai perbandingan: TS Azizan bertambah 29 hektar, DS Mukhriz (PH) bertambah 24 hektar, DS Ahmad Bashah bertambah 8 hektar dan DS Mukhriz (BN) berkurang 148.079 hektar.
6)Sejak 2020 sejumlah RM3.615 juta diperuntuk bagi mengagih Beras Sejahtera kepada 767,000 orang rakyat yang memerlukan.
7)Meluluskan 7,233 geran tanah yang permohonannya dibuat melebihi 30 tahun. Sanusi telah mengarahsegerakan proses tersebut dibuat di mana semasa kerajaan BN dan PH, mereka tidak mampu menyelesaikannya.
8)Mengurangkan hutang SADA. PH tinggal hutang SADA RM148 juta pada Sanusi. Kini SADA melunaskan hutang sebanyak RM121.9 juta, berbaki hanya RM6.7 juta sahaja.
9)Selaku Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Sanusi berjaya melunaskan hutang KFA yang ditinggalkan PH sebanyak RM16 juta. Pada 2020 Sanusi membuat penstrukturan membentuk KDAFC dan dapatkan penaja untuk kelab bagi membolehkannya bertanding dalam Liga Bolasepak Malaysia.
10)Sepanjang tiga tahun Kerajaan pimpinan Sanusi menyelenggara 3,775 jalan yang melibatkan kos RM543.609 juta. 2021 (RM245.264 juta), 2022 (RM255.571 juta) dan 2023 sehingga Mei (RM42.774 juta). Jumlah: RM543.609 juta.
11)Pertama kali dalam sejarah, Kerajaan Negeri menurap tanah ladang MADA sebagai guna peruntukan MARRIS. Sebelum ini MADA urus sendiri dengan hanya tabur batu.
12)Kerajaan Sanusi memperuntukkan RM300 seorang kepada pelajar yang layak dapat sambung pelajaran ke IPTA/IPTS.
13)Di zaman BNPH, khairat kematian cuma RM250 setiap kematian, kini masa Sanusi khairat kematian (Kafalah) dinaikkan jadi RM500.
14)Memperkasa institusi pengajian Islam. Sejumlah RM166 juta diperuntuk bagi memajukan institusi pengajian Islam. Ini meliputi institusi UNISHAMS, Lembaga Maktab Mahmud, IQDAR, sekolah-sekolah agama dan tahfiz yang berdaftar.
15)Meneruskan projek berimpak tinggi bagi merancakkan ekonomi. Momentum pelaburan yang berkembang pesat diteruskan melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti Pembangunan Delapan SBEZ, Kedah Rubber City (KRC), Kedah Aerotropolis, Kedah Science & Technology Park (KSTP) dan Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting. Kesemua projek ini kelak akan dapat meningkatkan ekonomi pesisir serta ekonomi penduduk tempatan sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan.
16)Memberi bantuan Kedah Sejahtera pada 80 ribu peserta. Kesemua peruntukan ini telah disalurkan melalui pelbagai program seperti Bantuan Beras Sejahtera, Bantuan Khairat Kematian, Bantuan Anakku Sejahtera, Bantuan Khas Pesakit Terlantar, Bantuan Pembaikan Kecil, Peruntukan Desa Sejahtera, Bantuan Peralatan Perubatan Kepada Pesakit Miskin dan Bantuan Wanita Sejahtera. Ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM33.83 juta setahun.
17)Melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat miskin. Peruntukan tahunan sebanyak RM31.9 juta diguna melaksanakan projek-projek pembangunan yang terdiri daripada Projek Pembangunan Prasarana Desa, Projek Ameniti Sosial dan Program Baikpulih serta Membaiki Rumah Keluarga Miskin.
18)Memartabatkan syiar Islam. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan syiar Islam terus menyinar dan ditegakkan, antaranya program menaiktaraf masjid dan surau yang telah disediakan peruntukan berjumlah RM 6.5 juta setahun.
19)Meningkat sumber hasil melalui penerokaan mineral. Kedah kaya dengan khazanah bahan Rare Earth Element (REE) di negeri ini yang dianggarkan bernilai RM 60 bilion.
20)Kerajaan Negeri komited memastikan kelestarian alam sekitar kekal terpelihara dengan penetapan sasaran seperti mendapatkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark bagi Jerai Geopark, sepertimana Pulau Langkawi, menjelang tahun 2035. Sasaran tanam 100 juta pokok seluruh negeri menjelang tahun 2025. Kini 61.8 juta pokok telah berjaya ditanam. Pulau Langkawi dijadikan sebagai Pulau Rendah Karbon menjelang tahun 2035.
21)Sanusi beri peruntukan kepada ADUN bukan kerajaan sebanyak RM50 ribu setahun dan RM2,000 sebulan untuk pengurusan pusat khidmat. Ternyata Sanusi seorang yang berjiwa besar tidak seperti PMX.
22)Melancarkan Tabung Wanita Sejahtera untuk membantu wanita berniaga. Sejak 2020 sehinggalah 2023 telah menghulurkan bantuan kepada seramai 2,886 wanita RM500 setiap peserta melalui Tabung Wanita Sejahtera, melibatkan peruntukan sebanyak RM1.443 juta.
23)Kerajaan pimpinan Sanusi juga mempunyai peruntukan khas untuk ,membantu pesakit terlantar dan OKU. Pada 2021 sebanyak RM1,417,600 dan pada 2022 sebanyak RM3,126,700 telah disalurkan kepada yang memerlukan. Seterusnya Kerajaan Negeri sediakan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi tahun 2023.
24)Tabung Tunku Mahmud yang diwujudkan oleh Almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak berperanan membantu pelajar dalam kebajikan dan pendidikan; kini dihidupkan semula oleh Sanusi setelah ‘koma’ di zaman BN dan PH.
(Banyak lagi, tapi oleh kerana ruangan terhad ambik faham yang tu dulu yaa)